Part 178: AD-HOC

135 0 0
                                    


Leman yg lebih banyak bercakap semasa sesi membentangkan cadangan merisik kepada Haji Murad dan org2 tua yg lainnya. Sedang Abg Tapa sendiri lebih banyak membisu sambil turut khusyuk mendengar penjelasan daripada Leman. Cadangan merisik Kak Sakinah itu mudah difahami oleh org2 tua yg ada di situ namun menimbulkan pelbagai reaksi. Paling jelas kegusaran terpacar dari riak Haji Murad.

HAJI MURAD: Ish.. Takkan hari ni pulak nak poi merisik? Tergoso2 bona. Apo lak kato org kampung nanti?

PAKCIK FAIZ: Boto kato ayah kau tu, Pa. Kau baru yo osah putuih tunang ni.

PAKCIK NAJIB: Tak lari ke mano deh tu doh Pa.

PAKCIK KADARISMAN: Apo lak salah eh. Merisik yo. Bukan masuk minang toruih.

PAKCIK AIMAN: Aah.. Alang2 lalu Senanti kang. Lagi pun, tak sio2 la acik pakai minyak rambut keluar ni tadi. Jarang berlaku tu..

HAJI MURAD: Kito kono yo pikir perasaan org lain. Baru amek putuih tunang ni kan..?

TUK SAID: Perasaan sapo nak dipikir an tu bang Aji? Raso eh kalau ado pun sapo2 yg buleh teraso hati, ese dgn keluargo ese yo.

Tuk Said yg dari tadi senyap dan sekadar menjadi pendengar, tiba2 melontarkan suaranya. Semua ahli sidang kedai kopi itu serta merta terdiam sebaik Tuk Said bersuara.

TUK SAID: Ese nak koba an kek sini bang Aji.. Kalau bang Aji bori ese buek keputusan, ese nak kito poi risik hari ni. Sikit pun ese tak teraso hati. Itu lah yg paling ese suko dan ese harap an. Hal Tapa mo Iha, mungkin org lain anggap Tapa kecewo an Iha dan keluargo ese. Tapi bagi ese, sebalik eh. Ese sendiri tak jumpo macam mano caro nak mintak maaf kek Tapa. Sikit pun ese tak salah an Tapa. Sojak hari daftar Iha kek maktab hari tu, tiap2 malam ese payah nak tido. Pueh ese pikir an camno nak pujuk Iha beronti belajar. Tapi bilo ditimbang2 an balik, rugi pulak. Bosa raso bersalah ese kek Tapa sebona eh Aji.

Tuk Said diam. Sudah habis hal yg hendak disampaikannya. Sementara mulut hadirin yg lain turut terkunci, sambil menunggu siapa yg akan membuka mulut dahulu.

HAJI MURAD: Kalau dah camtu kato Tuk Said, moh la kito singgah Senanti. Merisik ajo kan..

PAKCIK AIMAN: Macam mano program eh ni? Nak terojah yo ko rumah pihak pempuan tu?

ABG TAPA: Camno, Man?

LEMAN: Err.. Ese pun tak tau rumah Kak Sakinah tu. Kito kono singgah rumah acik Liyeh. Raso eh maso2 camni dio dah balik rumah ni. Elok kito copek sikit. Kut masuk Zohor kang dio nak kono poi obang kek masjid.

Maka rancangan ad hoc tersebut terus digerakkan. Abg Tapa tidak turut serta. Dia cuma mengirimkan sekeping gambar ukuran paspot yg dicungkil dari label meja di pejabatnya. Dengan penuh debar, dia sekadar dapat mengiringi dengan mata sehingga kelibat van yg dipandu oleh Amran hilang dilindungi kenderaan lain yg menyesaki jalan raya.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now