SALIM: Jap Am.. Jgn toruih serobu yo. Pikir dulu apo kito nak buek..
LEMAN: Nak tanyo adik Atong tu pasal Atong la..
SALIM: Kut den la jadi adik Atong tu, mampuih den takkan bukak mulut. Abg den kono ancam tu..
AMRAN: Boto jugak. Tapi bukan sonang nak cari Atong tu. Ado peluang ni, takkan nak dilopeh an lak?
SALIM: Den tau, den tak teraso macam kau bilo kono mongak dek Atong selamo ni. Tapi kalau kito poi serobu adik Atong ni sekarang, bagi den takdo pekdah eh. Dio takkan nak bagitau abg eh kek mano. Takkan jugak kito nak pakso dio cakap. Takkan nak ugut, nak cokik leher.. Hujung eh samo jugak, kito tak dapek apo2.. Cumo buang maso. Dan menambah sakit hati yo nanti.
RAZAK: Den setuju jugak tu Am.. Kang, elok2 kito nak enjoi makan Kentaki, jadi tak seronok lak.
SALIM: Skrg pun kito dah jumpo jalan nak pulihkan keadaan. Yg dah lopeh tu, elok kito lupo an. Ambik sebagai pengajaran yo la. Marah memang la marah. Tapi selagi diikutkan marah tu, buek menyakitkan diri sendiri yo. Bukan maksud den, kito maafkan yo Atong tu. Cumo, den ghaso bukan kali ni.
RAZAK: Kito uruskan Kentaki dulu..
SALIM: Apo pun, ikut kau la. Ni cumo pendapek den. Atong tu paling banyak menyusah an keluargo kau selamo ni.
Amran senyap sahaja mendengar pendapat Salim. Kedua2 tangannya menggenggam erat stering kereta. Otaknya ligat merumuskan kata2 Salim. Selepas seketika, Amran memulas kunci kereta, lalu enjin dihidupkan semula.
AMRAN: Moh uruskan hal yg lobih ponting dulu.. Hahaha..
RAZAK: Lululululululuuuluuuu...
LEMAN: Apo bondo kau ni Jak?
RAZAK: Den ikut macam red indian dalam cerito koboi tu.
SALIM: Haha.. Lantak kau la Jak..
Perjalanan diteruskan menuju destinasi asal. Hal Ah Tong dilupakan sementara. Untuk memulihkan keadaan, radio kereta dihidupkan. Hingar suasana dalam kereta dgn lirik lagu yg tunggang langgang hasil lalakan mereka berempat.
Sementara di Jemapoh yg sudah beberapa kilometer rakan berempat itu tinggalkan, dua susuk tubuh di dalam sebuah lori mula melepas nafas lega.
AH TONG: Dulu ekau koba nak poi mintak maaf balik kek org kampung. Ni nampak budak ompek org tu, menggigil lak kau.
AH TONG: Bukan menggigil.. Den tongah pikir apo nak dicakap bilo bebudak tu dtg sini. Tetibo tak jadi lak deh.
AH TONG: Kalau kau boto ikhlas, poi la masuk kampung. Jumpo balik org2 kampung. Kau jugak kato, kono belasah pun kau sanggup.
AH TONG: Ontah la org kampung buleh terimo den lai ko tak. Tapi dah bertahun, tu yo la sedaro maro yg den ado. Maksud den, selain kau la.
AH TONG: Kau kono hadap.
AH TONG: Sumo eh sobab pempuan celako tu..!!