PART 82 : CERITA LEMAN (IMBAS KEMBALI)

195 1 0
                                    


Selepas berbual2 sebentar dengan Razak dan Salim, Leman tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya dia menghala ke rumah Fariha. Tujuannya hendak meminjam basikal Fariha memandangkan projek KFC mereka akan dilaksanakan keesokan harinya.

Rumah Tuk Said bukanlah asing bagi Leman. Dia biasa keluar masuk rumah itu kerana Tuk Said adalah bapa saudaranya. Cuma, pada malam yang membawa pertaka itu, rumah Tuk Said ada tetamu. Haji Murad dan abang Tapa ada di rumah Tuk Said. Perkara itu tak menghairankan memandangkan Abang Tapa bakal ditunangkan dengan Fariha dalam masa seminggu lebih lagi.

Leman bertanyakan Fariha kepada Tuk Said. Tuk Said kata Fariha ada di dalam bilik. Maklum sahaja bakal tunang ada di ruang tamu, anak dara menyorok di dalam bilik. Tuk Said menanyakan tujuan Leman hendak berjumpa Fariha malam2 begitu. Entah kenapa akal Leman jem. Dia tak dapat memberikan alasan yang munasabah. Yang dapat dijawabnya hanyalah "Takdo apo2 lah.. Esok la ese jumpo dio.."

Ternyata jawapan itu tak memuaskan Tuk Said. Leman hendak minta diri, tetapi Makcik Fasha sudahpun tuangkan air kopi untuknya. Leman terperangkap. Hendak tak hendak, dia terpaksa duduk juga bersama tetamu Tuk Said di ruang tamu itu sambil dihujani soalan2 dari Tuk Said dan Haji Murad.

LEMAN : Takdo apo doh sebona eh Pakngah.. nak pinjam biska Iha.
TUK SAID : Nak ke mano lak memalam ni?
LEMAN : Err.. Nak pakai esok.
TUK SAID : Ambik yo la. Ado kek bawah ghumah tu ha..
LEMAN : Yo la.. kang ese ambik la..

Leman ingat semuanya berakhir di situ. Fikirnya dia hanya perlu habiskan kopi, kemudian minta diri dan beredar balik ke rumah bersama basikal Fariha. Namun ternyata jangkaannya meleset.

HAJI MURAD : Nak ke mano sok tu?
LEMAN : Tak ke mano Ji.. sajo nak meghayau mo kengkawan.
HAJI MURAD : Meghayau ke mano lak?
LEMAN : Takdo mano Ji.. dokek2 yo.
TUK SAID : Dulu pun kau ponah pinjam kan? Poi masjid ko tak silap.. Tapi esok bukan hari Jumaat.

Leman lemas. Pertanyaan demi pertanyaan dari dua orang tua itu betul2 membuatnya serba salah. Hendak sahaja dia keluar dan tinggalkan rumah Tuk Said. Hal basikal itu biar diuruskan lain kali sahaja. Tetapi memandangkan dia sedang berhadapan dengan dua orang tua, dia tahu tindakan sebegitu agak kurang sopan. Leman sangat berharap di masa itu Amran, Salim dan Razak ada bersama. Tidaklah dia tertekan dan terhimpit dengan persoalan2 dari Tuk Said dan Haji Murad secara berseorangan.

LEMAN : Cadang eh esok nak poi Bahau kot. Sajo la nak jenjalan jauh sikit.
ABANG TAPA : Humang.. Poi Bahau naik biska? Biar boto kau ni Man..
LEMAN : Camtu la cadang eh.
ABANG TAPA : Maun dokek dua jam baru sampai tu. Apo dighodah poi Bahau?
LEMAN : Sajo yo. Mo kengkawan..
TUK SAID : Biska eh sebijik yo. Kau nak poi mo sapo ni?
LEMAN : Amran, Salim mo Ajak.
ABANG TAPA : Ompek org satu biska?
LEMAN : Ado biska sebijik laie.. kek Salim.

Otak Leman diperahnya sekuat2 hati untuk mencari jalan keluar. Awalnya hanya Tuk Said dan Haji Murad yang menyoal siasatnya. Tiba2 masuk pula Abang Tapa turut bertanya itu ini. Serangan tiga lawan satu itu membuatkan leher Leman seakan terjerut.

MAKCIK FASHA : Ni mesti ado bondo kau cari kek Bahau ni.
LEMAN : Jenjalan yo..
MAKCIK FASHA : Omak kau tau tak ni?
LEMAN : Err.. Tak..
MAKCIK FASHA : Kau ni macam berahsio bona yo ni Man.. Kau cakap boto2.. Kut tak Makngah panggil omak kau kang..

Leman putus nafas. Akhirnya rancangan projek KFC mereka terbongkar juga. Yang paling menyakitkan hatinya, Abang Tapa ketawa berdekah mendengarkan rancangannya dan rakan2. Seolah2 berbasikal dari Senaling ke Bahau semata2 untuk makan KFC sangat kelakar baginya.

ABANG TAPA : Haduiyai.. ekau ni dah macam org sewel lak naik biska poi Bahau semato2 nak makan Kentaki. Hahahaa..
LEMAN : Apo lak masalah eh..?!!
ABANG TAPA : Camnia la.. Esok abang memang nak poi Bahau mo Iha, nak cari barang2 utk majlis tunang sok. Ekau koba kek kengkawan kau, poi Bahau tumpang keto abang yo la. Himpit2 la sikit kek belakang tu. Buleh muek tu ompek org..
MAKCIK FASHA : Boto yo tu. Tak yah la naik biska.. bahayo. Kut hujan ko, payah nanti.
ABANG TAPA : Kalau tak pun, esok ese bawak bebudak ni dulu. Yg barang tunang tu lain kali la. Buleh tak camtu Acik Fasha?
MAKCIK FASHA : Pokok dek kau la.. Nanti acik bagitau Iha.
LEMAN : Takpo la bang.. Abang poi la boli bembarang tu mo Iha.
ABANG TAPA : Alak? Kau nak yo naik biska? Hahahha...
LEMAN : Nanti ese bincang dulu la mo yg lelain..

Selesai segala sesi soal jawab, Leman meninggalkan rumah Tuk Said dengan menunggang basikal Fariha. Hatinya panas dengan Abang Tapa. Bukan setakat Abang Tapa mentertawakannya, malah dia dan rakan2nya dipanggil 'budak' dan rancangan mereka yang hendak laksanakan sebagai 'sewel'.

Halanya bukan terus balik ke rumah. Sebaliknya dia ke rumah Salim. Kemudian, dengan dua buah basikal, dia dan Salim bersama2 pula ke rumah Amran. Malangnya Makcik Kiah memberitahu, Amran sudah tidur. Maka Leman dan Salim mengayuh ke rumah Razak yang terpencil. Hal itu perlu dibincangkan segera. Mereka tak boleh tunggu hari esok.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now