Atas nasihat bersulamkan kutukan rakan2nya, Amran terpaksa akur untuk pulang dahulu ke rumah sebelum berarak ke setor Ah Tong. Nasihat dan kutukan rakannya supaya dia mandi dahulu sebelum berpiket berasas kerana uniform menorehnya tentu mengganggu ahli piket utk berpiket dengan tenang. Namun silap dia juga kerana bertangguh2. Terlalu berat hatinya kerana baraan semangatnya yg panas hendak menyerang setor Ah Tong. Pukul 10.30 baru dia terkocoh2 hendak balik untuk mandi.
Ikutkan perkiraan kasar, masih sempat untuk dia mandi dan bersiap seterusanya menuju ke stor Ah Tong jika segalanya berjalan lancar. Namun tak tersangka, sebaik hendak masuk ke bilik air, Makcik Kiah memanggil namanya. Makcik Kiah minta diberi laluan sebab dia hendak mandi dahulu. Amran tiada pilihan melainkan merelakan sahaja. Dalam pada menunggu giliran masuk ke bilik air, Pakcik Latif yg sudah bersiap untuk berarak ke stor Ah Tong sempat berpesan kepada Amran supaya tidak lupa pergi ke sana. Katanya lagi, semua akan berkumpul dahulu di surau sebelum berarak bersama untuk mengelakkan kekecohan berlaku. Amran hanya dapat mengiyakan sambil hatinya resah menunggu Makcik Kiah habis bersiram.
Amran memang sedia maklum, ibunya selalu mandi lama terutamanya jika balik dari menoreh. Biasanya Makcik Kiah balik menoreh lebih awal. Amran rasa ibu dan ayahnya macam dia juga. Lepas menoreh, tidak terus balik ke rumah sebaliknya bersidang dgn kawan2 mereka yg sama2 selesai menoreh. Jam kecil di atas rak menunjukkan pukul 10.55 pagi. Amran cuba mencium ketiaknya sendiri dengan harapan bau badannya tidaklah busuk sangat dan dia tak perlu mandi pagi itu. Namun harapannya punah. Dia sendiri tak tertahan dengan aroma itu.
Amran selesai bersiap pukul 11.15 pagi. Dia rasa tak perlu ke surau kerana pasti semua org kampung yg terlibat sudah pun berhimpun di stor Ah Tong. Makcik Kiah dan Nora tidak menyertai. Mereka sibuk di dapur menyiapkan juadah makan tengah hari. Amran tak berminat nak tahu apa yg dimasak.
Dari jauh sudah terlihat kemeriahan stor Ah Tong pagi itu. Lori Ah Tong kelihatan di tempat letaknya yang biasa. Bermakna Ah Tong tidak melarikan diri. Amran berlari2 anak ke arah himpunan manusia itu. Sebaik terlihat kelibat rakan2nya, dia segera menghala mereka.
SALIM : Lamo eh kau mandi.
AMRAN : Alak? Takleh ko?
SALIM : Humang.. Tanyo camtu pun marah.
RAZAK : Sonyap la woi. Donga tu ha..
Di bahagian dalam stor, Ah Tong dikelilingi oleh beberapa orang kampung termasuk Pakcik Latif. Sesi soal jawab rancak berlangsung. Riak wajah Ah Tong ternyata kelemasan.
AH TONG : Macam den koba tadi lah. Kalau taknak jual kek den, buleh jual kek org lain. Takdo sapo pakso doh.
TT : Kok camtu, apo kau tak koba org lain buleh boli mahal, kau murah..?
khairuls : Aah.. Kut tau kau boli murah, dah tontu den jua kek org lain.
AH TONG : Mano buleh. Bukan kojo den nak poi tengok hago org lain doh. Den ni meniago.
monster_forex : Meniago apo camni? Ni membongak!
xalimx : Hontah eh..! Den hontak jugak apek ni kang..
sk8oink : Soba.. Soba.. Tak selosai masalah kalau main hontak2 ni doh..
AH TONG : Masing2 ni buleh pikir kan. Banyak kali dah den koba. Den ni meniago. Samo la macam abang nsriza tu ha..
nsriza : Apo kaitan mo den lak? Den jual nasik lomak yo. Bukan jual gotah.
AH TONG : Dio jual nasik lomak ompek pusen sebungkuih. Kek Tampin den baru tigo pusen sebungkuih.
farizhelmi : Apo kaitan eh? Ekau jgn nak bolit2 cerito Tong!
AH TONG : Kut nak boli yg maha, boli kek sini. Kut nak murah, boli kek Tampin. Samo yo nasik lomak eh.
orgsengkang : Kito cerito pasal gotah. Bukan nasik lomak!
hermanez : Haihh..! Berdarah jugak apek ni kang..!
AH TONG : Samo yo apo2 pun. Meniago ni camtu la adat eh. Kalau nak jual gotah maha, jual kek Terachi macam yg si Amran koba tu. Kalau nak jual kek den, ikut la hago den. Terpulang la. Itu pilihan masing2. Den tak halang doh..
chrome76 : Masalah eh.. Hago kau ni jauh bona bezo eh. Setakat duo tigo pusen tu buleh terimo laie.
AH TONG : Dah tu.. Poi la jual kek Terachi. Tak yah la jual kek den.
alongN9 : Memang den nak jual kek Terachi yo lopeh ni. Takdo eh nak jual kek kau laie dah. Tapi yg tigo bulan kau mongak org kampung ni, den nak ganti rugi!
AH TONG : Mongak apo pulak? Kut kau koba den mongak, sumo org meniago pembongak. Wahid satay tu contoh laie satu ha.. Ikut suko dio yo totap an hago. Kau sanggup bayar, kau boli. Tak sanggup bayar, kau makan la bondo lain. Tak pun buek satay sendiri.
tokputih : Camni kau yo Tong.. Org kampung ni kemain layan kau baik selamo ni. Sanggup kau ambik kesempatan yo.. Nak den keluarkan hadis kang, kau tu bukan nak pecayo kek hadis pun.
AH TONG : Sebona eh.. Den pun ponah kono nayo dek org sini. Tapi den tak ponah cerito kek sesapo.
azme86 : Apo pulak yg kau nak mongak ni..?
AH TONG : Bukan nak mongak ni doh. Payah camni. Den cakap sikit, kau kato den mongak. Baik takyah tanyo.
Putu Piring : Ok.. Kau cerito..
AH TONG : Haji Murad ado sini tak?
IrSumbak : Takdo. Apo kaitan mo Aji Murad lak?
fuji : Kau jgn nak koba Aji Murad yg nayo kau. Mampuih den tak cayo. Tu mantan ketuo kampung tu.
landak putih22 : Laie pun, dio mano ado kobun gotah.
AH TONG : Dio buleh jadi saksi. Maso dio jadi ketuo kampung maghin, den ado mengadu kek dio pasal ado org kampung ni yg isi batu dlm lantun.
rich dady poor dady : Mongak la kau! Den sebagai pemogang rekod namo paling panjang kek kampung ni tak ponah donga pun isu ni.
AH TONG : Memang la tak ponah donga. Sobab Aji Murad diam an.
pe_jal : Taun bilo ni?
AH TONG : Tak ingat den doh. Tapi maso tu masih Aji Murad ketuo kampung.
super saiya : Buleh cayo ko ni? Den kut maghah, rambut bertukar jadi kuning.
akeyrasta : Co tanyo Tapa. Ado tak Tapa sini?
in_butterfly : Tapa pun takdo.
alpine_star : Payah den nak cayo ni. Apo bukti eh?
agen14 : Hari kan Sabtu. Dio kojo.
sigila : Bukan bukti Tapa takdo kek sini. Dio tanyo bukti cerito Atong kono nayo kek org kampung yg isi batu dlm lantun ni..
Fabs Gunns : La.. Den pun ingat an bukti Tapa takdo kek sini. Nasib baik org lain yg jawab dulu. Keh3..
AH TONG : Tak dapek den nak bukti an doh. Aji Murad yo la saksi eh. Den pun maleh nak kecoh2 sobab den masih nak meniago kek sini.
sajul : Andai an la boto kau ponah kono nayo kek org sini. Jadi, sekarang ni kau nak baleh dondam la yo?
AH TONG : Takdo la camtu. Bondo lamo, den pun maleh nak ingat laie.
MachineEmperor : Dah tu apo yg kau nak bukti an sebona eh ni?
AH TONG : Den cumo nak koba, kalau org kampung ni pikir den jahat, terpulanglah. Tapi kono tengok jugak balik diri masing2. Baik bona ko?
camie2209 : Ok.. Itu cerito lamo. Bukan satu kampung pun yg nayo kau camtu.
budak_design : Aah.. Tapi sekarang kau sorang dah nayo satu kampung ni.
AH TONG : Haiyo.. Terpulanglah. Ponek dah den koba an. Den ni meniago. Kut raso nak bunuh den, bunuh la. Sendiri kono ingat, negaro kito ni ado undang2.
Azizi Zillah : Kito repot polis la kalau camtu..
AH TONG : Terpulang. Den meniago caro boto. Ado lesen. Bukan meniago pasar haram.
impbaskie : Jangan harap den nak jual gotah kek kau Tong.. Huh!
AH TONG : Tak dayo den nak memakso doh..
Kemarahan orang kampung belum reda. Namun mereka kehabisan hujah untuk meneruskan perdebatan. Dengan pengetahuan yang cetek, walaupun tak berpuas hati tetapi mereka tetap termakan dengan kata2 Ah Tong. Tuk Said juga tak dapat berkata apa. Keputusannya, Ah Tong beredar dgn lori kosong. Manakala orang2 kampung yang teraniaya pulang ke rumah masing2 tanpa pembelaan.
ipp : kito terimo la sumo ni sebagai pengajaran yo. Kito kono yakin yo la.. Joki kito, bukan Atong yg bagi, tapi Tuhan. Apo yg hak kito, kito tuntut balik. Tapi apo yg dah terlopeh tu, kito cari yo la yg lain. Bumi Tuhan ni lueh.. Timo kasih sumo, sobab sudi datang.
Lamaliff Ent., Bro_Izantie, mrkoma, anakorek, nazting, belebatpisang, anekdotrin, wantech, FOZISTUDIO, azman67, adisman, stonz, f430, shy2arleeyaa, faizextreme, amil, Jin Kebulur, LoBye, mdms91, aisyazrin, zamz, plast3r, Hobin, zargos, Payyed, skacinta, xgang, JackLanun, donicapello009, PeRtZ, -pojie-, marlen, azparaguz, karapole, monyamin, adifaza, xfaiz86x, shahril_hyundai, cintanafisya, yussys, mangbeh, kakhi, ajis_kg, isme_xx, thelastsamurai, orange76, asdi, quasar10, kaberete, maranello_84, afhum, Mantam, ramadhanpkns, faizk, kerunai, khairul385, fenixwar, baldi biru, a_fik, mzak, ZURA-SAN, alaq22, dzol, Sang Kelembai, iera hashim, MsJanuary, +kOoL+, eLLYaNa, syam dungun, Prisoner, wikidownload, albabkebab, azayu8787, Hang Kebun, R-Type, biosumber, tenungskrin, timur & barat, bume83, azlan.BDM, maskofzorro, Master Robocop, wolfverine182, denel235, Abg Din, bijun, laksamanakumbar, sylarempire, myswissbank, bob76, Genesis, mynameis, chulax12, asamboy, master key, Jantan Kopi Ambiak, muhafis, bajeng, egg_toast, Hairizt, greiga, shamfj7, ashiteru88, Ran, young and dangerous, oimates, eh?, flyfm, DrVitagen, dloanman, samurai_liam, apoeki, faizal3464, m-izudin, malevolence, abangpower99, 12daily_pro, ulam, akmal_tawau, aman_pd, space2010, mamatganu, 8virus, yusri5511, jeli, Micks, ajeez0708, LEMANtheMAN, rayban, usrule, ar_piece, rarapinky, mentrix, Jie Azz, ctborn, copy left, BoBu, darkriez, Hitman™, nadyasweet, sepatsiam, ohsem, BES, Dark*Knight, balung, maxman, hamizahmad, Overclock, wkl6438, kaylis, omgkenny dan nasigorengkicap, semuanya beredar sambil berbisik2 sesama sendiri.
![](https://img.wattpad.com/cover/190964024-288-kabc884.jpg)