"Assalamualaikum.." jerit satu suara di luar rumah. Amran kenal suara itu, suara Leman.
"Waalaikumussalam.." jawab Amran sebaik tiba di muka pintu. Dia sudah bersiap dengan baju melayu kuning dan kain pelikat hijaunya serta berkopiah putih.
"Dapek tak pinjam biska?" tanya Amran.
"Dapek. Moh la poie ambik.." jawab Leman.
"La.. apo tak kau bawak yo ke sini?" tanya Amran lagi.
"Dah jadi kojo lak nak kono poi rumah Tuk Said laie sekali.." sambung Amran.
"Den koba kek Pakngah den tadi, ekau yg nak pinjam. Elok kau yo yg ambik. Lopeh semayang kang sonang kau yo yg pulang an. Lopeh tu toghuih jumpo dio bincang pasal tapak goghai kito tu.." jawab Leman menerangkan modus operandinya.
"Ala.. samo yo deh. Kau bawak la ke senia dulu. Kang lopeh semayang den hanta balik.." kata Amran apakala mereka sudah melewati halaman rumah Amran.
"Lobih kurang la tu.. Iha ado kek rumah tadi nampak eh.." kata Leman. Dia tahu cara memberhentikan bebelan Amran atas kesilapannya tidak membawa basikal Tuk Said terus ke rumah Amran.
"Dah.. moh dogheh." kata Amran akhirnya. Ternyata taktik menyebut nama Fariha untuk memberhentikan bebelan Amran menjadi.
Kampung mereka tiada masjid. Oleh itu, untuk solat Jumaat mereka perlu ke kampung seberang. Jaraknya hampir dua kilometer. Biasanya penduduk kampung yg berkenderaan akan ke masjid dengan kenderaan masing2, manakala yg tidak mempunyai kenderaan akan pergi dengan berjalan kaki.
Pakcik Latif biasanya ke masjid dengan menumpang Pakcik Hisham, jiran Amran. Leman biasanya bermotosikal dengan ayahnya. Manakala Amran, Razak dan Salim selalu beriringan berjalan kaki bersama.
"Assalamualaikum.. Makngah.. Ambik biska yo.." jerit Leman di muka pintu yg terdedah. Bunyi sudip berlaga dengan kuali sangat jelas kedengaran dari luar. Mungkin Makcik Fasha sedang memasak di dapur.
"Waalaikumussalam.. Ambik la.. Bawak elok2.." jawab Makcik Fasha dari dapur tanpa menjenguk. Sementara Amran liar memerhatikan tingkap2 yg terbuka, dengan harapan dapat melihat jika Fariha menjenguk dari dalam. Namun hampa.
Amran tunggang basikal sementara Leman duduk di carrier (dlm bahasa melayu, apa eh?) belakang. Hala tuju mereka ialah rumah Salim. Seperti dijanjikan, mereka akan berkumpul dahulu di rumah Salim dan kemudian bergerak bersama ke masjid di kampung seberang.
Sekali sekala, Fariha mencuri tumpuan dalam fikiran Amran. Dia yakin Fariha ada di dalam rumah semasa dia dan Leman datang untuk meminjam basikal tetapi langsung tidak menjenguk. Hatinya tertanya2, adakah Fariha sengaja hendak menyorok darinya? Adakah Fariha memang berniat hendak membunuh harapan Amran padanya?
Namun Amran segera menasihati diri sendiri.. "Lupo an dulu pasal pompuan.."
Lagipun dia memang kena belajar melupakan Fariha.