Part 176

140 0 0
                                    


Abang Tapa tiba2 bangun dan meminta izin daripada org2 tua yang ada untuk ke tandas. Org tua2 itu terus berbual kali ini dengan topik yang sama, mengulas tentang pertemuan Abg Tapa dgn Fariha semalam. Abg Tapa pula, baru separuh jalan ke tandas, dia berpaling semula. Isyarat mata yang ditujukan kepada Leman segera Leman fahami. Leman juga turut bangun meninggalkan meja. Mereka berbisik2 sebentar di luar pintu tandas. Kemudian barulah Abg Tapa masuk ke tandas dan Leman pulang ke meja makan.

TUK SAID : Apo hal eh Tapa tu?

LEMAN : Takdo apo. Dio suruh tuk mo yg lelain tunggu sini jap. Dio nak naik ke opis jap. Dio bagi duit ni buek bayar makan.

Leman hulurkan tiga keping wang kertas yang sah diperlakukan dengan nilai sepuluh ringgit kepada Tuk Said.

PAKCIK AIMAN : Laa.. Nak belanjo makan pun sampai nak berbisik2. Macam la kito nak tolak kalau pun dio hulur duit dopan kito, yo tak..

PAKCIK KADARISMAN : Ontah eh.. Tapi tigo puluh inggit tu banyak tu. Buleh seround lagi ruti canai ni ghaso eh. Hahaha..

Leman pula memberi isyarat tangan kepada Amran, Salim dan Razak supaya bangun dan mengikutnya. Tanpa soal, serentak mereka bertiga bangun. Tindakan mereka tidak dihiraukan oleh orang tua2 yang ada kerana mereka sedang sibuk memesan roti canai dan minuman untuk pusingan ke dua.

SALIM : Ke mano ni?

LEMAN : Naik ateh. Poie opis Abg Tapa. Dio nak jumpo kito berompek.

RAZAK : Apo hal eh.

LEMAN : Ado la. Kang tau la. Biar dio yang cerito.

SALIM : Ekau tau tak apo hal eh?

LEMAN : Tau.

AMRAN : Dah tu.. Cerito yo la.

LEMAN : Ala.. Kojap lagi tau la. Takkan nak cerito kek tanggo ni lak.

Amran keliru. Ikutkan cerita Abg Tapa tadi, segalanya tentang perjumpaan Abg Tapa dengan Fariha berjalan lancar, lebih lancar daripada yang dia fikirkan. Jadi apa lagi yang belum selesai? Tambahan pula, Abang Tapa memanggil mereka berempat untuk membicarakan hal itu, seolah2 tidak mahu hal itu diketahui oleh orang tua2 yang turut mengikut rombongan hari ini.

Mereka tiba di pejabat tetapi tidak kelihatan kelibat Abang Tapa. Mereka duduk di kerusi panjang yang dikhaskan untuk pelanggan bank yang menunggu giliran untuk berurusan.

RAZAK : Mano lak Abg Tapa ni?

LEMAN : Kan dio poie bilik air tadi. Kojap laie sampai la deh tu.

Amran berasa sangat tidak tenang. Masih ada perkara yang belum Abg Tapa ceritakan di kedai makan tadi. Apakah perkara itu? Pelbagai kemungkinan berasak-asak di dalam kotak fikiran Amran. Tambahan pula tiba2 Abang Tapa meminta mereka berempat berjumpanya di pejabat, jauh dari orang tua2 yang sedang enak menjamu selera di kedai makan. Tentu perkara ini agak sensitif dan Abg Tapa tidak mahu kongsikan bersama ayahnya dan ayah Fariha.

Paling Amran risaukan jika perkara itu berkaitan dengan dirinya. Sama seperti hal soal siasat pelik Makcik Kiah malam tadi. Walaupun Amran pasti bahawa dia dan Fariha tidak pernah menjalin apa2 hubungan istimewa, namun jika Makcik Kiah dapat menghidu sesuatu, mungkin orang lain juga dapat menghidu bau yang sama. Atau mungkin semasa pertemuan Abang Tapa dengan Fariha semalam, Fariha ada menyebut namanya. Amran resah. Namun sedaya upaya dia cuba menyembunyikan keresahannya daripada terpancar dari riak wajahnya.

Tiba2 seorang wanita pekerja bank berbangsa Cina menghampiri mereka. Dari jauh lagi wanita itu sudah mengukir senyuman. Sememangnya dia wajar melemparkan senyuman begitu kepada pelanggannya. Bila sudah dekat, terpampang pada tanda nama yang tersemat di dadanya nama yang sangat ringkas, Ooi.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now