Dinding bilik ditenung kosong. Kesunyian menyelubungi bilik itu. Hanya kipas di siling yang berpusing ligat. Sesekali idea yang terlintas di kepala membuatnya bergerak tetapi selepas itu Erin akan kembali termenung. Idea-idea yang bermain difikiran berubah-ubah cuma satu sahaja yang menjadi poin utamanya, kerja sambilan.
Ya, dia memerlukan kerja sementara menunggu semester baru bermula. Sekurang-kurangnya dia tidak bosan sepanjang cuti semester ini. Cuti baru bermula dan dia sudah tidak betah duduk bergoyang kaki di rumah. Ibu dan ayahnya tidak menggalakkan dia bekerja pada waktu cuti begini kerana setiapkali semester bermula, dia jarang pulang ke rumah kerana sibuk dengan study.
Pucuk dicita ulam mendatang. Dia mendapat panggilan daripada rakan baiknya, Liz.
"Kau perlukan part time job kan?"
"Yup. Kenapa?"
"Kebetulan kak long aku perlukan orang untuk jaga anak-anak dia. Babysitter lah kiranya," terang Liz panjang lebar.
"Ye ke? Kau dah bagitau kakak kau belum yang kau nak aku jadi babysitter anak-anak dia?" Erin sudah teruja.
"Dah. Kalau kau nak, datanglah ke rumah kakak aku. Kau pernah datang kan dulu?"
"Aku ingat lagi jalan ke rumah dia. Ok, thanks Liz! Aku sayang kau!"
Perbualan telefon tamat di situ. Pagi esok dia akan ke rumah kakak Liz yang dimaksudkan.
*****
Beberapa jam selepas waktu subuh, Erin bersiap-siap untuk ke rumah kakak Liz dengan semangat yang berkobar-kobar. Senyuman memang tidak lekang dari bibirnya. Ada juga kerja yang dilakukan sepanjang cuti semester itu. Dia memandu kereta Proton Waja milik ibunya untuk ke sana.
Loceng rumah dibunyikan sebaik saja dia sampai. Beberapa kali loceng dibunyikan tetapi tiada respons dari penghuninya. Kening mula berkerut. Takde orang ke?
Baru sahaja dia ingin menelefon Liz, daun pintu akhirnya dikuak seseorang. Erin mengintai ke dalam kerana tiada sesiapapun yang menyambutnya di ambang pintu utama. Bukankah ada seseorang yang telah membuka pintu ini sebentar tadi? Pelik betul.
"Assalamualaikum, kak?" panggilnya.
Imej seseorang yang merangkak di lantai pantas menarik perhatiannya. Dia menjengulkan wajah ke dalam untuk mendapat view yang lebih jelas. Okey, dia sudah terpacak di situ bagaikan orang bodoh. Kakak Liz, Lina pula tidak nampak-nampak batang hidung!
"Erin, sorry akak baru balik dari gerai kuih depan sana.. Dah lama sampai?" sapa Lina dari belakang. di tangannya ada beberapa beg plastik berwarna hijau muda yang terisi dengan kuih-muih.
"Baru je kak.." Erin berbohong. Dia mula berasa tidak sedap hati. Siapa pula yang membuka pintu jika bukan kak Lina?
"Aik? Akak terlupa kunci pintu ke tadi?" Lina meluru ke pintu dan memeriksa kunci dengan memusing-musingkan tombol pintu. Seketika kemudian, dia mempelawa Erin masuk.
"Anak-anak akak mana?" soal Erin selepas melabuhkan punggung ke sofa. Matanya terpaku pada frame-frame gambar yang tersusun cantik di atas kabinet tv.
"Ada kat atas, masih tidur dengan tok wan dia orang. Petang ni tok wan dia orang balik kampung, nasib baik Erin ada.." ujar Lina sambil tersenyum manis. Dia menghidangkan segelas air milo panas dan sepinggan karipap berinti kentang ke atas meja.
"Liz call saya semalam kak. Kebetulan sangat saya tengah cari part time job. Alhamdulillah memang dah rezeki saya," Erin berkata penuh syukur.
"Erin start esok boleh? Daripada pukul 8 pagi sampai pukul 6 petang.."
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Terror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...