PART 100 : KAU GEMUK, KAU COMEL

239 2 0
                                    


Majlis berkampung untuk membincangkan perihal kenduri pertunangan Fariha diselesaikan dengan sangat cepat. Isu2 pokok sahaja yang dibincangkan. Tidak meleret2 demi memberi laluan kepada perbincangan isu harga getah pula.

Amran, Salim dan Leman duduk di suatu sudut di beranda rumah Tuk Said. Bahagian ruang tamu sudah dipenuhi oleh orang tua2. Razak sekali lagi tidak menyertai mereka. Dia ada tugas lain yg perlu dilaksanakannya. Rupanyanya Tuk Said yang menempah satay 1000 cucuk sebagai sebahagian hidangan majlis berkampung itu. Dan Razak kini bertugas menguruskan hidangan pula.

SALIM : Haih.. Budak Ajak ni.. Den ingat dio nak ajak kito poi tolong hidang satay samo2.

LEMAN : Tu la.. Tadi kemain mintak tolong. Tu pun sobab tak dayo angkek besen bosa.

SALIM : Ni mesti sobab Ina ado sekali kek dapur tu. Tu yg tak dipelawo eh kito bekojo sekali tu.

LEMAN : Kih3..

SALIM : Moh terojah!

LEMAN : Moh.. Kih3..

SALIM : Kau ni sonyap yo, Am.. Alak?

AMRAN : Takdo apo la. Kau nak poi dapur, poi la. Den nak dongar org berbincang ni.

Dalam hati Amran, dia terbayang kemungkinan kenyataannya sebagai saksi kes diperlukan di dalam majlis itu. Mungkin Tuk Said perasan dia duduk di beranda. Kemudian Tuk Said sendiri memanggilnya ke dalam untuk membentangkan fakta kes yg diketahuinya. Lalu dengan tenang dan bersahaja, dia melangkah melalui celah2 orang ramai untuk ke depan majlis. Semua mata memandangnya. Sebaik sampai di sebelah Tuk Said, dia akan memulakan bicaranya. Dengan tenang, teratur, jelas dan penuh wibawa. Setiap hadirin senyap sunyi dan menumpukan perhatian. Malah kaum ibu di dapur juga terdiam dan berhenti bekerja untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yg disampaikan oleh Amran. Di suatu sudut, Fariha turut terdiam mendengar ucapannya.

LEMAN : Ala.. Moh la. Takkan kau nak lepak sini sensorang. Org tuo2 yo sumo kek sini.

AMRAN : Ekau poi la.

SALIM : Banyak kojo kito buleh buek. Angkek pinggan ko, isi air ko.. Takkan kau nak merajuk kek Ajak kot.

LEMAN : Ontah eh. Pasal ni biar la org2 tuo yo bincang.

AMRAN : Den nak donga yo. Isu paneh ni..

LEMAN : (berbisik) Ekau takut terjumpo Iha ko? Jgn risau la.. Dio kek dalam bilik eh. Den nampak dio masuk tadi.

Amran terdiam. Dia tahu tiada alasan utk dia terus duduk di dalam majlis yang membosankan itu. Bosan bagi org muda seperti Salim dan Leman. Tetapi tidak bagi Amran. Dana KFCnya dirampas gara2 penipuan Ah Tong. Kalau bukan sebab Ah Tong turunkan harga getah, tentu keluarganya tidak mengalami masalah kewangan. Kalau keluarganya tidak mengalami masalah kewangan, tentu dana KFCnya tidak dirampas oleh Makcik Kiah.

Atas desakan Salim dan Leman, Amran akur jua. Orang2 kampung sudah maklum dengan apa yg diketahuinya. Mungkin tiada peluang pun utk dia menaikkan sahamnya melalui isu itu. Majlis perbincangan itu hanya tertumpu pada tidakan yang wajar diambil terhadap Ah Tong pada keesokan hari. Memang tiada ruang untuk orang muda sepertinya mencelah.

RAZAK : Eh.. Ekau tigo orang ni ado ghupo eh.. Hihihi..

INA : Kan dah koba tadi. Ajak la kengkawan Ajak ni tolong sekali.

RAZAK : Haha.. Ingat dah balik.

Sengih lebar Razak menjengkelkan Amran dan yang lain2. Namun mereka sudah berpakat untuk buat2 tak faham. Mereka hendak perhatikan perilaku Razak. Dengan kehadiran mereka, Razak terpaksa bekerja bersama rakan2nya itu. Namun dia asik menjeling ke arah Ina.

INA : Jak.. Ina nak poi bilik lah ai. Nengok Iha.

SALIM : Eh.. Poi yo la. Apo lak nak mintak izin kek Ajak lak..?

RAZAK : Biar la deh Lim. Pokok dek dio la.

Pemergian Ina meninggalkan Razak bersama rakan2nya menguruskan hidangan satay. Razak sedaya upaya cuba menyembunyikan keceriaan luar biasa yang menghiasi raut wajahnya. Sementara Amran, Salim dan Leman masih mengekalkan kepura2an mereka.

LEMAN : Lim.. Den nengok Ina lawa jugak.

SALIM : Tu la.. Dulu maso sekolah gomok. Ni dah tak berapo gomoo, osah lak lawa eh. Oh, Ina... Walaupun kau gomok, kau gomok, kau comel..!

RAZAK : Woi.. Tak elok la cakap org camtu.

LEMAN : Haha.. Maghin maso sekolah dio ado ngurat kau kan. Tapi kau tak layan.

SALIM : Aah.. Agak2 kut den ngurat dio sekarang ni, dio nak ko?

LEMAN : Cubo la. Kut kau tak nak, bak den yg cubo.

RAZAK : Eh, Lim.. Kau kan dah ado Nora.

SALIM : Jgn cakap kuek2. Donga dek Am kang. Kito ni lelaki, buleh pasang ompek.

RAZAK : Banyak la kau.

LEMAN : Kau cubo la Lim.. Kau tu hensem.

SALIM : Nanti den tulih surat, kau buleh tolong sampai an tak Man?

LEMAN : Buleh yo. Takdo hal. Buleh pas kek Iha, mintak tolong dio pas kek Ina.

SALIM : Cantiikkk.. Calit sikit!

RAZAK : Woi.. Beburak yo kau ni. Banyak kojo ni..!

Leman, Salim dan Amran ketawa tak tertahan. Razak perlukan beberapa saat untuk menghadam maksud drama yg dilakonkan oleh rakan2nya tadi. Hingga dia faham bahawa dia sudah kantoi, barulah dia turut ketawa sekali.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now