AI LIN: Awalnya kamu ni. Stor belum buka lagi.
AMRAN: Ni gotah semalam.
AI LIN: Oo.. Yg semalam kamu kata nak hantar lagi satu trip tu ya?
AMRAN: Aah.
AI LIN: Kenapa tak hantar semalam?
Sesungguhnya sukar bagi Amran utk menyeimbangkan antara deria mata dan telinganya. Antara hendak mendengar percakapan Ai Lin disulami drama dari radio serta deruman enjin yg membingitkan, dan menatap wajah Ai Lin dari dekat, nyata perhatian Amran lebih tertumpu pada deria penglihatannya.
Disebabkan itu, otak Amran lambat mentafsir soalan ringkas Ailin. Amran telan liur, tak tahu apa nak dijawab. Drama Fajar di Bumi Permata masih bermain di corong radio. Enjin masih menderum kuat menggamatkan suasana. Ailin mengerut dahi menunggu jawapan Amran. Air liur Amran ditelan lagi.
AI LIN: Radio kamu tu kuat sangat.
AMRAN: Aa..
AI LIN: Radio tu kenapa kuat sangat?
AMRAN: Enjin yg kuek. Kalau pelahan radio nanti tak donga pulak.
AI LIN: Kalau nak dengar radio, pakai bateri saja. Tak payah hidupkan enjin.
Ailin capai kunci van yg terlekat di soketnya. Enjin dimatikan. Yg tinggal hanya suara drama radio yg ternyata sangat kuat.
AMRAN: Oo.. Buleh yo. Hehe..
AI LIN: Aiya..
AMRAN: Tutup yo la radio ni. Payah nak berburak.
Kemesraan Ailin menyelesakan Amran. Gadis itu asyik senyum sahaja. Adakah dia jatuh hati pada Amran? Fikiran nakal bermain di benaknya.
AMRAN: Den cakap bahaso nogoghi ni, buleh paham ko?
AI LIN: Takkan la tak paham. Eden lahir sepita Somban la. Hihi..
AMRAN: Hahaha.. Den ingat lahir Hong Kong.
AI LIN: Hihi.. Apo la Amran ni.
Perkenalan penuh ceria itu berlangsung agak lama. Ailin ketawa berdekah bila Amran ceritakan tentang tragedi teh basi semalam yg menjadi punca dia gagal meneruskan niat menghantar getah trip ke dua. Bagi Amran, Ailin sangat selamba dan mesra. Dia tidak berasa asing lagi walaupun hakikatnya mereka hanya bertentang mata dari jauh sahaja sejak beberapa hari lepas.
Stor masih belum dibuka. Makin banyak yg mereka bualkan. Amran tak sangka dialek daerah yg dituturkan Ailin sangat lancar. Kalau bukan disebabkan kulitnya putih kuning dan matanya yg sedikit sepet, siapa sahaja tidak akan menyangka Ailin berbangsa Tionghua.
AMRAN: Bilo nak bukak eh stor ni?
AI LIN: Kojap laie bos sampai la tu.
AMRAN: Kito bukak yo la.
AI LIN: Bukak? Apo ni? Lucah la kau ni!!
AMRAN: Oih.. Den nak koba bukak stor la!!
AI LIN: Wahahahaaa.. Gelabah kau! Tau den tu sajo yo gurau. Hahahaha.
AMRAN: Adeh.. Ekau ni bergurau buek org risau yo.
AI LIN: Ala.. Sori la jang. Den takdo kunci. Kono tunggu bos jugak.
AMRAN: Haha.. Takdo hal la.
Mereka macam sudah kenal lama. Amran hilang rasa kekok dek kerana kemesraan Ailin. Tentu Ailin sudah biasa bergaul dengan orang Melayu. Tidak sepertinya yg sangat jarang bergaul dengan orang Cina.
AMRAN: Duduk la sebolah ni Lin. Sonang sikit nak beburak.
AILIN: Dari tadi den tunggu ekau jomput. Ekau buleh lak biar yo den bedighi sensorang kek luar ni. Haiyo..
AMRAN: Laa.. Apo kau tak koba nak duduk dalam.
AI LIN: Tak jentelmen langsung.
Sedikit sebanyak kata2 Ailin itu menikam lubuk hati Amran. Namun dia tahu Ailin bukan betul2 memaksudkannya kerana senyuman masih tersimpul di bibir merah jambunya. Ailin berjalan melintasi depan van untuk ke tempat duduk penumpang.
AMRAN: Jap Lin. Jangan masuk!
Belum sempat Ailin membuka pintu penumpang, Amran segera menahan. Dia meluru keluar dari perut van menujubke arah Ailin yg terkaku di depan pintu. Cepat2 Amran bukakan pintu bahagian penumpang itu.
AMRAN: Baru jentelmen sikit.
AI LIN: Haiyo.. Ingat apo bondo eh. Hihii.. Iyo la tu. Jentelmen amek la tu.
Ai Lin masuk ke dalam van dan terus duduk. Amran kembali ke tempat duduk pemandu. Jantungnya berdegup kencang membayangkan situasi itu. Hanya dia dan AiLin di halaman stor getah Tauke Leong itu, dan mereka berduaan di dalam van. Sedikit kesal rasa hatinya kerana menjemput Ailin masuk tadi.
AI LIN: Mangai.. Kuek eh bau lantun.
AMRAN: Tu yg den maleh nak jomput masuk tadi tu.