Dengan pantas Amran mempersiapkan diri. Mandi, pakai persalinan paling cantik yg dia ada, solat Subuh sendiri dan kemudian terus bergegas keluar rumah. Basikal dikayuh laju ke rumah Haji Murad. Berbantukan cahaya yg terbatas, baru teang tanah, dia mahu menyegerakan urusannya pagi ini seberapa segera yg boleh.
Kehadiran Amran mengejutkan Abg Tapa. Tidak disangkanya Amran akan datang mengambil kereta seawal pukul enam suku pagi. Namun dia tak banyak soal. Mungkin keterujaan Amran untuk merealisasikan cita2nya membawa Amran terpacak di rumahnya pagi buta itu. Kunci kereta bertukar tangan. Basikal pula Amran sorongkan ke bawah rumah Haji Murad. Kemudian Amran terus masuk ke perut kereta dan menghidupkan enjin kereta. Abg Tapa hanya memerhatikannya dari birai pintu.
AMRAN: Camno nak nyalo an lampu ni bang?
ABG TAPA: Hah..? Kau tak tau ko?
AMRAN: Abg lom ajar lai..
Abg Tapa segera menuruni tangga dan mendapatkan Amran. Ditunjuknya suis lampu. Amran menghidupkan sendiri lampu itu. Sempat juga Amran tanyakan sama ada suis lampu van sama sahaja dengan kereta. Abg Tapa mengiyakan.
Selepas menerima amanat ringkas dari Abg Tapa supaya berhati2 memandu, Amran terus memandu keluar meninggalkan perkarangan rumah Abg Tapa. Jam di dashboard kereta menunjukkan pukul 6:28 pagi. Amran ada setengah jam lagi sebelum temujanjinya dengan rakan2 utk berhimpun di stor. Namun, hala Amran pagi ini bukanlah stor getah kampung mereka, sebaliknya stor getah Tauke Leong di Terachi.
Ikutkan perkiraan biasa, perjalanan dgn van ke Terachi akan memakan masa hampir setengah jam melalui Seri Menanti. Itu pun bila mamandu dalam terang. Namun, Amran sudah merangka rancangannya sekemas2nya semasa mandi tadi. Dia tak akan melalui jalan dalam yg kecil dan bengkang bengkok. Dia akan memandu ke Terachi melalui pekan Kuala Pilah. Jalannya lebih besar dan lurus. Tambahan pula, pagi2 buta ini mungkin jalan raya lengang. Bagaimanapun, Amran tetap berhati2 memandu tambahan pula ini adalah kali pertama baginya memandu dalam gelap dengam hanya disuluhi lampu kereta.
Amran tiba di stor Tauke Leong pada pukul 6:44 pagi. Kereta Abg Tapa dihentikan betul2 di depan pintu stor. Amran keluar dari perut kereta. Tangannya diseluk ke dalam poket untuk mengeluarkan nota ringkas yg hendak ditinggalkan untuk Ai Lin. Dia cemas sebentar apabila mendapati nota itu tiada dalam poket kanannya namun kembali tenang bila mendapati ianya ada di dalam poket sebelah kiri.
Amran buka lipatan kertas itu dan membacanya sebentar. Rasanya cukup ringkas namun boleh difahami oleh Ai Lin. Banyak kali dia bertukar2 kertas semasa menulis di stor tadi. Kadang2 dirasanya notanya terlalu panjang. Maka, dibuang. Dia khuatir kalau org lain membacanya, mungkin menimbulkan perkara tidak diingini. Ada juga yg terlalu pendek, buang juga. Dia perlu mengambil kira Ai Lin bukan Melayu. Mungkin bermasalah bagi Ai Lin utk memahami nota dalam bahasa Melayu kalau ditulis terlalu ringkas. Selepas beberapa kali membaiki karangan notanya, akhirnya Amran berjaya juga mengarang seungkap nota ringkas yg dia percaya mudah difahami oleh Ai Lin.
Masalahnya kini, di mana patut Amran tinggalkan nota itu. Amran memerhati sekeliling. Dia hanya berjanji dengan Ai Lin untuk berjumpa di stor getah itu. Halaman stor yg luas itu membawa kesukaran kepada Amran untuk mencari tempat menyelitkan nota yg dia pasti akan ditemui oleh Ai Lin.
Kali ini Amran buntu. Situasi itu tidak sama dengan nota yg ditinggalkan oleh Fariha untuknya di atas pangkin di bawah pokok ketapang di tepi padang sekolah. Pangkin itu memang jarang digunakan orang kecuali sebagai tempat pelajar2 berehat semasa hari persekolahan. Tambahan pula dengan bijaknya Fariha himpitkan notanya di bawah sehelai daun ketapang yg dihimpit pula dengan sebiji batu. Itu jelas membawa mesej bahawa seseorang meletakkan daun dan batu itu di situ. Adalah mustahil daun yg gugur dari atas dihimpit oleh batu yg biasanya terletak atas tanah secara semulajadi.
