"Lim.. kau balik mo Ajak dulu la. Bawak biska Iha ni. Biska kito tu tingga kek den." kata Amran sebaik Salim dan Razak cukup hampir dengannya.
"Alak?" Salim tidak terus setuju sebaliknya meminta penjelasan.
"Den kan nak kono bincang mo Tuk Said pasal tapak goghai kito tu.." jawab Amran.
"Ala.. kau yo la balik bawak biska ni, Man.." kata Salim ditujukan kepada Leman.
"Den nak poi nengok org tanam mayat." sambung Salim. Leman terkedu, tak tau apa nak jawab.
"Tak pun den balik dulu mo Leman. Kang kau balik mo Amran." kata Razak kepada Salim.
"Aa.. buleh yo.." Leman pula yg menjawab.
"Usah doh.." kata Amran.
"Den sogan sikit mo Tuk Said tu. Biar la Leman toman an den.." sambungnya.
"Halahai.. ekau ni pun. Mo bakal mentuo pun nak sogan.." sungut Salim. Namun dia akur sahaja dengan cadangan Amran. Dia yg melaung2kan bahawa kepentingan projek perlu diletakkan sebagai keutamaan. Oleh itu, dia terpaksa akur sahaja.
"Kalau den ikut Ajak balik tadi pun takpo.." kata Leman bila Salim dan Razak telah berangkat pulang.
"Jangan. Den ado plan." balas Amran. Leman tidak mempersoalkannya. Amran telah melindungi kelemahannya daripada diketahui Salim dan Razak, jadi dia akan akur sahaja dengan rancangan Amran. Mereka lalu beriringan ke tanah kubur.
Selesai menguruskan jenazah hingga ke liang lahad dan sudah ditalkinkan, Amran dan Leman segera mendapatkan Tuk Said. Mereka tidak bermasalah untuk mendapatkan persetujuan Tuk Said tentang gerai satay dan cendol mereka. Malah Tuk Said sangat mengalu2kan usaha mereka.
"Ghamai ko yg masuk pertandingan kompang ni tuk?" tanya Amran.
"Ni masalah sikit. Hadiah disedio an sampai tompek ko-10. Tapi yg dah daftar cumo lapan kumpulan yo. Mano hilang eh ontah belio kampung kito tu.." nada suara Tuk Said agak kesal. Tercetus satu idea dalam otak Amran.
"Ado kosong laie la yo. Buleh daftar laie tak?" tanya Amran.
"Eh buleh.. Kau ajak la kengkawan kau buek satu kumpulan.." jawab Tuk Said.
"Insyaallah la tuk. Balik kang ese singgah rumah tuk, ambik borang yo.." kata Amran sambil tersengih.
Dalam kepala Amran berlegar ilham2 yg bernas. Namun, terlebih dahulu dia perlu selesaikan sesuatu dengan Leman.
"Kito nak ko mano ni, Am?" tanya Leman dari tempat duduk belakang bila Amran memberhentikan basikal di sebuah gelanggang sepak takraw di kampung seberang itu.
"Ponah tak sepanjang hayat kau cubo bawak biska?" tanya Amran selepas menongkatkan basikalnya. Leman segera faham tujuan Amran.
"Den mano la ponah ado biska.." kata Leman.
"Den pun tak ponah ado biska. Tapi cubo2 bawak biska kengkawan. Baghu buleh belajar.." kata Amran.
"Nah.. kau cubo bawak slow2. Jatuh pun takpo.. bangun balik.." arah Amran.
Leman menurut sahaja. Dalam hatinya sangat terharu dengan layanan Amran. Amran membuatnya rasa tak segan dengan kelemahannya. Malah Amran sudi pula mengajarnya tanpa pengetahuan sesiapa.