Nombor telefon berhantu

977 58 0
                                    

NOMBOR TELEFON BERHANTU (Berdasarkan Kisah Sebenar)

Sudah jadi kebiasaan, malam minggu adalah waktu wajib untuk aku menghabiskan masa dengan rakan-rakan. Lokasi wajib sudah tentulah restoran mamak 24 jam. Ini ada kaitan dengan tabiat kami yang pukul 3-4 pagi baru nak balik rumah. Jadi pada malam minggu lepas, aku dan seorang rakan baik duduklah menghabiskan masa di sudut dinding kedai mamak, sambil ditemani gelas berasap dan bau tembakau. Pelbagai isu dikupas, dari seberat-berat isu Presiden Trump sampailah ke isu raya tahun ni nak bisnes apa.

Ok, cerita lain. Itu bukan intipati penting. Apa yang penting sekarang ialah SATU isu yang kami ceritakan pada malam tersebut. Kawan aku ni biasalah, agak-agak jam dah menginjak tengah malam, mulalah dia bukak surah seram dan hantunya. Konon-konon nak bagi aku takut nak balik ke rumah nanti. Tapi aku tak adalah tutup telinga tak mahu dengar. Aku alu-alukan dia membuka cerita sebab, bolehlah jadi content untuk page PS ni nanti. Kadang-kadang lambat update ='(Tambahan pula, menurut kawan aku ni cerita yang akan dia ceritakan ni cerita benar dan sahih.

"Fiq, kau tahu tak dalam dunia ni wujud satu nombor telefon misteri.."

Lebih kurang begitulah mukadimahnya. Aku nyalakan sebatang rokok tanda teruja nak mendengar. Terus aku duduk tegak memberi perhatian kepada cerita dia. Si kawan aku ni menambah lagi.

"Aku boleh bagi nombor ni dekat kau, dan kau boleh cuba call. Tapi aku tak bertanggungjawab atas apa yang jadi kat kau lepas tu. Nombor telefon ni memang berhantu!"

Aku jadi inzal nak tahu lebih lanjut. Apa yang misteri sangat pasal nombor telefon tu? Memang seram. Beberapa kali jugaklah bulu roma dan tengkuk aku meremang ketika dia bercerita. Menurut beliau cerita ini benar-benar terjadi kepada dirinya, membuatkan dia sampai sekarang taubat tak nak call lagi nombor telefon misteri tersebut. Dah kenapa dengan nombor tu dan milik siapa? Ok begini ceritanya.

(Kisah seram ini admin dah translatekan daripada bentuk perbualan jadi ke bentuk penulisan. 'Aku' dalam cerita ini merupakan kawan admin)

.............................................

Cerita ni berlaku pada tahun 1992, masa tu aku baru berumur 12 tahun. Aku ni gemar sangat berkawan dengan budak-budak besar. Selalu sangat aku join abang-abang aku dan kawan-kawannya pergi berjalan-jalan. Walaupun jarak umur aku dan abang-abang aku jauh, tapi itu bukan penghalang. Dah memang aku suka berkawan dengan budak-budak besar. Kalau mereka tengah melepak selepas meronda-ronda naik motor, aku akan turut sama join. Kadang-kadang aku tak faham sangat apa yang mereka bualkan. Tapi itu tak jadi hal. Berkawan dengan mereka semua best.

Seperti biasa pada waktu petang aku akan datang port mereka melepak dan duduk menyibuk-nyibuk di situ. Tekun aku mendengar mereka berborak sambil mencangkung menguis-guis tanah dengan ranting kayu. Aku cuba lukis gambar ayam tapi yang jadinya zirafah. Sampai lah aku terdengar mereka semua berbual tentang nombor telefon. Ranting tadi aku terus letak. Cerita ni macam menarik untuk diambil tahu. Muka mereka masing-masing serius. Salah seorang kawan abang aku telah bercerita tentang nombor telefon misteri. Yang 'menariknya' nombor telefon misteri ini wujud, berfungsi serta boleh dihubungi. Cumanya, sedia atau tak kita nak mendengar suara 'si dia' menjawab panggilan di hujung talian?

Menurut beliau nombor tersebut kepunyaan seorang wanita yang telah mati dibunuh. Dari mana dia dapat info tidak pula kami ketahui. Tambah beliau lagi, jika panggilan kita tidak berjawab atau tidak diangkat, 'si pemilik' nombor telefon akan menghubungi kita semula. Waktu itu kena get ready lah untuk dengar suaranya yang memang sangat 'tidak selesa' untuk di dengar. Tahun 90'an rata-ratanya masih menggunakan telefon rumah dan telefon awam. Jadi kita tidak dapat ketahui siapa yang membuat panggilan, lainlah jika di telefon bimbit. Boleh nampak nombor si pemanggil tertera di skrin telefon.

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now