PART 170 : SELEPAS MAGHRIB

133 0 0
                                    

Amran menyapa ibunya. Makcik Kiah membalas seperti biasa sahaja. Nampaknya tiada apa yg perlu Amran risaukan. Tidak seperti yg dibayangkan, kononnya dia akan dihujani dgn pelbagai soalan lantaran kehilangannya secara tiba2 hari ini, apa yg berlaku sangat berbeza. Makcik Kiah masih dengan kerja2nya memasak di dapur berbantukan Nora. Apakala Amran melintasi dapur untuk ke bilik air, Nora menjeling tajam ke arahnya. Amran tidak mengendahkannya. Amran maklum, Nora tahu tentang skandalnya dgn Fariha. Mungkin timbul persoalan di benaknya lanjutan dari kes pemutusan ikatan pertunangan Fariha yg baru berusia beberapa hari.

Selesai solat Maghrib sendirian, masa masih banyak baki sebelum masuknya waktu Isyak. Amran terkebil2 di atas sejadah. Apa yg patut dibuatnya ketika ini?Soalan itu bermain2 di dalam kepalanya.

Hendak ke surau, mungkin rakan2 yg lain masih di rumah masing2. Hendak ke rumah Salim atau Razak, entahkan mereka sudah ke surau. Sudahlah dia perlu berjalan kaki ke mana2 sebab basikal mereka digunakan oleh Salim. Hendak duduk sahaja di rumah, bosan pula rasanya. Kalau ada tv, boleh juga dia menonton drama alih bahasa Jepun yg popular itu.

Amran memutuskan utk ke surau. Kalaupun Salim dan Razak tiada di sana, Amran rasa berada di surau lebih selesa drpd rumah sekarang ini. Sebab dari semasa ke semasa, Nora berkali2 menjeling tajam ke arah Amran. Jelingan yg sarat dgn persoalan.

Amran boleh bayangkan, jika dia dan tiga org rakannya yg lain sepakat dgn teori yg mengaitkan Amran dalam krisis pemutusan ikatan pertunangan Abg Tapa dan Fariha, tidak mustahil teori itu juga sedang bersarang di dalam kepala Nora. Sebelum Nora buka mulut bertanya apa2, adalah lebih baik bagi Amran untuk segera keluar ke tempat yg lebih selamat.

Halaman surau lengang. Hanya ada beberapa buah motosikal dan basikal. Di bawah tangga, agak banyak juga selipar tidak bersusun. Menunjukkan ramai tetamu surau malam ini, namun tiada yg kelihatan di luar surau. Di dalam, kedengaran suara2 yg rancak berbual.

Amran memberi salam lalu terus masuk. Semua mata terarah ke arahnya. Ternyata ramai ahli jemaah surau berkumpul di bahagian hadapan surau. Bukan membaca yasin atau mendengar kuliah, sebaliknya berbual. Nampaknya isu perbualan org2 tua kampung ini agak menarik. Amran boleh agak isunya kerana kelompok ahli jemaah itu semuanya tertumpu pada seseorang di tengah kerumunan, Tuk Said.

IMAM: Hah.. Amran. Ado pun kau..

BILAL: Haiyo la bilal mudo ni. Raso macam dah duo tigo hari tak obang Zohor mo Asar ni..

AMRAN: Alamak.. Kantoi pulak. Hehe.. Kengkadang ado yo hal eh. Mintak maap la yo..

IMAM: Takpo la.. Meh duduk sini. Nak cerito sikit. Ekau tadi poi jumpo Tapa kan?

Pak Imam mengesot sedikit utk memberi ruang kepada Amran duduk di tengah kerumunan. Amran resah, tertanya2 sendiri, apa soalan yg bakal ditanyakan kepadanya nanti. Sudah tentu isunya tentang kes putus tunang yg masih hangat hari ini. Tuk Said yg bersimpuh di sebelah Pak Imam merenung tajam ke arah Amran tanpa sepatah kata. Tekak Amran terasa kering kerana terlalu banyak air liurnya sudah ditelan.

Surau yg disangkanya lebih selamat daripada rumah, rupanya menjebakkan Amran ke dalam perangkap yg lebih besar.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now