Semuanya Amran sudah aturkan. Dia tak akan berbual lama dengan Salim, Razak dan Leman semasa memberitahu rakan2nya itu tentang tentatif projek yang dia rancangkan sendiri. Dia hanya akan beritahu Salim supaya bersiap2 dan berkumpul di kedai Razak pukul 8.00 pagi. Kemudian dia akan pura2 tergesa2 untuk memberitahu Razak dan Leman. Dengan itu, Salim tak akan mempunyai ruang untuk menanyakan tentang perilaku peliknya malam tadi. Hal yang sama akan dilakukannya di rumah Razak dan Leman nanti.
Rancangannya berjalan lancar. Salim, Razak dan Leman tak banyak tanya. Amran terus pulang ke rumah untuk mempersiapkan dirinya. Rancangan seterusnya terus berlegar2 dalam midanya. Dia akan ajak rakan2nya bersama2 mencari pekerjaan untuk menambah pendapatan. Sasarannya ialah untuk mencari peluang kerja kilang di kawasan perusahaan Dioh, Kuala Pilah.
Amran yakin cadangannya itu akan dipersetujui. Dia selalu membawa pengaruh besar dalam kumpulan mereka. Tambahan pula mereka sudah memiliki kenderaan. Setakat dari kampung ke Dioh, mereka hanya perlukan masa lebih kurang 15 minit sahaja jika berbasikal.
AMRAN : Mano Leman ni..?
SALIM : Kojap laie sampai la deh.
AMRAN : Pakai baju kemejo petak eh yg maghin tu agak eh.. kah3..!!
RAZAK : Hee..
Sedikit sebanyak Amran pelik juga dengan rakan2nya. Salim dan Razak seakan2 kurang berminat. Seolah2 ada sesuatu yang Amran tak tahu. Dia sengaja ungkit hal Leman dengan kemeja petaknya yang menjadi bahan ketawa mereka dahulu. Dia rasa hal itu masih kelakar walaupun sudah lama berlalu. Tetapi Salim seakan2 tak faham lawaknya. Razak pula hanya tersengih kecil. Amran mula terasa kurang senang. Apakah tindakannya yg seakan2 mendesak rakan2nya membuatkan Salim dan Razak merasa kecil hati? Walaupun dia sangat harap tindakannya tidak dipersoalkan, namun hati rakan2nya masih menjadi keutamaannya.
AMRAN : Apo hal eh ni? Ajak? Salim? Ado apo2 ko?
SALIM : Takdo apo2 la. Tunggu si Leman ni jap. Lambek lak deh ha..
Amran renung mata Salim. Tetapi Salim merenung tanah. Semasa bercakap pun dia renung tanah. Razak pula senyap sahaja. Amran alihkan pandangan penuh tanda tanyanya ke arah Razak pula. Untuk seketika, mereka bertiga langsung tak bersuara.
RAZAK : Cerito yo la Lim..
Amran merasa makin tak senang hati. Salim angkat muka sedikit. Amran tertunggu2 apa yang akan Salim katakan.
SALIM : Kito tunggu Leman dulu la.
RAZAK : Elok yo kalau cerito sementaro Leman bolum sampai ni.
Salim kembali senyap dan menikamkan pandangan ke arah tanah. Amran masih tertanya2 di dalam hatinya. Matanya berpindah2 dari Salim ke Razak berulang alik. Salim hanya melepaskan keluhan yang panjang.
AMRAN : Apo hal eh ni?
..... bersambung.
