Reaksi Razak menepati jangkaan Amran dan rakan2nya. Bukan tak ada basikal orang lain yang boleh mereka sasarkan. Namun semua orang tahu tugas mendapatkan basikal ke dua sudah dibebankan di atas bahu Amran dan Amran hanya mahukan basikal Fariha.
Sementara menunggu Fariha lalu, rancak perbualan mereka. Namun mereka gagal merangka strategi yg jitu untuk memastikan skandal penjualan basikal itu berjaya dipatahkan. Malah mereka belum dapat pastikan harga yg dipersetujui oleh Tuk Said dan Haji Murad. Mereka juga tak pasti sama ada Fariha sendiri merelakan basikal itu dijual.
Tepat seperti jangkaan Leman, tak lama kemudian kelihatan Fariha berbasikal beriringan bersama Azi dan Ina. Segera keempat2 sahabat itu bersedia di bahu jalan untuk menahan Fariha.
Kemunculan Amran dan rakan2nya mengejutkan ketiga2 gadis tersebut lantas mengundang reaksi kurang senang Azi dan Ina apabila Leman minta mereka teruskan perjalanan dan tinggalkan Fariha sahaja. Namun Fariha sendiri menenangkan mereka dan meminta mereka ke sekolah dahulu sementara dia akan menyusul kemudian.
"Iha.. boto ko abah nak jual biska ni?" tanya Amran, terus ke topik utama.
"Bukan abah nak jua, Haji Murad tu yg beriyo nak boli. Alak?" jawab Fariha sebelum disusuli dengan soalan meminta penjelasan Amran. Amran terdiam, tak tahu nak kata apa.
"Kau sendiri camno? Kau nak jua ko biska ni?" tanya Salim bila dilihatnya Amran terdiam.
"Pokok dek abah den la.." jawab Fariha.
"Tapi sayang jugak sebona eh.." sambungnya dengan segera sambil mengusap2 handle basikalnya.
"Apo kisah sebona eh ni? Tak paham den.." tanya Fariha lagi sambil memandang Salim. Giliran Salim pula terdiam.
Dalam mesyuarat tergempar mereka sementara menunggu Fariha tadi, mereka sudah putuskan seboleh2nya tak nak beritahu sesiapa termasuk Fariha tentang projek KFC Bahau mereka. Leman boleh gunakan pengaruhnya selaku anak saudara Tuk Said untuk meminjam basikal itu jika Amran tak dapat meminjamnya terus dari Fariha. Semua ahli mesyuarat menyetujui perkara itu. Tetapi segalanya akan jadi sia2 jika basikal Tuk Said itu bertukar tangan.
"Am pecayo kek Iha.. tolong jgn bagitau sapo2 hal ni.." kata Amran akhirnya setelah beberapa ketika, semua orang senyap seribu bahasa. Namun Amran tidak meneruskan kata2nya. Dia mengalihkan pandangan ke arah setiap rakan2nya. Mana tahu kalau ada yg membantah tindakannya. Namun semuanya senyap sahaja. Cuma Razak sedikit terangguk2 menandakan kesetujuannya dengan tindakan Amran.
"Apo sebona eh ni? Cakap la boto2?" desak Fariha.
"Am nak pinjam biska Iha.." kata2 Amran tersekat di situ. Dia sendiri ragu2, apakah Fariha akan memahami situasi mereka?
"Buleh.. Tapi potang ni Iha kono poi sekolah, ngajar kelas tambahan budak darjah onam.." jawab Fariha.
"Bukan hari ni.. Tak tau laie bilo, tapi tak lamo laie la.. nak pinjam dari pagi sampai potang" kata Razak. Fariha sedikit ternganga mendengarnya.
"Den ghaso.. kito cerito yo la kek Iha. Buleh tak?" tanya Amran kepada rakan2nya. Semuanya mengangguk perlahan.
"Eh.. kau kono poi sekolah kan?" Leman mengingatkan.
"Takpo.. cerito la laju2.." balas Fariha. Dia sendiri rasa sangat nak tahu duduk perkara sebenarnya.
Maka duduklah mereka berlima di bawah pokok rambutan berdaun jarang di depan kedai ayah Razak. Mujur cuaca petang itu tak berapa panas.
Fariha sangat teruja bila mendengar perancangan Amran dan rakan2nya. Dalam kepalanya turut terngiang2 iklan KFC yg pernah ditontonnya.
"Den janji den tak cerito kek sapo2.." kata Fariha.
"Den pun sebona eh sayang biska ni. Tapi kalau abah den nak jua, tak dapek la den nak kato apo." sambungnya.
"Nak lak Haji Murad sanggup bayar ompek puluh limo inggit. Kalau tak sobab sayang, den pun harap abah den jua yo biska ni.." sambung Fariha lagi.
"Cubo la cari jalan nak elak an abah den jua biska ni.." Fariha sambung lagi.
"Den nak suruh dio jangan jua, tak berani den doh. Dah la Haji Murad offer hago tinggi.." lagi sambung Fariha.
"Payah jugak nak pujuk abah jgn jua biska ni. Dio dah ado Vespa sekarang ni. Tak heran deh biska ni laie doh.." lagi2 Fariha juga yg menyambung. Yang lain masih senyap sahaja. Semua mata memandang Fariha.
"Apo sonyap yo ni?" Fariha terperasan kesenyapan semua orang.
"Bukan apo Iha.. Seronok lak donga kau bercakap. Sebijik macam cikgu.. Patut la Cikgu Nordin upah kau ngajar tusyen budak2 sekolah tu.." kata Razak dan disambut dengan ketawa Amran dan lain2. Fariha turut tersipu2 ketawa bersama.
"Ya Allah.. Den kono poi sekolah!" Fariha baru teringat yg dia sepatutnya pergi ke sekolah untuk mengajar kelas tambahan lalu bergegas2 menaiki basikalnya dan mula mengayuh.
"Kau sumo cari la jalan yo.." sempat Fariha berpesan kepada Amran dan rakan2nya sebelum dia teruskan kayuhan tanpa menoleh lagi.
"Kau perasan tak, Am.. cagho Iha bercakap mo den, mo Ajak, mo Leman.. tak samo dgn cagho dio bercakap mo kau?" tanya Salim kepada Amran. Matanya tepat menikam mata Amran.
"Lain camno lak?" tanya Amran tanpa menjawab soalan Salim. Salim sengih sahaja.
"Den perasan.." kata Leman tiba2.
"Den pun perasan.." kata Razak pula.
"Hahaha.. cinto dah berputik makno eh tu.." kata Salim dan disambut dengan deraian ketawa Razak dan Leman. Walaupun kurang faham, Amran turut tersengih2 melihatkan perilaku rakan2nya.
![](https://img.wattpad.com/cover/190964024-288-kabc884.jpg)