PART 29 : CARI

333 2 0
                                    

Amran segera balik ke rumah. Kalau boleh dia nak beritahu ibunya tentang pelantikannya sebagai bilal untuk waktu Zohor dan Asar. Dia harap Makcik Kiah tidak lagi memandang terlalu rendah padanya.

"Ekau ke mano? Tigo kali Salim datang rumah mencari kau tadi.." tak sempat Amran berkata apa2, Makcik Kiah terlebih dahulu buka mulut sebaik sahaja Amran melangkah masuk ke dalam rumah.
"Dah pandai merayau sensorang lak dah. Kau cakap toboto.. Kau poie mano tadi?!" sambung Makcik Kiah sebelum sempat Amran menjawab. Amran faham, tentu ibunya risau dia buat perkara tak tentu hala. Jika bersama rakan2nya, Makcik Kiah lebih percaya Amran takkan buat perkara tak tentu hala.

Amran segera ceritakan perkara sebenarnya sebelum kemarahan Makcik Kiah kian membara. Namun Amran tahu, ibunya bukan betul2 marah sebaliknya lebih kepada risaukannya.

"Elok la tu. Orang dah bagi amanah tu, jago boto2.." rendah nada suara Makcik Kiah. Selesai berbicara Amran meminta izin untuk pergi ke rumah Salim.

"Salim takdo.." kata kakak Salim.
"Tadi ado deh lepak2 bawah rumah dgn Razak mo Leman. Ontah bilo lak dio keluar, tak perasan akak doh.." jelas Kakak Melati.

Amran mengalih arah. Antara kedai Razak dan rumah Leman, lebih dekat rumah Leman. Rumah Razak pula terlalu jauh di hujung ceruk kampung. Seingat Amran, sepanjang hayatnya dia pernah menjejak kaki ke rumah Razak tak sampai sepuluh kali itu pun kebanyakannya semasa hari raya.

"Ontah ke mano deh ontah. Biaso kan merayau mo kau?" tanya Pakcik Saari, ayah Leman.
"Ese patut jumpo dio kek rumah Salim tadi, tapi terlupo. Takpo la, cik. Ese cubo cari kek kodai Razak lak." jawab Amran lalu berlalu.
"Kalau nak tingga posan, tulih surat, lotak kek dalam poti surat dopan tu. Haha.." jerit Pakcik Saari sedangkan Amran sudahpun keluar dari pagar rumah.
"Hahaha.. Lawak posmen namo eh tu.." gelak Amran.

"Ado deh tadi. Dgn Salim mo Leman. Mencari kau kato eh. Ni kau lak cari dio. Kek mano deh skrg tak tau den doh." kata abang ipar Razak yg menjaga kedai.

Amran buntu menjejaki rakan2nya. Mereka mencarinya dan pada masa yg sama, dia mencari mereka. Amran tak percaya mereka berada di rumah Razak yg jauh itu. Mungkin mereka datang lagi ke rumahnya untuk kali keempat. Mungkin destinasi seterusnya yg patut Amran tujui ialah rumahnya. Namun dia sudah terlalu penat berjalan ke sana sini. Jadi dia rehat sebentar di pangkin bawah pokok rambutan di depan kedai Razak, melepas lelah.

Sekoyong2 dari kejauhan kelihatan empat susuk tubuh berjalan beriringan ke arah kedai Razak. Amran mengenali mereka. Razak, Leman, Salim yg sedang mwnyorong basikal dan tak ketinggalan, Fariha.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now