PART 46 : LANTAK

198 1 0
                                    


Amran cuba menjawab soalan tentang Fariha dengan membuat lawak boddoh. Sedangkan dia tahu tidak satupun jawapannya mampu menggeletek ketiak sesiapa. Dia cuma sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada membincangkan hal itu. Namun makin banyak pula soalan yg timbul, dari Salim, dari Razak malah dari Leman. Pelik juga di hati Amran, kenapa sepupu Fariha itu pun seolah2 tak tahu apa2.

"Ok lah.. nanti den ceghito.." kata Amran akhirnya setelah menerima desakan yg terlalu berat walaupun sebenarnya dia sendiri tak pasti apa yg patut diceritakan kepada rakan2nya.

"Buek kojo dulu. Tumpu kek sasaran projek kito dulu. Hal pompuan, tolak topi.." sambung Amran, cukup untuk mematikan semua persoalan rakan2nya buat sementara.

Hampir pukul 10 pagi baru Tuan D.O. muncul dengan sengihan seolah2 tak bersalahnya. Para penduduk kampung berebut2 bersalaman dengan beliau. Pertandingan kompang itu ditaja sepenuhnya oleh Tuan D.O. sendiri. Namun tiada siapa tahu dan tiada siapa mempersoalkan sumber dana tajaan itu sama ada dari poket beliau atau dari mana.

Selepas Tuk Said memberikan ucapan alu2an, pertandingan pun bermula. Pelanggan gerai satay dan cendol Amran dan rakan2 mula surut. Amran mengambil peluang itu untuk mengira hasil jualan mereka.

"Tak payah la kigho dulu. Dah tutup kodai kang baghu kigho. Suspen sikit. Heheh.." Razak menghalang niat Amran.

"Boto tu.." sokong Leman.

"Yo la.. yo la.." Amran akur dengan cadangan Razak.

"Cek stok dulu la. Satay tingga berapo cucuk, air batu nak kono tambah laie tak..?" sambung Amran.

"Satay tingga duo puluh lobih yo ni.." lapor Salim.

"Kono tambah laie ghaso eh ni.." sambungnya. Bekalan asal sebanyak 150 cucuk sudah habis dan mereka telah tambah sebanyak 100 cucuk lagi. Kini hanya tinggal kurang tiga puluh cucuk yg berbaki sedangkan pertandingan kompang baru sahaja bermula.

Kumpulan pertama baru tamat memberikan persembahan mereka. Salim dan Razak meminta diri meninggalkan gerai untuk bersedia menunggu giliran kumpulan Oink.

"Lopeh kau abih mengompang kang copek2 datang sini. Nanti kau poi rumah Acik Wahid, mintak tambah stok satay.." pesan Amran. Razak mengiyakan.

"Am, banyak jugak laku yo.. Alhamdulillah." kata Leman.

"Hehe.. tu la.. joki kito.." balas Amran sambil tersenyum.

"Am.. apo hal Iha tu sebona eh?" tanya Leman. Amran diam sahaja. Dia buat2 sibuk mengelap meja. Leman pula tak berani bertanya lanjut. Takut mengguris hati Amran.

"Nanti2 la den ceghito.." kata Amran setelah agak lama membisu.

"Tapi.. ekau sepupu eh.. takkan tak tau kot?" Tanya Amran menduga Leman.

"Pasal Haji Murad tu ko?" Leman tidak menjawab terus sebaliknya mengacah2 dahulu.

"Ekau dah tau?" tanya Amran.

"Den ingat ekau yg tak tau. Tak sampai hati lak den nak ceghito.." jawab Leman. Amran terus senyap. Leman tak tahu apa yg bermain dalam mindanya. Dari raut wajah Amran, Leman dapat bayangkan perasaan Amran ketika itu.

"Dio mungkin bawak rombongan meminang saghi sebolum kendughi sunat cucu eh.." kata Leman bila dilihatnya Amran senyap seribu bahasa.

"Lantak la deh ai.." balas Amran acuh tak acuh. Dia langsung tak mampu menentang mata Leman. Malah kumpulan Oink yg sedang rancak membuat persembahan juga tidak dihiraukannya.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now