Memang Amran sudah jangka, basikal mereka belum dibaiki. Manakan sempat Salim hendak membaikinya kerana baharu sahaja petang tadi Amran bawa basikal itu dalam keadaan bengkok sana sini. Mereka juga bersetuju untuk menangguhkan dahulu projek KFC mereka memandangkan keadaan kenderaan rasmi mereka yang kurang mengizinkan.
Leman pula, setelah tahu kedudukan perkara sebenar kelihatan lebih ceria. Maklum sahaja, walaupun dia yang menjadi punca konflik, namun dia juga yang menjadi punca penyelesaiannya. Tambahan pula rakan2nya tak habis memuji tindakannya memarahi Abang Tapa. Walaupun sedikit sebanyak kata2 rakan2nya seakan2 memerlinya yang terlebih emosional, namun dia rasa sangat gembira.
Memandangkan projek KFC terpaksa ditangguhkan, cadangan Amran untuk merayau ke Seri Menanti untuk memancing dilihat sebagai cadangan yang menarik. Namun sama juga, mereka masih kekurangan keperluan yang sangat penting iaitu kenderaan. Tiada masalah bagi mereka untuk mendapatkan basikal Fariha untuk dipinjam. Namun tidak mungkin sebuah basikal itu mampu membawa mereka ke destinasi yang ingin dituju. Salim sanggup mengundur diri kerana dia perlukan masa untuk merawat basikal mereka yang tercedera. Razak juga sanggup memberi laluan kepada Amran dan Leman kerana dia ada suatu urusan lain.
Lewat malam baru mereka bersurai. Rumusannya, projek KFC ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum dapat dipastikan, esok Amran dan Leman berbasikal ke Seri Menanti untuk memancing memandangkan projek KFC tertangguh, Salim membaiki basikal sendirian kerana katanya kerja itu mudah dan dia boleh selesaikan sendiri, Razak pula entah apa projeknya. Namun, satu perkara tidak terlepas dari mulut Amran untuk diberitahu kepada rakan2nya – masalah dananya yang kini hampir sifar. Dia khuatir perkara itu akan merencatkan perancangan mereka. Dia tak mahu seolah2 menagih simpati dari rakan2nya. sedang dia sendiri tak tahu apa yang boleh dibuatnya untuk mengatasi masalah tersebut.
Masalah penurunan harga getah bukanlah masalah global di kampung mereka. Bukan semua penduduk kampung bergantung hidup dengan hasil getah. Keluarga Razak bergantung dengan hasil jualan kedai runcitnya. Keluarga Leman dibiayai oleh pendapatan tetap ayahnya yang bekerja sebagai posmen. Keluarga Salim pula, walaupun besar namun kakak-kakak dan abang-abang ipar Salim semuanya berkerjaya kecuali Kak Melati yang membantu ibunya menguruskan adik2nya. Itu pun sebab suaminya bekerja di syarikat perkapalan. Segala perbelanjaan ditanggung oleh kakak-kakak dan abang-abang iparnya di samping wang pencen askar arwah ayahnya.
Di perbaringan, fikiran Amran tak tenang. Dia tak tahu bagaimana hendak beritahu rakan2nya tentang masalah kewangan yg melanda keluarganya. Dia juga tak dapat menjangka reaksi mereka jika hal itu diberitahu. Wang dana KFCnya hanya tinggal dua ringgit. Apa pun tak boleh. Amran mengeluh perlahan. Lengan kanannya melekap menghimpit matanya. Lamunan Amran terganggu bila dirasanya lantai kayu berkeriut dipijak orang. Ternyata ada orang berjalan berhampirannya. Amran membuka mata.
PAKCIK LATIF : Bong..
AMRAN : Yo bah..
PAKCIK LATIF : Duit kau ado lai kan?
AMRAN : Ado.
PAKCIK LATIF : Lobih daripado duo inggit kan?
AMRAN : Erkk.. Aaa.. Apo lak bah?
PAKCIK LATIF : Omak kau tadi.. kato eh hari tu banyak duit kau dio nampak. Dah tu dikobok eh poket seluar kau. Jumpo lak laie duo inggit. Diambik eh..
Amran kehilangan kata2. Dari dua ringgit, kini sudah tinggal kosong. Amran tertanya2 sendiri, adakah cita2nya akan tercapai? Adakah hasratnya akan terlaksana?
Fikiran Amran melayang kembali kepada perbualannya dengan Abang Tapa petang tadi. Sedang Abang Tapa yang dilihatnya sudah berjaya itu pun memiliki cita2 untuk dikejar. Dan dia mengejar cita2 yang sama selama bertahun2. Kata2 Abang Tapa terngiang kembali, "kito berkuaso untuk usoho. Tapi berjayo ko tak tu Tuhan punyo koso. Tapi Tuhan tu adil. Kalau tak dapek apo yg kito nak, mungkin Dio nak bagi bondo lain yang lobih baik. Yg ponting, kito usoho yo la.."
![](https://img.wattpad.com/cover/190964024-288-kabc884.jpg)