Hujan sudah lama berhenti. Namun Amran masih belum bergerak pulang. Matanya juga sudah kering. Cuma dia berasa sangat malas hendak memandu ke kampung. Sedikit sebanyak dia terasa ingin mengelakkan rakan2nya ketika ini, terutamanya Razak. Kalau Razak timbulkan soalan tentang Lin, entah apa yg boleh dijawabnya.
Surat Ai Lin dibuka dan dibeleknya. Hanyak perkataan USM sahja yg mampu dia baca. Selebihnya, sedikit pun dia tak faham. Terasa kembang juga hatinya membayangkan gadis sebijak dan secantik Ai Lin sudi berkawan dengannya, seorang pemandu van getah. Amran senyum sendiri. Entah bagaimana perasaan Ai Lin semasa menulis surat itu, tak mampu Amran bayangkan. Dia cuma harap Ai Lin memaafkannya kerana membatalkan perjumpaan mereka semalam.
Surat itu dilipat semula dan didisipkan ke dalam poket seluar. Suatu hari nanti, jika Amran ditemukan dengan seorang Cina yg boleh dipercayakannya, dia akan minta org itu tolong bacakan surat Ai Lin.
Tiba2 bahu Amran ditepuk dari luar melalui tingkap. Seorang lelaki lebih kurang sebaya Pakcik Latif tercegat di luar.
PAKCIK: Jang.. Van gusak ko?
AMRAN: Eh.. Tak do la cik. Sajo rehat.
PAKCIK: Ooo.. Ingat gusak tadi.
Sudah terlalu lama Amran berhenti di bahu jalan itu sehingga menarik perhatian org lain. Mungkin sudah sampai masa Amran berangkat pulang.
Amran sangkakan stor di kampung juga tidak beroperasi dan rakan2nya tiada di sana. Namun sangkaan Amran meleset. Dari jauh, kelihatan ketiga2 rakan kongsinya yg lain bersantai di atas sofa yg dahulunya merupakan tempat duduk di dalam van. Amran meletakkan van di dalam garaj lalu terus menyertai rakan2nya.
AMRAN: Bukak ko stor?
SALIM: Tak ai.. Mano ado org motong hujan lobek tadi ni.
RAZAK: Ekau motong pagi **** tadi kan Am..
AMRAN: Aah.. Takdo joki. Takpo la. Kojo kito mencari. Dapek ko tak tu, kojo Tuhan.
SALIM: Pandai kau mengayat skrg ni yo Am..
RAZAK: Ontah.. Dah macam org bercinto. Hahaha..
LEMAN: Stor Tauke Leong bukak ko tadi?
AMRAN: Tak. Lamo den tunggu.
SALIM: Patut la lambek amek kau balik. Buleh agak la kan, hujan kemain lobek tadi tu, takkan stor bukak. Tunggu buek apo..
AMRAN: Ala.. Balik copek2 pun bukan buek apo.
LEMAN: Sumo org tunggu kau ni. Nak bincang pasal Kentaki.
AMRAN: Apo nak dibincang an?