PART 122: METERAI JANJI

158 0 0
                                    


Suasana dalam stor agak kecoh. Ai Lin dan pekerja2 lelaki kelihatan sangat meriah bergurau senda dan bergelak ketawa. Entah apa isunya, Amran tak tahu. Mereka bercakap dalam bahasa Cina. Bukan pekerja sahaja, malah Tauke Leong sendiri pun turut menyertai mereka. Mungkin memang begitu rutin mereka setiap hari bila stor dibuka. Sekali sekala mereka menjeling Amran yg kelihatan terpinga2.

Urusan jual beli getah sekerap sudah selesai. Amran satu2nya pelanggan pagi itu. Sebab orang lain belum lagi sampai untuk menjual getah. Melihat pada jam di dinding stor, masih terlalu awal untuk Amran terus balik ke kampung. Majlis di rumah Tuk Said tentu belum selesai. Alangkah baik kalau hari ini stor lambat dibuka. Bolehlah dia terus beramah mesra dengan Ai Lin.

Amran kembali ke van. Dihidupkan suis bateri van dan terus menekan butang kuasa radio. Lagu keroncong berkumandang. Amran membetulkan duduknya. Dia masih belum bersedia untuk pulang ke kampung. Tapi dia tak tahu ke mana hendak ditujunya. Untuk sementara, dia hendak berehat sebentar menikmati muzik keroncong yg sedikit sebanyak membuatkan matanya berat. Sambil itu, kata2 Lebai dan Kadir dalam drama yg didengarinya tadi turut terngiang2 semula. Kata Lebai, lelaki juga boleh menangis. Mungkin benar kata Lebai itu, atau mungkin cuma penyedap skrip drama sahaja.

Dijelingnya ke kiri sebentar. Tempat duduk di kiri itu kosong. Baru sebentar tadi tempat itu diduduki oleh seseorang yg menceriakan paginya yang murung. Amran tersengih lagi. Hatinya mula berkira2 tentang hari esok. Dia kena buat sesuatu. Dia kena fikirkan cara menghilangkan bau getah yg kuat di dalam van itu.

AI LIN: Amran.. Buek apo tak balik lagi ni?

AMRAN: Tegamang den Lin. Ekau ni.. Main sogah yo.

AI LIN: Haha..

AMRAN: Bagi la salam ko, apo ko..

AI LIN: Asalam lakum..

Terkejut Amran bila Ai Lin memberi salam. Tapi bunyinya ternyata tak betul. Ai Lin hanya cuba memberi salam ikut cara org Melayu tetapi sebutannya langsung tak tepat.

AMRAN: Ado lak camtu bagi salam. Haha..

AI LIN: Mano la den tau sobut yg boto eh. Nanti2 kau ajar la den. Hihi.. Buek apo laie tak balik ni?

AMRAN: Macam menghalau yo..

AI LIN: Takdo la. Ingat kau dah balik.

AMRAN: Lepak la jap. Takdo apo nak dikoja pun kek kampung tu. Kau bediri kek luar yo ko nak duduk dalam ni? Kalau nak duduk dalam, den bukak an pintu.

AI LIN: Takyah doh. Kojap yo ni. Esok tu ekau boto2 ko tu?

AMRAN: Masalah jugak tu. Van ni busuk. Lagipun..

AI LIN: Apo?

AMRAN: Takdo apolah.

AI LIN: Naik kereto papa den la.

AMRAN: Keto sapo?

AI LIN: Papa.. Er, ayah den. Nanti den pinjam.

AMRAN: Ooo.. Buleh ko?

AI LIN: Buleh tu. Dio pun tak kojo esok. Ekau boto ko serius ni? Jangan nanti kau tak datang lak.

AMRAN: Insyaallah. Pandai la den cari jalan nanti.

AI LIN: Ok la. Den masuk dulu. Kojap laie ghamai la org jual gotah ni.

AMRAN: Ok. Jumpo esok yo.

AI LIN: Tadi kek dalam stor bising kan. Kau tau tak apo yg dibising an?

AMRAN: Ontah. Mano la den paham.

AI LIN: Nasib baik kau tak paham. Hahahahaa.. Ok, jumpo esok.

Ai Lin terus berlalu meninggalkan Amran. Walaupun Amran menjerit meminta penjelasan, apa yg mereka bisingkan di dalam stor tadi, namun Ai Lin hanya menjawab, "esok, esok..!!" dari jauh. Amran agak, mungkin pekerja2 stor mengusik Ai Lin tentang dirinya. Kembang kempis hidung Amran mengenangkan kemungkinan itu. Manisnya. Bila Amran menoleh ke arah stor, kelihatan dua orang pekerja stor menyambut kedatangan Ai Lin dengan gelak ketawa.

Amran tidak tunggu lama. Enjin van dihidupkan dan terus diluncurkan menuju ke kampung. Walaupun dia belum ingin pulang ke kampung, tapi dia juga tak mahu terus tinggal lama di situ. Rancangannya, dia akan berhentikan van di mana2 bahu jalan. Petang nanti baru balik ke kampung.

Semakin difikirkan, Amran semakin tak faham. Apa yg sebenarnya bermain dalam fikiran Ai Lin? Adakah Ai Lin jatuh hati padanya? Macam mustahil. Mereka baru sahaja beberapa hari bertentang mata. Tapi kemesraan Ai Lin agak luar biasa untuk seorang kerani stor getah dengan seorang pelanggan. Mungkinkah ada suatu daya penarik pada diri Amran yg dia sendiri tidak sedar?

Atau mungkin juga Ai Lin hanya mahu mempermainkannya? Lintasan fikiran itu membuatkan Amran tersentak. Segera diperlahankan van lalu berhenti di bahu jalan. Kemungkinan itu sedikit mencemaskannya. Ai Lin dan pekerja2 lain bergelak ketawa di stor tadi. Mungkin meraikan kejayaan Ai Lin dalam permainannya.

Amran cuba membuang segala bayangan buruk itu. Namun dia masih tidak dapat lari daripada terus tertanya2 tentang apa yg sebenarnya Ai Lin fikirkan tentangnya? Kenapa Tuhan tiba2 hadirkan amoi itu menghiburkan hatinya di kala dia sepatutnya sedang meratapi pemergian gadis pujaannya yg akan menjadi tunangan orang lain? Amran kusut.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now