Pesanan2 terakhir Salim dan Razak masih terngiang di telinga Amran semasa menunggu gilirannya tiba.
"Abg Zabidi posan, kalau ado sapo2 tanyo, jgn kato dio yg ajar kito main kompang.." kata Salim.
"Kalau jumpo dio kang, kau jgn tokojut lak.." kata Salim lagi tanpa memberikan sebarang penjelasan.
"Iha pulak posan, buek boto2.." kata Razak. Itu menunjukkan Fariha masih mengakui kewujudannya.
Namun Amran tetap tak mengerti mengapa Fariha begitu beriya2 mengelak darinya. Hingga sampai masa kumpulan Sk8 mengambil tempat untuk buat persembahan pun, Amran tak dapat mengesan di mana Fariha sedangkan Ina, Azi dan tiga org cikgu itu ada di celah peserta2 lain. Namun, Amran mengerti apa yg dikatakan Salim tentang Abg Zabidi. Rupanya Abang Zabidi salah seorang daripada barisan juri.
Apabila nama kumpulannya dipanggil, Amran dan Leman melangkah tenang ke beranda surau yg menjadi pentas persembahan kompang. Matanya masih melilau mencari2 bayang Fariha, namun tak ketemuan. Cukuplah kata2 perangsang yg dipesankan oleh Fariha melalui Razak sebagai pembakar semangat, fikirnya.
Persembahan mereka bermula dengan baik. Namun menjadi kian kucar kacir di pertengahan. Semuanya berpunca daripada satu pemandangan menyakitkan mata Amran.
Di gerai, Salim dan Razak kelihatan begitu mesra bergurau senda dengan Nora. Geram hati Amran melihat perangai adiknya yg begitu tergedik2 gatal macam nak berlaki. Tanpa Amran sedar, hati sahabat di sebelahnya juga terbakar melihat insiden yg sama. Abang Zabidi tekup muka dengan tapak tangan. Dalam hati dia berdoa semoga pesanannya pada Salim tadi sampai kepada Amran.
Bila persembahan Sk8 tamat, Nora sudahpun beredar meninggalkan gerai. Salim dan Razak tersengih2 menyambut kepulangan Amran dan Leman.
"Apo la yg Ombung nyanyi tadi tu? Osah boto target saguhati ni.. Hahaha.." kata Salim secara bergurau dengan memanggil nama panggilan Amran di rumah. Razak turut ketawa bersama. Persembahan kumpulan Sk8 yg kucar kacir menggelikan hati mereka.
"Satay yg omak posan tadi tu, Nora dah bungkuih bawak balik.." sambung Salim masih dalam sengihannya.
Amran tidak menjawab sebaliknya terus meluru ke arah Salim dan melepaskan tolakan kasar ke dada sahabatnya itu. Salim hampir tersungkur ke belakang sebelum dia berjaya menyeimbangkan badan dan berdiri semula.
"Ekau cakap boto2, Lim.. ekau ado apo dgn Nora?" keras soalan Amran sambil jari telunjuk kanannya ditudingkan tepat ke mata Salim. Salim terkejut. Razak dan Leman juga turut terkejut dengan sikap kasar Amran yg tiba2 itu. Beberapa orang di sekitar termasuk juga beberapa pelanggan yg sedang enak menikmati satay dan cendol mereka turut terkedu dan mengalih perhatian mereka ke arah Amran dan Salim. Ada yg mula bangun, bersedia bertindak jika berlaku pergaduhan di situ.
"Apo kono kau ni Am? Tibo2 lak nak mengamuk!" tinggi suara Salim mempersoalkan tindakan Amran.
"Am.. Apo ni? Jangan la camni.." Razak cuba menenangkan Amran. Ditepuknya bahu Amran sementara sebelah tangan lagi cuba melembutkan dan menurunkan tangan kanan Amran yg begitu keras menghulur telunjuk ke muka Salim.
Sedikit demi sedikit, Amran kembali dapat mengawal dirinya. Dia sedar tindakannya keterlaluan. Dapat dirasanya ada air ingin menyerbu keluar dari kelopak matanya.
Sebelum air itu melimpah, dengan segera dia beredar. Dicapainya basikal lalu terus mengayuh keluar dari perkarangan surau. Tidak dihiraukannya semua mata yg memandangnya.
Biasanya surau itu menjadi tempatnya berkhalwat bila hati dirundung resah. Tetapi surau itu sedang meriah dengan ramai orang sekarang ni. Amran tertanya2 sendiri, ke mana harus dituju?
Dia keliru dengan emosinya sendiri di saat itu. Bayangan rakan2nya silih berganti. Leman, Razak, Salim, Fariha...
Pipinya mula basah..
![](https://img.wattpad.com/cover/190964024-288-kabc884.jpg)