_Sinopsis_✌🏻
Tausah lah... 🤣 yang ada pembantu rumah tu sekali sekala perhatikan tindak tanduk serta perangai mereka, janganlah terlampau percaya 💯%
• _Episode #1-2 (Final) _
Seawal bulan September kami telah di pelawa ke rumah agen pembantu rumah di PR untuk melihat sendiri pembantu rumah yg kami ingini.
Kami sekeluarga sangat gembira kerana mendapat pembantu rumah dalam masa yg singkat...
_"Pembantu rumah yg lama hendak berhenti kerja dan pulang ke negara asal nya Indonesia setelah 2 tahun bekerja dengan kami"_🙋🏻.
Setiba nya kami di rumah Agen itu... kami di sambut oleh ibu agen bukan pula *AGEN NYA* sendiri ( _alasan ada hal di luar❗_ )
Kami pun di perkenalkan dengan pembantu rumah itu... Sewaktu sesi temuduga kami mendapati :
(a) _Pembantu rumah itu sendiri yg hendak tukar ke majikan baru atas sebab beliau tak tahan kerja dengan majikan lama jaga ramai orang... Tapi apa yang pernah di beritahu oleh agen kami sebelum nya yang pembantu rumah itu sendiri tak boleh kerja dgn ibu mertua majikan lama nya sahaja..._
(b) _Beliau hendak pulang ke Indon selama 2 minggu untuk berjumpa dengan keluarga nya sebelum pulang bekerja dengan kami..._
(c) _Beliau hendak kerja lama di sini_.
Semasa sesi temuduga dengan pembantu rumah itu, kami ada membawa anak anak kami.
Pada mula nya..... anak anak kami suka dan mesra dengan pembantu rumah tu dalam waktu yang singkat.
Air muka pembantu tu bersih dan nampak tenang apabila di soal sewaktu sesi temuduga oleh isteri ku....
Namun... suasana yang tenang dan riang bersama anak anak di rumah kami menjadi gelap, muram dan seram apabila pembantu rumah tu telah menetap di rumah kami dalam masa seminggu.
Kejadian kejadian yang aneh di rumah kami:
(a) _Anak kami c Adham mula membenci kami_
(b) _Segala perintah Pembantu kami dia turuti dan Adham tidak lagi mahu tidur bersama kami_
(c) _Umairah pula menangis ketakutan apabila kami hendak pergi kerja. Selalu tak mahu makan, kerap menangis dan terlalu lemah_
(d) _Selera makan Umairah meningkat dengan begitu ketara sekali... (itupun setelah kami beritahu pembantu rumah kami yg kami ingin mengambil air dari ustaz untuk nya)_
(e) _Isteri ku pula...kerap menghadapi penyakit semput... (sampai sesak nafas) sehingga ubat semput pun tak dapat mengubati nya_
(f) _Pernah suatu hari... pada pukul 3 pagi 🕒 Adham menangis macam kerasukan, Pembantu rumah ada di sisi nya kerana adham dan beliau tidur bersama, Nampun dia hanya perhatikan sahaja. Pada keesokan hari nya, bila ku tanya kenapa dia menangis... Adham beritahu ku yang ada benda hitam besar nak mencekik nya_
(g) _Isteri ku juga akan bangun secara tiba tiba pada waktu yang sama pukul 3 pagi 🕒 dan menangis kerana ketakutan... Kata nya ada benda yang menghempap nya sehingga sukar untuk bernafas. Beliau berasa ada wanita *CANTIK* duduk di sebelah nya pada waktu itu_
(h) _Umairah pula suka mengamuk dan menangis sama seperti Abang nya, pada waktu yg sama juga pukul 3 pagi 🕒._
(i) _Jiran bawah rumah ku pernah memberitahu kami yang mereka mendengar bunyi ketukan...yang amat kuat kira kira pukul 2 pagi 🕑 Bunyi itu di perlahan kan apabila meraka memekik kebisingan... Mereka suspect itu adalah pembantu rumah kami_
(j) _Wajah muka pembantu kami seakan menjadi tua dan hitam_
(k) _Masakkan nya sungguh enak sekali (kami rasa lain dari yang lain...) Yang menghairankan dia tak pula pandai memasak_
(l) _Pembantu rumah akan merasa semput bila kami bawa nya ke rumah orang tua ku ketika bapa mengajar orang orang mengaji_
Beliau juga merasa semput dan panas badan nya apabila aku membawa nya ke rumah abang ku Ketika dia mengajar orang mengaji...
• _Bersambung...._ 🎬
• _Episode #2_
•09th Sept......
Jam 5.30 pagi... kami mendapati dia sakit demam panas dan semput...
Pembantu rumah ku tidak mahu memberitahu kami yang dia telah lama merasa semput dan sakit bila di rumah ku...
Yang pelik dan ajaib nya. Dalam Record kesihatan nya bersih.... walaupun dia pernah pada suatu masa mengadu semput dan di hantar ke Clinic.... Results nya menyatakan dia tak sakit...
• 10th Sept...
Pembantu rumah ku lari. Setiba nya ku pulang ke rumah selepas menghantar umairah ke clinic, aku mendapati....pembantu rumah ku telah lari menghilang kan diri.
At last aku mendapati dari pembantu pembantu abang ku... Dia pernah beritahu yang dia stress kerana tak tahan sakit. Dia ada meninggalkan sepucuk surat pada kami...📃
_(See attached file: Maid's letter.pdf) . Notes: Mem Ana dan pak Peter.... Owners of the Maid Agency_
Kami adukan masaalah ini ke balai polis. Kami dapati beliau lari ke Embassy ---- seek refuge...
• 11th - 12th Sep....
Kami tinggal kan rumah kami... kerana Isteri ku merasa ketakutan bila pulang ke rumah, manakala Umairah pula masih menangis setiap jam 3 pagi🕒.
• 13th Sep...
Selepas berbuka puasa, Aku membawa seorang Ustaz ke rumah untuk melihat keadaan rumah dan keadaan isteri serta anak anak ku.
Sebelum di mulakan zikir, Isteri ku dah start hendak menangis lagi... Selepas berzikir beramai ramai, Ustaz pun mula mengubati anak anak dan isteri ku.
Findings:
(a) _Ustaz membaca ayat ayat suci dan Umairah telah memuntah kan darah yang banyak, dia terkena makanan kotor dari pembantu rumah ku_
(b) _Adham pun terkena sama_
(c) _Isteri ku pula selalu di ganggu mahkluk yang di anuti oleh pembantu rumah ku sehingga membuat kan dia sering ketakutan_
(d) _Apabila Ustaz membaca ayat ayat dengan menyebut nama pembantu rumah ku...lalu dia memberitahu kami yang pembantu ku ada mengamal kan ilmu sihir..._
_Beliau ada mengambil barang barang dari Burung *BOROBUDUR*... Itu sebab nya isteri ku sering di hempas dan sesak nafas_
(e) _Kami di beritahu oleh pihak Embassy, pembantu kami masih tidur dalam kesakitan mungkin beliau telah termakan benda itu sendiri._
Kami beritahu Mem Ana mengenai masalah ini dan jawapan dari nya....
_Patut lah majikan nya lama sering menuruti apa saja kemahuan pembantu rumah ku itu_❗
• _Pembantu rumah ku buat perangai di Embassy:_
(a) _Dia tidak mahu berjumpa dengan agen apabila hendak di bawa balik_
(b) _Dia hendak pulang ke Indon terus_
(c) _Dia mengadu kesakitan hingga tak boleh bangun_
Kini isteri ku telah kembali pulih sedia kala....Manakala Umairah dan Adham pula telah menjadi anak yang periang.
Untuk para pembaca berhati hati lah memilih pembantu rumah... 🤞🏻
# *Tamat*
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...