Sepanjang perjalanan pulang dari stor, hati Amran sarat dengan pelbagai persoalan dan kemungkinan yang meresahkan. Walaupun akalnya banyak kali cuba mententeramkan hati kecil itu, namun keresahannya masih tidak beransur reda. Amran keliru, adakah pemutusan tali pertunangan Abg Tapa dan Fariha memberinya harapan atau sekadar menjentikkan angan2? Amran dapat membayangkan, tentu sukar baginya untuk melelapkan mata nanti.
Pintu dapur tidak berkunci. Memang Amran sudah pesan pada Makcik Kiah supaya tidak mengunci pintu dapur kerana dia mungkin akan pulang lewat malam untuk menyelesaikan urusan mencuci van. Jangkaan Amran, semua ahli keluarganya sudah tidur. Namun jangkaannya meleset. Makcik Kiah tiba2 muncul sebaik sahaja Amran mengunci pintu dapur dari dalam.
AMRAN : Lom tido laie mak?
MAKCIK KIAH : Risau yo biar pintu tak bekunci memalam ni. Kut orang lain lak yg masuk.
AMRAN : Kampung kito ni lom ado laie kes curik mak..
MAKCIK KIAH : Mano la tau..
Selepas memastikan pintu terkunci dengan rapi, Amran mahu segera masuk tidur.
AMRAN : Ombung tido dulu yo. Esok nak poi Somban pagi2 ni.
MAKCIK KIAH : Jap Bong. Omak nak tanyo sikit.
Amran mematikan langkah lalu memalingkan muka dan badannya menghadap Makcik Kiah.
MAKCIK KIAH : Ekau cakap boto2. Ekau ado tak apo2 kaitan pasal Tapa putuih tunang mo Iha ni? Cakap.. Jangan nak mongak mo omak!
Amran terkedu. Tidak disangkanya soalan itu muncul dari mulut ibunya pada waktu malam yang sunyi itu. Ternyata Makcik Kiah seolah2 menuduhnya sebagai dalang yang menyebabkan putusnya pertunangan Abg Tapa dan Fariha. Amran tahu dia tiada kaitan langsung tentang perkara itu. Amran juga tahu, ibunya tentu sudah maklum tentang penyebab sebenar pemutusan pertunangan Abg Tapa dan Fariha. Semua itu membuatkan Amran semakin tertanya2, kenapa persoalan ibunya itu tiba2 timbul?
AMRAN : Takdo la mak. Abg Tapa sendiri yg putuih an camtu, sobab tak sanggup tunggu Iha habih belajar. Takdo kaitan mo Ombung doh.
MAKCIK KIAH : Itu omak tau. Cumo yg omak tak tau, ekau tu boto ko takdo kono mengono menyobab an dio putuih tunang?
AMRAN : Iyo mak.. Takdo kono mengono mo Ombung doh.
MAKCIK KIAH : Omak tak nak keluargo kito jadi perusak rumah tanggo orang. Disimpan camno pun, lambek laun orang akan tau. Sebolum jadi apo2, biar omak tau dulu. Sobab tu omak tanyo ni.
AMRAN : Astaghfirullah al azim.. Ombung tak ponah simpan niat nak mendongki mo orang camtu doh mak.
MAKCIK KIAH : Iyo lah. Omak pun harap camtu jugak. Cumo omak yg tak sonang hati. Tu sobab omak kono tanyo. Selagi omak tak tanyo, selalmo2 eh la tak sonang hati omak ni doh.
AMRAN : Sumpah mak. Ombung takdo kaitan pasal hal Iha putuih tunang ni doh.
MAKCIK KIAH : Elok la tu. Poie la tido.
Bertambah satu lagi persoalan di dalam benak Amran. Perlakuan dan pertanyaan pelik Makcik Kiah seolah2 ibunya itu menganggap Amran dan Fariha ada hubungan sulit. Seingat Amran, tidak pernah dia ada apa2 hubungan dengan Fariha kecuali sekadar kawan. Biarpun dalam hatinya sentiasa berkembang harapan untuk lebih daripada sekadar kawan, namun tidak pernah dizahirkannya kepada sesiapa.
Hal2 sedia ada sudah cukup merunsingkan Amran. Kini ditambah pula dengan pertanyaan2 dari Makcik Kiah. Amran tidak pasti apakah dia mampu melelapkan matanya malam ini.
Namun kepenatan mencuci van dan memasang sofa mengatasi kerungsingannya. Cuma beberapa minit melabuhkan kepala di atas bantal, Amran terus lena ke alam mimpi.