OFIS

461 21 4
                                    

Papan kekunci ditekan. Mata Suraya fokus memandang skrin komputer. Sesekali jari jemarinya berhenti dari menaip. Dia membaca sekilas bagi memastikan maklumat yang diisi adalah betul. Matanya kemudian mengerling jam yang tergantung di dinding. Hampir menunjukkan pukul 7.00 minit malam,

Suraya memuntahkan pandangan ke luar bilik. Rata-rata kelibat staf tidak lagi kelihatan. Masing-masing telah pulang ke rumah. Hanya tinggal dirinya sahaja yang masih berada di situ menyiapkan segala kerja yang tertangguh.

Sudah menjadi kelaziman bagi dirinya pulang lewat sejak tiga bulan bekerja di situ sebagai pengurus. Dia tidak gemar membawa pulang segala urusan kerja ke rumah. Cuma pada hari itu, dia berada di pejabat agak lama daripada kebiasaan. Paling lewat pun biasanya sekitar pukul 6.30 minit petang dia telah beransur pulang ke rumah. Bebanan tugas yang melampau pada hari itu menyebabkan dia terpaksa pulang lebih lewat daripada biasa.

“Cik Su masih belum balik?”

Teguran itu menyentak Suraya. Dia berkalih sekilas. Salah seorang dari staf pejabat sedang berdiri di muka pintu.

“Ada lagi kerja yang saya kena uruskan. Awak masih belum balik lagi ke? Saya ingatkan semua staf dah balik tadi.”getus Suraya.

“Saya dah siap nak balik dah ni. Tapi nampak lampu bilik cik masih bernyala. Itu yang saya datang jenguk. Banyak lagi kerja?”soal Hanim

“Tak banyak dah. Saya pun kejap lagi nak balik dah ni.”balas Suraya.

“Kalau macam tu saya pulang dulu cik Su. Lagipun dah lewat ni. Dah nak senja. Cik Su jangan balik lewat. Bangunan pejabat ni tempatnya tak elok sangat.”ujar Hanim.

Suraya hanya tersenyum. Bukan dia tidak pernah mendengar pesanan tersebut daripada bos. Bahkan cerita-cerita seram di situ acap kali didengarinya tatkala mula-mula bekerja di situ bagi menggantikan pengurus yang lama. Tapi tidak diendahkannya. Bagi dirinya, hantu, momok dan seangkatan dengannya wujud jika kita mempercayainya. Maka ia membentuk satu ilusi yang menipu minda.

“Hati-hati balik.”balas Suraya tanpa mempedulikan pesanan Hanim sebentar tadi.

Hanim hanya mengangguk kecil dan mengatur langkah meninggalkan Suraya keseorangan di situ. Selang beberapa saat pemergian Hanim, telinga Suraya menangkap satu jeritan.
Suraya terhenti dari melakukan kerja. Bingkas dia bangun dan melangkah keluar dari bilik. Mata meliar ke serata arah.

“Hanim?”Suraya melaung.

Tiada jawapan. Lantas Suraya mengitari sekitar pejabat. Kelibat Hanim atau mana-mana staf tidak terlihat olehnya. Suraya meraup wajah dan menyibak rambutnya ke belakang.

“Aku letih sangat kut sampai tersalah dengar.”bisik Suraya perlahan.

Lantas dia berlalu menuju ke meja kerjanya bagi menyambung semula kerja.

***
Suraya berhenti dari menaip. Dia merehatkan belakang leher di kerusi. Mata dipejam erat. Beberapa minit berlalu, pundi kencingnya terasa penuh. Kerusi ditolak ke belakang. Selajur dia bangun dan mendapatkan tandas yang terletak di hujung ruangan pejabat.

Sebaik jari jemari menyentuh pintu tandas, telinganya menangkap bunyi flush. Suraya terhenti dari menolak pintu. Pada anggapannya seseorang sedang berada di dalam tandas. Seminit dua berlalu, pintu tandas masih tertutup rapat. Tidak menunjukkan tanda sesiapa bakal keluar. Perlahan-lahan jari jemarinya menolak pintu tandas tersebut. Terbuka.

Kosong. Tidak kelihatan sesiapa berada di dalam.

Kerutan terbentuk di dahi. Baru sebentar tadi dia mendengar bunyi flush dari dalam tandas.

Takkan pula aku bermimpi?

Enggan membejatkan fikiran, Suraya melangkah masuk ke dalam tandas. Mungkin dia tersalah dengar, Suraya membuat telahan.

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now