Tidak sempat Abg Tapa menjawab, tiba2 Salim masuk ke dalam bilik bincang dengan diikuti Leman dan Razak. Mereka sudah selesai solat Zohor.
SALIM: Am.. Ekau dah semayang ko?
RAZAK: Ontah.. Lamo tunggu tak sampai2.
ABG TAPA: Poi semayang dulu Amran. Kang sambung burak balik. Dah nak habih waktu dah ni.
Walaupun hatinya masih belum puas kerana soalan penting itu belum dijawab oleh Abg Tapa, Amran terpaksa juga meninggalkan majlis. Dengan cepat, dia melangkah ke arah tandas yg dimaksudkan oleh Abg Tapa tadi. Ramai pekerja sepejabat Abg Tapa sedang sibuk dengan rutin kerja masing2, membiarkan sahaja Amran berlalu tanpa mempedulikannya. Hinggalah Amran lalu di sebelah seorang pekerja perempuan dan wanita itu menegurnya. Agak cantik dan bergaya orgnya.
WANITA: Adik ni org kampung Tapa ko?
AMRAN: Aah, kak..
WANITA: Donga eh dio putuih tunang yo?
AMRAN: Iyo la tu..
WANITA: Dio memang memilih bona.
AMRAN: Ontah la kak.. Ese nak poi semayang ni. Dah lambek ha..
Amran meninggalkan kakak itu dan meneruskan tujuannya hingga selesai. Sebaik selesai, cepat2 Amran menuju semula ke bilik bincang. Namun dari jauh Amran dapat lihat bahawa rakan2nya serta Abg Tapa sudah tidak lagi berada di dalam bilik itu. Abg Tapa sedang melayan seorang pelanggan di mejanya manakala rakan2nya sedang duduk di sofa tetamu berhampiran pintu. Abg Tapa memberi isyarat tangan supaya Amran menunggunya menyelsaikan urusan sebentar. Amran mendapatkan rakan2nya lalu duduk berhimpit2 di atas sofa tiga tempat duduk itu.
RAZAK: Habih kito Am..
AMRAN: Alak?
SALIM: Silap2 balik kampung kang kono belasah jugak ekau dek abah kau.
AMRAN: Apo lak ni woi..?
RAZAK: Den dah tau sobab apo Abg Tapa putuih tunang.
AMRAN: Apo sobab eh?
SALIM: Baik kau donga sendiri dari dio.
AMRAN: Apo kaitan mo den?
RAZAK: Biar dio yg cakap. Kut den yg cakap kang, kau marah den lak.
AMRAN: Jgn la memain..
RAZAK: Kito kono pikir ni.. Malam ni kito nak tido mano. Bahayo kalau kau balik kampung hari ni. Kito kono cari jalan boto an keadaan sebolum kito balik kampung.
AMRAN: Apo ni..? Cakap yo la..
SALIM: Elok tunggu Abg Tapa.. Kojap yo laie tu..
Amran tahu, walau sekeras mana dia mendesak, rakan2nya tidak akan buka mulut. Mahu tak mahu, Amran tetap perlu menunggu Abg Tapa. Amran pekup muka dengan kedua2 tangannya. Dadanya berdebar2. Hawa sejuk penyaman udara tidak membantunya menyejukkan badan. Dahinya kian basah dengan titisan peluh.
LEMAN: Woi.. Ekau ni Ajak. Sian lak den nengok Am ni. Takdo apo doh Am. Ajak mo Salim sajo yo kono an kau.
SALIM: Kahkahkahh..!!
RAZAK: Hahahahaaa..!! Comeh kau..!!!
AMRAN: AAAAHHHHH..!!! Kepalotak kau bergurau camni!!!
Amran separuh menjerit. Semua mata di dalam pejabat itu terarah kepadanya. Razak menekup perut menahan ketawa. Salim menepuk2 bahu Amran utk menenangkannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/190964024-288-kabc884.jpg)