PART 43 : SRIKANDI CINTAKU

293 1 0
                                        

Seawal jam 7.30 pagi, sudah ramai yg hadir ke surau, lebih ramai drpd ahli jemaah Subuh tadi. Amran dan rakan2nya pun sudah mempersiapkan gerai mereka. Cuma menunggu bekalan bahan mentah untuk satay dan cendol mereka sahaja. Sambil2 itu mereka memukul2 kompang yg dipinjam dari Tuk Said sebagai ulangkaji sebelum mereka melangkah ke gelanggang.

"Assalamualaikum.." sapa satu suara. Serentak keempat2 pemuda SK8OINK itu melayang pandangan ke arah tuan punya suara.
"Waalaikumussalam.." jawab mereka hampir serentak.

"Nia satay eh.." kata gadis itu. Gadis itu bukan asing bagi mereka. Anak perempuan Pakcik Wahid yg sebaya dengan mereka itu ialah Ina, bekas pelajar Sekolah Zaba dalam kelas Anggur dari tingkatan satu hingga lima. Tak hairan dia berkawan rapat dengan Fariha kerana mereka sekelas sejak sekolah rendah hingga tingkatan dua.

"Abah bagi 150 cucuk dulu. Ado lombu, ado ayam ni. Kalau tak cukup nanti, abah suruh datang rumah, ambik laie.." kata Ina.
"Kuah ni agak2 sikit. Jangan bagi berlobih2 bona. Takut tak cukup lak kang." sambung Ina sambil meletakkan bekas kuah.
"Timun mo nasik impit ni kang potong. Jangan potong sekali sumo, tak fresh nanti.." Ina masih teruskan taklimatnya.

"Dah?" tanya Razak.
"Selobih eh tu pandai2 la yo.." balas Ina dan bersedia untuk berlalu pergi.
"Timo kasih yo.." ucap Razak.
"Iha tak datang ko?" sempat dia bertanya sebelum Ina mula melangkah. Amran ingin bertanya soalan yg sama namun tak terlepas dari lidahnya. Mujur Razak tolong tanyakan.
"Datang. Dio satu kumpulan mo den.." jawab Ina.
"Kumpulan apo?" kali ini Amran yg bertanya.
"kumpulan Srikandi Cintaku.. Haha.. ontah apo2 namo eh.. Iha la tu yg bagi namo.." jawab Ina dengan ketawa kecil.
"La.. ekau pun masuk kompang ko?" Salim pula buka mulut bertanya.
"Habih tu.. dah pertandingan kompang, takkan den masuk kudo kepang pulak.." jawab Ina.
"Dah la. Den poi dulu la." katanya lagi lalu terus meninggalkan gerai Amran dan rakan2nya.

"Mangai.. Pompuan pun ado masuk bertanding sekali. Iha mo kengkawan eh lak tu. Ni la peluang kau nak tunjuk skil kompang kau yg dasyat kemain tu, Am." gurau Razak disambut dengan ketawa. Sedangkan dalam hati mereka terbayang mereka akan menempah pengalaman yg memalukan.

Amran dan Rakan-rakanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang