Part 172 : TAK SEKUFU

131 0 0
                                    


Sambil mencuci, mereka berbual.

SALIM: Am.. Kau donga tak yg Wak CopyLeft cakap kek Tuk Said tadi tu.

AMRAN: Donga..

SALIM: Camno..?

AMRAN: Camno apo pulak..?

RAZAK: Ekau ni Am.. Buek tak ghoti yo kan..

AMRAN: Boto la apo wak cakap tu. Tuk Said pun setuju. Apo masalah eh..

RAZAK: Masalah eh, ekau.

AMRAN: Apo lak kono mengono mo den..

SALIM: Ni la deh kau.. Copek menyorah.

Amran buat tak dengar. Berusannya dikuatkan. Bergegar sedikit badan van dengan sentalan keras Amran ke atas lantai ruang belakang van itu.

AMRAN: Siap an ni copek. Kang buleh copek balik. Copek tido. Esok copek bangun. Sapo lambek sok, den tingga an yo..

Melihatkan Amran sudah seakan hilang minat meneruskan isu yg berbangkit, Salim dan Razak tidak mengungkitnya lagi. Namun mereka mengerti jiwa Amran kembali resah. Bagi Amran pula, walaupun dia cuba utk tidak memikirkan hal itu, namun fikirannya langsung tidak dapat dilarikan. Sepatah demi sepatah perbualan antara Wak CopyLeft dgn Tuk Said di muka tangga selepas solat Isyak tadi terngiang dalam benaknya.

"

WAK CL: Tuk.. Pasal Tapa tu nanti insyaallah jumpo la deh jodoh yg lain nanti tu.

TUK SAID: Insyaallah.. Kut wak kona sapo2 buleh la dikenenkan mo Tapa tu.

WAK CL: Takdo pulak.. Tapi kalau utk anak tuk, ese ado calon eh.

TUK SAID: Eh.. Usah. Iha tu biar deh habih belajar dulu.

WAK CL: Bukan apo tuk.. Kalau lelaki ado pelajaran kawin mo pempuan biaso2, itu org tak heran. Tapi kalau pempuan ado pelajaran macam Iha tu, pasang eh elok yg ado pelajaran jugak. Macam Tapa tu sesuai la. Ado diploma, kojo pun elok. Bilo dah tak jadi mo Tapa ni, ese nak kenen an mo anak sedaro se.. Baru habih belajar. Cikgu jugak, tongah tunggu posting ni.

TUK SAID: Hah.. Yo ko.. Tapi Iha tu mudo laie. Den pun silap jugak tunang an dio copek bona. Dio pun lom sedio lai tu.

WAK CL: Iyo tu. Ese pun sajo cakap yo ni. Cumo tu lah.. Kalau nak cari an utk Iha tu, elok la yg ado pelajaran, setarap mo dio. Sekufu, kato org..

TUK SAID: Boto yo tu.

WAK CL: Kek kampung kito berapo korek bona la anak2 daro yg ado pelajaran peringkek tinggi macam Iha tu..

"

Tuk Said betul2 setuju dgn pandangan Wak CopyLeft. Bila Amran fikir2kan dalam2, dia sendiri tidak dapat menyangkalnya. Namun, untuk membincangkan hal itu bersama Razak dan Salim sambil mencuci van, Amran tidak mahu. Melihatkan riak Amran yg teramat serius, Salim dan Razak mengunci mulut masing2 daripada menyebut hal itu lagi.

Lewat malam, segala kerja selesai. Amran pandu van ke stor. Kali ini dia sendirian di tempat duduk hadapan. Kedua2 Salim dan Razak mengada2 hendak duduk di belakang. Basikal juga disumbat di celah aofa yg sudah dipasang semula.

Amran lihat Salim agak sugul. Mungkin dia rasa bersalah membangkitkan isu yg dibualkan oleh Wak CopyLeft dgn Tuk Said tadi. Sebelum bersurai pulang ke rumah masing2, Amran tepuk bahu Salim dari belakang. Tapak tangannya dibiarkan melekap di atas bahu itu utk seketika. Salim menoleh ke arah Amran.

AMRAN: Ekau jgn risau la Lim.. Nora tu koleh 5 Dodol. Tak ke mano deh tu doh. Paling jauh pun dio buleh sambung belajar menjahit baju kurung yo tu. Hahaha..

Salim menyambut lawak Amran itu dengan ketawa hambar.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now