Amran tidak mengerti, kenapa keyakinannya terus hilang sebaik berhadapan dgn Abg Tapa. Walaupun Abg Tapa sentiasa cuba memaksa diri utk menunjukkan wajah yg manis, namun Amran tetap rasa gerun utk menentang mata Abg Tapa. Rasa bersalahnya terlalu tebal walaupun dia yakin Abg Tapa bukan mahu menyalahkannya.
Kalau Abg Tapa menyalahkan Amran, masakan dia diterima bertamu di pejabatnya ketika ini. Tentu sahaja mereka berempat dihalau. Atau sekurang2nya Abg Tapa tidak perlu cuba menunjukkan wajah manis yg palsu. Jelas Abg Tapa cuba menjaga hati Amran dan rakan2. Maka boleh dirumuskan, Abg Tapa redha dengan segala yg telah berlaku. Dia terus sahaja membentangkan rancangan pembangunan koperasinya.
ABG TAPA: Camno.. Setuju tak?
SALIM: Ontah la bang.
RAZAK: Camno Am.. Kau setuju tak?
LEMAN: Yg ponting ekau, Am.
Sungguh Amran tidak faham apa yg mereka bincangkan. Fikirannya terlalu berkecamuk. Kalau mereka bincang tentang hal Fariha, tentu sahaja dia mampu memberi perhatian. Jadi, Amran cuba memberikan jawapan yg dirasanya paling selamat.
AMRAN: Den ikut yo.
RAZAK: Dah tu.. Kau tak nak kojo Kentaki?
AMRAN: Eh.. Nak la. Apo taknak lak..?
RAZAK: Camno nak hantar budak sekolah kalau kau kojo Kentaki?
Dalam kecamukan mindanya, Amran dengar juga sedikit sebanyak perbincangan Abg Tapa dan rakan2nya yg lain. Sedikit sebanyak, ada juga info yg masuk ke dalam kepalanya. Baru Amran sedar, hal yg dibincangkan sekarang tentang cadangan Abg Tapa utk menjadikan van getah sebagai van utk menghantar murid sekolah.
AMRAN: Hantar yo.. Nanti budak balik naik bas sekolah biaso. Buleh tak?
ABG TAPA: Tak buleh camtu doh.. Kut camtu, duo2 kono bayar. Bas sekolah kono bayar, van koperasi pun kono bayar.
AMRAN: Oo.. Payah la camtu.
ABG TAPA: Ekau ni lain macam yo Amran. Tak sihat ko. Sonyap yo abg tengok.
AMRAN: Takdo apo la bang..
RAZAK: Dio sebona eh ado hal nak tanyo abg. Tapi tak luluih2 nak menyobut eh.
ABG TAPA: Hah..? Nak tanyo apo?
RAZAK: Ese ingat tadi nak biar yo dio tanyo sendiri. Tapi tengok keadaan eh, kut dibiar kang sampai malam dio tak bukak mulut.
ABG TAPA: Mak ai.. Apo yg serius bona tu?
RAZAK: Ni pun dah puko berapo dah ni?
ABG TAPA: Astaghfirullah.. Dah dokek puko ompek. Ekau dah semayang lom?
SALIM: Bolum. Osah leko eh..
ABG TAPA: Tu bilik air. Kek bilik sebolah eh tu, buleh semayang. Ado sejadah tu.
Abg Tapa menelunjuk ke arah tandas dan bilik utk sembahyang. Razak, Salim dan Leman segera berlalu. Abg Tapa sibuk mengemas meja, meletakkan semua cawan ke dalam dulang. Amran pula, belum sempat melangkah keluar dari bilik bincang, dia palingkan badannya ke belakang semula. Hanya tinggal dia dan Abg Tapa. Amran mahu beranikan diri utk bertanya. Namun, Abg Tapa terlebih dahulu membuka mulut.
ABG TAPA: Apo yg kau nak tanyo bona, Amran?
AMRAN: Err.. Pasal Iha tu..
ABG TAPA: Kau tau tak.. Abg cubo cari jalan nak majukan koperasi tu pun sobab nak ambik balik hati Tuk Said. Hari tu Atong datang bagi tawaran. Dio nak boli gotah hago tinggi dari kito. Abg ingat buleh buek Tuk Said tak marah laie kek abang. Tapi, tak jugak. Dio totap marah jugak. Rancangan2 yg abg cerito tadi pun, tujuan abg nak berbaik2 balik dgn Tuk Said dan sumo org kampung.
AMRAN: Tindakan abg tu boto ko?
ABG TAPA: Ontah la. Raso jugak macam abg ponting an diri sendiri.
AMRAN: Ponting diri sendiri camno lak tu?
ABG TAPA: Ekau pun tau cito2 abg kan?
AMRAN: Tau..
ABG TAPA: Umo abg dah 36. Bulan dopan dah jadi 37. Dah lanjut dah.
AMRAN: Tu lah.. Memang tak patut la kalau abg lopeh an cito2 abg nak menikah secopek mungkin.
ABG TAPA: Sonang burak mo ekau ni Amran. Ekau paham. Mati2 abg cubo pahamkan Tuk Said, dio totap takleh terimo. Kusut boto abg dibuek eh.
Amran nampak Abg Tapa sememangnya tidak menaruh rasa marah atau menyalahkannya. Mungkin dia boleh berbincang dengan Abg Tapa utk menjernihkan keadaan. Tuk Said tentu sahaja buka marah kepada Abg Tapa sahaja, malah Amran juga. Begitupun, bagi Amran dia lebih suka jika Abg Tapa menyambung kembali ikatannya dengan Fariha. Namun bila difikirkan tentang perasaan Fariha sendiri, Amran tersepit semula.
AMRAN: Camno kalau kito samo2 jumpo Tuk Said. Bincang elok2 mo dio..
ABG TAPA: Bincang pasal projek koperasi ni ko?
AMRAN: Bukan.. Pasal Iha.
ABG TAPA: Apo yo nak dibincang laie..?
AMRAN: Kut abg buleh sambung balik mo Iha. Kan tu cito2 abg?
ABG TAPA: Sobab cito2 la abg terpakso jugak putuih mo Iha. Abg ado cito2, Iha pun ado cito2. Abg tak sanggup nak lopeh an cito2 abg, dio pun taknak lopeh an cito2 dio. Jadi, jalan yg ado cumo berpisah. Tapi Tuk Said tu tak paham2.. Hadui..
AMRAN: Tuk Said nak camno?
ABG TAPA: Dio nak abg tunggu. Abg terpakso kecewo an dio. Tak mampu abg nak tunggu. Umur abg dah dokek 40 dah ni.
AMRAN: Abah abg camno?
ABG TAPA: Dio pun tak tau nak kato apo dah. Cakap dio pun Tuk Said tak layan. Abg tau, abg dah buek malu Tuk Said. Tak ponah2 jadi sejarah dlm kampung, anak daro bertunang tak sampai seminggu, putuih. Iha pun taknak beralah. Tapi boto jugak tindakan dio. Dio sendiri pun ado cito2. Dio nak jadi ustazah.
Amran cuba memahami sedalamnya situasi Abg Tapa. Namun, dia semakin keliru. Seolah2 ada perkara yg tidak selari. Tambahan pula Abg Tapa sedikit pun tidak menunjukkan rasa kurang senang pada Amran. Seakan2 teori Amran dan rakan2nya tersasar sama sekali.
AMRAN: Apo sebona eh punco abg putuih mo Iha?
