PART 60 : SEMANGKUK CENDOL, SEPINGGAN ROJAK

182 1 0
                                    


"Haghi ni acik belanjo.." kata Pakcik Borhan.
"Banyak untung ekau jual cendol acik kek sughau semalam. Ekau sumo ni memang ado bakek beniago sebona eh ni.." Pakcik Borhan tersengih menayangkan susunan giginya yang masih sihat dan rapi.

"Ala cik.. sogan la camni. Upah dah ambik, ni nak minum free lak laie.. sogan la.. hihi.." kata Razak dengan sengihan kerang busuknya.
"Ekau minum yo la Jak.. Haghi ni yo. Lain kali kau datang minum sini, tak dapek free laie doh yo.." balas Pakcik Borhan sambil berjalan masuk ke dalam dapur kedai bersama beberapa pinggan mangkuk kotor yang ditinggalkan oleh pelanggannya di atas meja.

"Cik Borhan, Ajak nia sogan bona nak minam free. Dio koba nak tolong acik basuh pinggan mangkuk potang ni. Tingga an la pinggan mangkuk tu. Kojap laie kang Ajak basuh.." kata Salim.
"Woi, woi! Apo lak ni?!" dengan segera Razak melenting. Amran, Leman dan Salim mengekek ketawa.

"La.. iyo ko ni? Osah amek penyogan eh kau ni yo Jak. Iyo lah.. Acik tingga an kek dalam besen tu ha.. Susah2 yo kau ni. Acik nak belanjo free pun kau nak sogan.." sahut Pakcik Borhan dari dalam dapur. Wajah Razak bertukar kelat. Amran, Leman dan Salim sedaya upaya menahan ketawa, tak mahu ketawa mereka didengari oleh Pakcik Borhan.

"Acik Borhan.. mintak dighi dulu yo. Timo kasih la belanjo.. Ajak ni tingga sini dulu la. Dio ado kojo.." kata Amran setelah mendapati dah hampir masuk waktu Asar. Cuma semangkuk cendol dengan sepinggan rojak, namun mereka menghabiskan masa begitu lama di kedai Pakcik Borhan, berbual dan bergelak ketawa mengimbau kisah lama seolah2 macam mereka sahabat lama yang terpisah sekian lama.

"Iyo lah.. Lain kali kalau ado peluang laie, bukak la laie goghai macam semalam tu.." jawab Pakcik Borhan sambil duduk2 di satu meja bersama dengan beberapa orang penduduk kampung. Amran dan rakan-rakannya mengangkat pinggan dan mangkuk masing-masing, membawanya ke dapur dan diletakkan di dalam besen di tepi pintu belakang kedai.

"Woi.. tolong la sekali ha.." rayu Razak sambil menyingsing lengan baju melayunya, bersedia untuk membasuh pinggan mangkuk di kedai Pakcik Borhan.
"Takleh.. den nak kono poi sughau copek. Nak azan.." balas Amran.
"Den nak kotuk boduk.." balas Salim pula.
"Den nak bontang sejadah.." Leman pula memberikan alasan.

"Den kono mintak dighi dulu ni Jak.. Ekau jangan tak poi sughau lak yo.." kata Amran.
"Hampeh la kengkawan camni.." sungut Razak. Namun sungutannya hanya disambut dengan ketawa oleh rakan-rakannya. Tanpa sebarang kasih belas, Amran, Salim dan Leman meninggalkan Razak sendirian membasuh pinggan mangkuk di kedai Pakcik Borhan.

Baru beberapa langkah meninggalkan kedai Pakcik Borhan, Leman tiba2 berhenti.
"Den tolong Ajak dulu la. Sian lak deh sensorang. Banyak jugak pinggan mangkuk tadi tu.." kata Leman.
"Elok yo tu.." balas Amran.
"Kang jumpo kek sughau.." sambungnya.

Leman berpatah balik ke kedai Pakcik Borhan. Amran dan Salim meneruskan perjalanan ke surau. Bersendirian bersama Salim, terdetik di hati Amran untuk bertanya secara terus terang kepada sahabatnya itu tentang skandal Salim dengan adiknya, Nora.

"Lim.." kata Amran.
"Aa.." balas Salim dengan ringkas.
"Den nak tanyo kau sikit ni. Den janji, den tak maghah. Kau jawab yo boto2." kata Amran.
"Apo deh?" kata Salim pula.
"Ekau seboto2 eh ado apo2 tak mo adik den, Nora?" tanya Amran. Salim sedikit tersentak.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now