"ekau jangan nak mongak la. kodai Kentaki tu jual ayam. ni bukan ayam ni doh" lalu dihulurnya semula kentang goreng dalam pegangannya kepada Razak. Razak menyambutnya. dia sendiri pelik melihat kentang goreng tersebut. malam tadi semasa dia meletak tiga batang kentang goreng tersebut di dalam poket seluarnya, keadaan kentang itu masih keras. susah payah dia menahan nafsu untuk tidak menjamah tiga batang kentang goreng tersebut demi untuk memberikannya kepada sahabat seperayauannya.
dan kini, apa yang dirancangnya tidak menjadi seperti yang diharapkan. namun, dia perlu terus cuba ajak Amran untuk pergi ke Bahau suatu hari nanti. sebab di Bahau ada restoran Kentucky Fried Chicken yang baru dibuka.
"dio bukan jual ayam yo doh. kau ingat tak iklan yg kito tengok kek ghumah Leman maghin? bukan ayam yo, bogo ado, ubi kontang ni ado, pobondo eh laie ontah. takdo deh jual ayam yo doh. ni peluang kito ni. Bahau tu bukannyo jauh bona" panjang lebar Razak bersyarah.
Amran berfikir sejenak. memang mereka berempat pernah bersama2 menonton tv di rumah Sulaiman dan tanpa diduga, mereka dihidangkan dengan iklan yang menggiurkan. masih melekat dalam ingatannya beberapa orang awek cantik2 belaka tertonggek2 dgn kostum berbulu2 membawa dulang berisi penuh ayam goreng. dia sendiri secara spontan memberi cadangan, "kek mano ado kodai Kentaki ni ha? bilo la nak bukak kek Pilah gek eh? kut ado bukak nanti, kono poi ni. kut tak Pilah, Joseh ko, Tikir ko, den sanggup poi. camno, berani merayau sampai Tikir?"
semua itu sudah lama berlalu. semasa rewang kenduri kahwin kakak Leman. tak ramai orang kampung yg memiliki peti tv. kebanyakan org kampung juga tak kisah sangat tentang hiburan. tv pun cuma ada dua rangkaian, RTM1 dan RTM2.
biarpun sudah lama berlalu, kenangan Amran terimbau jua. sedar tak sedar, air liurnya meleleh di bucu bibir.
"kito kono start kumpo duit. duit utk boli kentaki dan duit tambang bas. den tanyo Salim, dio kato tambang singgit ompek pusen. poi balik duo inggit lapan pusen. kentaki, den tak tau lak ghogo eh. kito stenbai la lobih kurang limo inggit. dapek sorang lapan inggit cukup la," memandangkan riak Amran tidak lagi membayangkan rasa berbulu discam olehnya dgn kentang goreng lembik, barulah Razak berani bersuara membentangkan modus operandinya.
"mano nak dicokau duit? den motong nia pun takdo eh abah den nak bagi upah. ekau laie la, kobun gotah pun takdo. takkan kau nak mengicak duit kodai abah kau lak. Leman buleh la kot. abah eh kojo posmen. Salim, laie la hampeh." ternyata Amran mula berminat dgn idea Razak. namun terlalu banyak persoalan dan permasalahan yang memerlukan penyelesaian.
"ekau siap an motong dulu. kang dalam puko 10 ko, kumpo kek kodai den. den nak poi caghik Salim mo Leman lak ni. kito takleh bincang berduo. kono cukup korum baru buleh bincang. hehe.." senang hati Razak. dia sudah boleh tersengih semula bila rancangannya diaambut baik oleh Amran.
"yo la, yo la.. ubi kontang tu kang bagi kek Salim sebatang, Leman sebatang. yg den dah gigit sikit tadi tu, kau makan." kata Amran apakala Razak mula melangkah meninggalkannya.
"eh.. hahaha..." Razak ketawa saja kerana baru tersedar kentang goreng lembik masih dalam pegangannya. segera dicampakkannya ke tanah sambil tersengih2.
