Part 136: CUBA NASIB

218 0 0
                                    


Sibuk mengayat Razak, Leman dilupakan. Tidak seperti Razak, Leman lebih berterus terang menyatakan minatnya untuk menghadiri sesi temu duga. Dia sangat mahu mencari pendapatan sendiri di luar kampung.

LEMAN: Tapi kalau kito sumo samo2, lagi ngam.
SALIM: Den pun nak yo sebona eh. Kalau tak mengonang an adik2 den tu, sanggup den mintak kojo sini.
RAZAK: Boto ko ni woi?
AMRAN: Den memang takleh. Tak berjual gotah nanti.

Pandangan mereka teralih semula ke muka pintu restoran KFC. Atun muncul lagi. Dengan langkah laju, Atun berjalan ke arah kereta. Terus sahaja ditujunya ke tingkap belakang, bahagian tempat duduk Razak.

ATUN: Copek la woi. Den dah koba kek bos dah.
RAZAK: Apo copek bona kau koba. Den tongah pikir lagi ni.
ATUN: Pikir apo pulak? Bolum tanyo apo2 laie. Dah kono tanyo kang baru pikir. Den dah koba kek bos, ado ompek org nak interbiu.
LEMAN: Tun.. Kalau poi intebiu, tapi tak jadi nak kojo sini, buleh ko?
ATUN: Laa.. Kut taknak kojo, buek apo intebiu?
SALIM: Tak tau laie ni. Tu yg pikir dulu tu.
ATUN: Ala.. Nanti tanyo la kek bos. Takdo hal tu doh. Org dah bekojo pun buleh beronti. Inikan org yg bolum diterimo kojo.
RAZAK: Apo yg ditanyo eh tu kang?
ATUN: Ala.. Soalan biaso2 yo. Burak2 yo. Kau koba yo kau minat nak kojo sini, dapek la nanti.
RAZAK: Kau masuk dulu. Kang den masuk.
ATUN: Nanti panggil den kek kaunter. Den bawak kau jumpo bos.
RAZAK: Ok.. Dah, poi masuk. Marah lak gomok kang.
ATUN: Hahaha..

Sekali lagi pandangan mereka mengiringkan langkah gagah Atun masuk ke dalam restoran. Sedikit pun tidak feminin.

RAZAK: Am.. Ekau boto ko buleh antar gotah sensorang?
AMRAN: Buleh.. Selamo ni pun kau bukan buek apo. Nak turun an tong, buleh mintak tolong pekojo Tokey Leong.
LEMAN: Jom Jak..
AMRAN: Kau poi mo Leman, Jak..
RAZAK: Ekau serius ko ni?
AMRAN: Poi la.. Aiyo hai..
RAZAK: Kau taknak ikut ko Lim?
SALIM: Ekau mo Leman yo la.

Walaupun masih ragu2, Razak dan Leman tetap keluar dari perut kereta dan melangkah perlahan masuk ke restoran KFC meninggalkan Amran dan Salim.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now