Kisah yang bakal aku tinggalkan disini bukanlah dari kisahku, tetapi adikku yang lebih mesra disapa Mia. Dalam keluarga kami, Mia antara yang Allah kurniakan deria ini.
Mia baru sahaja konvo beberapa bulan yang lepas. Periuk dan kuali adalah yang paling sinonim yang boleh aku kaitkan dengan si Mia, mesti korang dapat agak kan dia ambil jurusan apa? Yes! Kulinari.. Hihi. Jadi selalulah masakan, kek, biskut yang Mia akan bawa pulang. Sebelum menamatkan pengajian, adalah perkara wajib bagi semua pelajar menjalani latihan praktikal. Tidak terkecuali juga Mia. Setelah beberapa lama Mia memilih hotel untuk praktikal, keputusan terakhirnya adalah di salah sebuah hotel yang terletak di Ayer Keroh. Yaa kami berasal dari Melaka. Hotel ini tidaklah baru, aku rahsiakan nama hotel ya. Mungkin di antara pembaca juga pernah bermalam di sini.
Pendekkan cerita, bermulalah jadual Mia sebagai pelajar praktikal di sini sebagai pembantu chef. Tetapi di awal permulaan latihan Mia diarahkan untuk mula di bahagian f&b. Di awal Mia bekerja semuanya berjalan lancar, tiada sebarang masalah. Tiba disaat penghujung praktikal, beberapa minggu sebelum Mia menamatkan latihannya, di sinilah bermula. Pada satu hari seperti biasa Mia akan habis kerja pada jam 11malam. Dipendekkan cerita, setelah siap-siap Mia berkemas meja-meja dihadapan, telefon yang tidak berapa jauh daripada Mia berdering. Sempat mia menjeling ke arah jam tangan yang dipakai, jam menunjukkan jam 10malam. Mia terus mengangkat ganggang telefon, dihujung talian kedengaran suara lelaki. Suaranya tidak begitu kuat, juga tak begitu perlahan. Perbualan mereka diteruskan
Guest : “hello, saya nak pesan makanan boleh tak?”
Mia : “Ye boleh. Boleh saya tahu dari bilik berapa?”.
Guest : “bilik no 204″ nasi goreng kampung, fresh oren”.
Mia : “tunggu sebentar ye, kejap lagi saya hantar ke bilik encik”.Perbualan tamat- telefon dimatikan.
Sebenarnya sudah dipesan awal, yakni sebarang order akan tamat pada jam 10. Order selepas jam 10 tidak akan dilayan. Tetapi dengan berbekalkan sekelumit rasa simpati di dalam hati, terpaksalah Mia mengambil order guest tu.
Seperti biasa, pesanan guest tadi terus dihantar ke dapur. Kedengaran bunyi kuali menandakan acara masak-memasak sedang berlangsung di belakang dapur. Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan telah pun siap tersedia. Tidak lengah, Mia terus mengambil pesanan tadi lalu membuka langkah menuju ke bilik no 204. Semasa di dalam perjalanan, baru Mia perasan yang blok bilik no 204 itu agak ceruk ke belakang. Sepanjang Mia bergelar pelajar praktikal di sana, belum pernah lagi Mia menghantar pesanan di blok itu. Itulah kali pertamanya, di mana kedudukan blok itu agak ke belakang terdapat pokok-pokok dan sedikit semak. Lampu-lampu di sepanjang laluan menuju ke blok itu juga seperti hidup segan mati tak mahu. Tidak dipasang penuh seperti blok-blok yang berada nun di bahagian hadapan.
Perjalanan tetap diteruskan apabila Mia berselisih dengan sesusuk tubuh lelaki yang agak ‘sado’ dan tinggi. Tetapi seperasan Mia lelaki itu gelap, hitam. Lalu Mia menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat kepada encik itu. Mereka berselisih bahu, tetapi Mia tidak dapat menatap wajah ‘encik’ itu kerana terlalu besar & tinggi. (Mungkin mia hanya di paras bahunya sahaja) Dan ia pun berlalu. Sesampainya di bilik guest itu, Mia pun mengetuk pintu bilik, ketukan kali pertama hanya bisu, tiada jawapan dari dalam. Mia mengetuk beberapa kali lagi. Lama juga Mia menunggu, Namun, masih hampa kerana tiada jawapan, hanya senyap dan sepi. Kedengaran bunyi-bunyi cengkerik. Guest itu tidak pun membuka pintu.
Setelah beberapa minit menunggu tiada jawapan, Mia mengambil keputusan untuk pulang semula ke dapur. Lalu Mia beredar membawa pesanan tadi. Salah seorang chef yang berada di situ bertanya “siapa yang order?”. Jawab Mia, “tadi ada guest telefon dia pesan nasi goreng kg & fresh oren”. “Kenapa bawa balik makanan tu, tak hantar pada guest?”, Tanya chef lagi. “Saya ketuk pintu tapi takda orang yang buka”, jawab Mia. “Bilik nombor berapa?”, tanya chef. “Bilik no 204.” Jawab mia. Perbualan mereka terhenti buat seketika. Suasana tiba-tiba bertukar, mereka berdua saling berpandangan.. “Kenapa ya chef?”, Tanya mia lagi. Dari situ chef mula membuka cerita. “Kalau awak nak tahu bilik tu tak guna lagi, sebab ada benda yang jadi. Jadi bilik tu memang takda guest.” Tetapi, tidaklah diterangkan lebih oleh chef apa yang terjadi pada bilik itu. Terpaku Mia dengan jawapan dari chef.. Bahawa bilik itu tidak dibuka untuk guest. Salah sorang daripada staf yang berada disitu bingkas berlari ke reception.
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...