“Jiha! Su! Tunggu aku..” Sharin berlari mendapatkan mereka berdua. Sharin yang tercungap-cungap, kelihatannya baru sahaja menghabiskan larian seratus meter. Mereka bertiga yang berada di tingkatan lima akan menghadapi peperiksaan SPM beberapa bulan lagi. Kelas tambahan yang diadakan oleh pihak asrama pada waktu malam wajib dihadiri oleh mereka.
“Kenapa kau lambat?” Jiha menekan suaranya, dia tahu Sharin selalu memberikan seribu alasan supaya dia tidak menghadiri kelas tambahan itu.
“Aku sakit perut” Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh Sharin. Suhana hanya menggelengkan kepala. Sudah masak dengan perangai kawannya itu.
Sebaik sahaja kelas tamat, Suhana dan Jiha mahu segera pulang ke asrama. Mereka hairan apabila melihat meja yang diduduki Sharin tadi kosong. Hanya buku dan kotak pensil yang berada diatas meja.
“Mana Sharin pergi? Tadi bukan dia ada dengan kita” Jiha meneka, dia tidak perasan Sharin keluar ke tandas semasa pembelajaran sedang berjalan sebentar tadi.
“Mungkin dia ke tandas, kan dia sakit perut” Suhana meneka. Jiha terus mengambil buku dan kotak pensil Sharin dan beriringan bersama Suhana ke tandas perempuan untuk melihat keadaan Sharin disana.
“Sharin! Kau okey tak?” Suara Jiha bergema didalam bilik air perempuan. Ada beberapa pintu tandas yang kelihatan tertutup rapat menyebabkan Jiha menjerit secara rambang. Namun tiada sahutan daripada Sharin. Keadaan tandas wanita itu senyap sunyi.
“Aku rasa tak sedap hatilah jom kita balik asrama dulu” Suhana yang berasa seram sejuk. Tidak betah rasanya duduk disitu lagi. Jiha mengerutkan dahinya. Mana mungkin dia akan meninggalkan kawan Sharin keseoranagan disitu.“kalau kau nak balik, kau balik dulu” Jiha tetap dengan pendiriannya. Dia masuk semula kedalam tandas perempuan dan menjerit memanggil nama Sharin. Suhana yang berada di hadapan pintu tandas berasa tidak sedap hati, lorong yang suram itu dilihat seketika. Rasanya tidak sanggup untuk dia pulang ke asrama seorang diri. Dia mengambil keputusan untuk menunggu sehingga Sharin selesai.
“Sharin! Kau kat mane?” Jiha memekik lagi, kali ini lebih kuat. Namun tiada suara sahutan yang kedengaran. Jiha berasa tidak sedap hati. Tiba-tiba dia terdengar suara yang sayup dicuping telinganya, suara seperti seorang kanak-kanak ketawa. Suara itu seolah-olah mengetawakannya. Jiha memberanikan diri untuk menolak salah satu pintu disitu tetapi tandas itu kosong. Tiada sesiapapun yang kelihatan. Jiha berasa pelik. Tiba-tiba sahaja bulu romanya merinding. Peluh juga sudah membasahi seluruh mukanya. Suhana yang berada dimuka pintu tidak berani untuk kemana-mana. Jiha memberanikan diri untuk melangkah kesatu lagi pintu yang tertutup rapat, sebaik sahaja dia mahu menolak pintu itu, tiba-tiba sahaja pintu itu terbuka sendiri dan Jiha menjerit sekuat hati.
“Kenapa ni?” Sharin terkejut melihat Jiha yang menjerit seperti terlihat hantu. Suhana yang berada di hadapan pintu tandas sudah berlari seperti lipas kudung meninggalkan Jiha dan Sharin di dalam tandas. Jiha mengurut dada apabila melihat Sharin yang keluar daripada tandas itu.
“Kenapa tak menyahut bila aku panggil tadi?” Jiha menengking. Terasa jantungnya sudah tercabut daripada tangkainya. Sharin hanya tersengeh, Seperti tiada salah apa-apa. Jiha hanya menjeling tajam. Mereka beriringan menuju ke asrama.
Di asrama mereka bertiga tidur didalam bilik yang sama. Ada empat orang kesemuanya. Syana kawan sebilik mereka telah pulang ke kampung buat sementara waktu, menyebabkan mereka bertiga sahaja tinggal dibilik itu.
“Malam ni kita study group nak?” Jiha memberi cadangan. Sharin hanya menggelengkan kepala.
“Aku sakit perut ni, nak tidur” Sharin menolak, perutnya yang memulas sejak tadi menyebabkan badannya keletihan dan perlu berehat.
“Aku pun nak tidur, dah berselirat rasanya kepala otak aku ni” Suhana yang sudah duduk diatas katil, memicit kepalanya yang sedikit pening. Jiha hanya menghela nafas berat. Dia tiada pilihan lain selain daripada tidur. Jiha menutup lampu dan menuju kearah katilnya dan merebahkan diri diatas katil. Selimut yang menutupi tubuhnya diangkat sehingga ke aras dada. Terasa sejuk hingga ke tulang.
Matanya yang dipejamkan masih tidak mampu untuk membuatkan dia tidur, telinganya masih dapat menangkap pelbagai jenis bunyi didalam bilik itu.
Tiba-tiba Jiha terdengar satu suara yang sayup kedengaran, bunyinya agak jauh tetapi dapat didengar dengan jelas. Seseorang sedang melakukan kira-kira. Jiha yang dapat menangkap bunyi suara itu seperti sedang berkhayal. Tanpa disedari bibirnya juga bergerak mengikut kiraan itu.
“1...2...3..” Jiha mengulangnya bersama-sama. Namun matanya masih tertutup rapat.
“1...2...3...” bilangan itu masih diulang lagi tetapi kali ini lebih jelas dicuping telinganya.“1...2...3...” Jiha membuka matanya perlahan-lahan. Jiha yang tidur menghadap ke dinding, tidak mampu untuk menoleh ke belakang. Terdengar suara yang mengira itu ketawa seperti mengilai. Jiha seperti mahu menjerit tetapi peti suaranya seakan tersekat dengan sesuatu. Suara itu masih mengira tetapi kali ini membuatkan Jiha menjadi lebih panik.
Nafasnya seakan tersekat apabila merasakan suara itu ada didalam bilik itu juga. Jiha terus mengetap bibir. Air liur yang ditelan terasa kelat. Pada mulanya Jiha menyangka Suhana dan Shirin mahu menakutkannya tetapi lama kelamaan suara itu sangat menyeramkan. Bunyi hilai tawanya betul-betul membuatkan Jiha takut. Jiha memberanikan diri untuk mengubah kedudukan baringannya kearah bertentangan. Kali ini dia menghadap kearah loker yang terletak tiga kaki daripada katilnya. Matanya yang tertutup rapat, kini dibuka sedikit. Kelihatan didalam samar gelap itu kelihatan seorang kanak-kanak sedang duduk diatas loker sambil kakinya dijuntaikan kebawah. Dia tidak berhenti mengira.
Tiba-tiba kanak-kanak itu berhenti mengira buat seketika. Kemudian dia menyambung lagi, sambil ketawa dia mengira semula. Kaki yang berjuntai kebawah diayun perlahan.
“1 sudah tidur, 2 sudah tidur, 3 belum tidur..” Suara itu ketawa mengilai dan mengulang sekali lagi.“1 sudah tidur, 2 sudah tidur, 3 belum tidur..” Kanak-kanak itu ketawa tanpa henti.
Jiha tidak mampu berbuat apa-apa, hanya kepada tuhan dia berserah diri. Surah Al fatihah dan ayat kursi dibaca didalam hati berulangkali. Suara itu semakin bergema dicuping telinganya. Terasa dekat. Jiha tidak mampu untuk membuka matanya. Dia amat takut. Jiha tidak berhenti membaca ayat kursi didalam hati. Kanak-kanak yang duduk diatas loker itu terus ketawa tanpa henti. Dia seolah-oleh tahu Jiha sedar akan kehadirannya didalam bilik itu. Semakin lama pembacaan ayat kursi Jiha semakin kuat, kini ayat kursi itu sudah bermain dibibir. Ayat kursi itu diulang beberapa kali sehinggalah dia tertidur.
Pada keesokan harinya, kejadian itu telah diceritakan kepada Suhana dan Sharin. Mereka berdua juga berasa amat takut. Selepas kejadian itu, mereka bertiga tidak mahu lagi berjaga sehingga lewat malam. Mereka bertiga akan terus tidur sebaik sahaja kelas tambahan selasai dan akan menyambung mengulang kaji pelajaran pada siang hari sahaja.
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Korku/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...