PART 5 : KUTU RAYAU TERLAMPAU

4.7K 16 0
                                    


cuma Leman yang belum melapor diri. Amran resah menanti. selang 2 minit, dia jeling ke dalam kedai untuk tengok jam dinding. sudah hampir pukul 10, Leman masih tak muncul2.

panjang lebar dia, Razak dan Salim berbual. isi perbualan mereka tak lari dari pokok perbincangan. namun mereka tetap berhati2 kerana tak mahu rancangan mereka didengari org lain terutamanya kakak Razak yg sedang menjaga kedai. malah, jika ada pelanggan yang datang, mereka akan segera berhenti berbual.

"hadui.. mano lak si Leman ni? lombab amek.." sungut Amran.

"den koba kek dio puko 10. kojap laie sampai la tu." Pujuk Razak. sementara Salim senyap saja walaupun awalnya dia banyak cakap meluahkan rasa tak puas hatinya kerana Razak tak tinggalkan walau secebis kentang goreng KFC. begitupun, Amran berjaya meyakinkannya bahawa kentang goreng lembik tu dah tak sedap dan mereka perlu dapatkan yg segar di Bahau.

10.15, Leman masih tak muncul. hati Amran mula mendidih. Razak masuk sebentar ke kedai dan kemudian keluar dengan tangannya disorok dalam baju. ternyata ada sesuatu disembunyikan dalam baju itu.

"kentaki?" serentak hati Amran dan Salim berbisik.

sesampainya ke port, Razak keluarkan barang yang disembunyikannya itu.

"nah.. jangan nak paneh hati bona.." kata Razak sambil menghulurkan aiskrim perisa sirap kepada rakan2nya sambil dia sendiri memegang sebatang.

"surok2 sikit.. jgn sampai akak den nampak.." tambahnya.

"ala.. aiskrim yo? bawak la cekidih sekali.." kata Salim sambil tersengih2.

"nak cekidih, bayar la. den dah belanjo aiskrim ni bersyukur yo la.." balas Razak.

seketika kemudian muncul sesusuk tubuh yang sangat menarik perhatian mereka. Fariha, anak ketua kampung yg sebaya dengan mereka dan merupakan gadis paling comel di kampung itu yang menjadi pujaan banyak pemuda kampung termasuk mereka bertiga. macam biasa, bila berselisih dengan Fariha, lidah mereka akan serta merta kelu. hanya mata saja yang gagal berkedip.

Fariha terus masuk ke kedai dengan diiringi jelingan tanpa kedip daripada tiga jejaka kutu rayau tersebut. sampailah Fariha keluar dari kedai dan lalu semula di depan mereka.

"hai, Iha.. boli apo tu?" seorang lelaki menegur Fariha dengan disaksikan oleh tiga kutu rayau tersebut.

"boli ghokok abah den.." jawab Fariha.

"iyolah.. jalan elok2 yo. jgn kau isap lak ghokok tu. tak elok untuk kesihatan" kata lelaki tersebut lahi. Fariha hanya ketawa kecil sambil berlalu pergi.

"woi, sorry la lambek sikit.." sapa Leman sambil tersengih. sesekali Leman menoleh ke belakang memerhatikan lenggok Fariha yang masih belum jauh.

kemunculan Leman menarik perhatian Amran dan rakan2nya yg lama menunggu. ada sesuatu yang pelik pada Leman. mereka tak pelik Leman bertegur sapa dengan Fariha sebab Leman dan Fariha sepupu. tetapi penampilan Leman yang menarik perhatian mereka untuk merasa pelik dan terpinga seketika.

"ekau alak pakai baju motong ni Amran? kato nak poi Bahau.." kata Leman memecah kepingaan rakan2nya.

serta merta Amran, Razak dan Salim sepakat pecah ketawa.

"bukan hari ni doh.. yg kau pakai baju kemejo petak siap masuk dalam seluar ni apo kejadah eh? kah.. kahh.. kahhh..."

"koh.. kohh.. kohhh..." Amran, Razak dan Salim ketawa tak tertahan2.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now