Cadangan Amran untuk mengejutkan Razak ditolak dengan hikmah oleh Leman. Betul juga kata Leman, Razak tentu ada alasan sendiri untuk merahsiakan skandalnya dan sebagai rakan karib, mereka perlu menghormatinya. Rupanya Salim sudah lama perasan hal Razak dan Ina itu. Beberapa insiden semasa mereka menjalankan projek jualan satay di surau sempena pertandingan kompang yang lalu menguatkan lagi prasangkanya.
Tentang hal Pakcik Wahid minta tolong Razak itu pula, sebelum solat Jumaat tadi Salim dapat tahu dari mulut Pakcik Wahid sendiri bahawa Pakcik Wahid sebenarnya hendak minta tolong mereka berempat untuk membakar satay kerana ada tempahan yang agak banyak perlu disiapkan petang nanti. Dia beritahu Razak pada petang semalam di kedai bapa Razak dan Razak beriya2 menawar diri untuk menolongnya sendirian tanpa rakan2 yang lain.
AMRAN : Siap la deh kek surau malam kang. Kah3..
SALIM : Itu pun kut dio datang. Ontah2 poneh makar satay, tak poi surau lak deh.
LEMAN : Ontah la tu.
SALIM : Kau jgn lupo lak tanyo kek abah kau pasal hago gotah tu, Am..
AMRAN : Yo lah..
Amran bonceng Leman hingga sampai ke rumah Tuk Said. Mereka menunggang sampai situ sahaja kerana Leman hendak pulangkan basikal Fariha ke rumah Tuk Said. Kelihatan beberapa orang kampung lelaki dan perempuan di rumah Tuk Said. Namun Amran tak mahu berada lama di situ kerana terlihat Fariha serta beberapa orang anak gadis kampung duduk di beranda rumah. Entah apa yg mereka buat, Amran tak tahu. Lagipun ada hal lebih penting yang memerlukan Amran segera pulang ke rumah dan berjumpa ayahnya.
Reaksi Pakcik Latif tidak mengejutkan Amran. Kerut dahinya serta soalan2 yang sama berulang kali meminta Amran mengesahkan berita yang disampaikannya menunjukkan rasa kurang senang di dalam hatinya.
Pakcik Latif keluar dengan tergesa2. Katanya hendak berjumpa dengan beberapa org kampung yang sama2 ada kebun getah untuk memaklumkan hal itu. Dia perlu berbincang dengan mereka untuk merancang tindakan yang perlu diambil.
Di surau, sebelum masuk waktu Maghrib Amran dikerumuni oleh orang2 kampung yang menghujaninya dengan soalan2 tentang isu harga getah. Nampak mereka sangat geram terhadap Ah Tong yang disyaki menipu mereka selama ini. Malah orang2 kampung yang tidak memiliki kebun getah turut sama memanaskan suasana. Amran hanya dapat melepaskan diri dari kerumunan itu apabila jam tepat menunjukkan pukul 7:23 malam dan dia perlu melaungkan azan Maghrib. Pun begitu, kerumunan itu masih berbisik2 tak henti walaupun ketika azan berkumandang.
Lepas solat Maghrib, perbincangan tentang isu panas itu membara kembali. Namun Amran tidak lagi menjadi sasaran orang kampung. Semua yg harus dikatakannya sudah pun dimaklumkan kepada mereka. Orang2 tua berkumpul dalam beberapa kelompok, semuanya menyembang isu yg sama. Pakcik Latif pula menjadi pusat perhatian. Amran mengambil kesempatan berjumpa dengan rakan2nya di pot biasa, bawah pokok ceri.
SALIM : Tak datang si Ajak ni..
LEMAN : Tu la. Ponek bakar satay agak eh.
SALIM : Lopeh Isyak kang poi ghumah dio jom.
LEMAN : Hahaha.. Buleh yo. Tengok kang camno reaksi eh.
AMRAN : Hal kek dalam surau tu ha tak setel2 lagi. Kecoh amek kek dalam tu pasal hago gotah.
LEMAN : Maun deh tak kecoh. Separuh hago tu..
AMRAN : Nasib baik kito poi Senanti tadi kan.
SALIM : Tuhan nak tunjuk tu.
LEMAN : Apo la nasib Atong sok ni..?
AMRAN : Ontah la.. Tu org tuo2 tongah berunding la tu. Eh.. Tuk Said mano? Tak nampak lak.
LEMAN : Dio buek bekampung kek ghumah eh lopeh Isyak kang. Minggu dopan kan Iha nak betunang.
AMRAN : Oo.. Padan la ghamai kek ghumah eh potang tadi.
Lepas Isyak, imam memaklumkan tentang majlis berkampung di rumah Tuk Said. Semua ahli jemaah dijemput hadir. Alang2 berkampung, isu harga getah juga patut dibincangkan di rumah Tuk Said memandangkan Tuk Said sebagai ketua kampung tiada di surau ketika itu. Amran kembali menjadi sasaran. Org2 kampung mahu dia menjadi saksi semasa hal itu dipanjangkan kepada Tuk Said. Awalnya Amran kurang senang dengan permintaan itu. Namun dia gagahkan hati, sekurang2nya dia sendiri hendak memastikan bahawa hatinya tidak terluka atas pertunangan Fariha. Namun dia meminta untuk hadir lewat sedikit kerana dia dan rakan2 sudah merancang untuk menerjah ke rumah Razak terlebih dahulu.
Razak tiada di rumah. Kata Makcik Melissa, Razak balik senja tadi, terus mandi dan bersiap2. Lepas solat Maghrib dia terus keluar semula. Sekali lagi Razak menimbulkan tanda tanya. Kali ini Salim pun tak tahu ke mana halanya Razak yg tidak mempedulikan rakan2 itu. Lantas mereka beriringan berjalan ke rumah Tuk Said.
Di luar rumah Tuk Said, ramai orang2 tua kampung bersembang. Kecoh sekali. Isunya masih sama. Dibawa dari surau, disambung di rumah Tuk Said. Kelihatan Tuk Said turut sama menyertai orang2 kampung itu.
RAZAK : Woi.. Am, Salim, Leman..! Tolong den ha..!