Ganesh sedang asyik bermain permainan video di tingkat bawah. Rakan-rakan serumahnya semua sudah tidur. Waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Entah kenapa matanya masih belum mengantuk.
"Boring la wei. Teman aku tengok cerita hantu!" Tegur Xiao secara tiba-tiba semasa menuruni anak tangga.
Ganesh mencebik. Tengah syok-syok beginilah Xiao mengajak menonton cerita hantu.
"Ajaklah Ayman." Balas Ganesh.
"Ayman dah tidur. Kaulah temankan aku." Xiao berkeras.
Dengan separuh hati, Ganesh menamatkan permainan videonya dan memainkan cakera padat "The Conjuring 2". Mereka duduk sebelah-menyebelah di atas sofa.
Selepas 10 minit menonton, lampu ruang tamu tiba-tiba termati sendiri namun tv masih terpasang seperti biasa. Ganesh bingkas bangun dan bergerak ke suis lampu.
Berkali-kali dia menekannya, on off...
"Boleh tak?" Soal Xiao.
"Aku rasa lampu ni dah rosak. Esok ajelah ganti yang baru." Ujar Ganesh. Dia kembali ke sofa untuk menyambung menonton filem seram.
Xiao di sebelahnya pula senyap sahaja. Tidak segalak tadi.
"Kau kenapa senyap aje?" Tanya Ganesh sambil memandang rakannya. Namun Xiao hanya mematungkan diri.
Dia mula pelik.
"Kau okey ke tak ni?" Soalnya lagi. Matanya tidak lekang dari memandang Xiao.
Lampu tiba-tiba menyala semula. Suasana kembali terang-benderang. Namun tiada Xiao di situ. Ganesh menelan liur. Xiao ke mana? Dalam sekelip mata pula tu. Dia mula berasa tidak sedap hati.
"Tap tap tap...." Bunyi sliding door diketuk seseorang.
Ganesh merenung sliding door yang bertirai itu dengan dada yang berdebar-debar.
"Aku nak tengok movie dengan kau. Buka pintu aku nak masuk."
Ganesh bingkas bangun dan berlari ke tingkat atas tanpa sempat menutup tv. Dia masuk ke bilik dan melihat Xiao sedang lena tidur di atas katilnya. Jadi memang benarlah tadi bukan rakan sebiliknya ini.
Dia berkelubung di dalam gebar. Tubuhnya menggigil.
Kemudian ada bunyi bisikan dari bawah katilnya,
"Aku dah masuk
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Terror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...