PART 55 : DARI IHA

242 1 0
                                    


Amran belek sampul surat itu sehabis teliti. Dia nak pastikan surat itu benar2 ditujukan untuknya. Tulisan yg kemas di atas sampul itu memang namanya.

Kepada :
AHMAD AMRAN BIN ABDUL LATIF

Sejak sampul surat itu bertukar tangan dari Leman kepadanya, hati Amran diserang pelbagai perasaan yg dia sendiri tak dapat mengungkapkan. Untuk pertama kali dalam sejarah, Amran menerima surat dari gadis pujaannya itu. Pertama kali dalam sejarah juga, Pakcik Latif dan Makcik Kiah pulang ke rumah dari kebun getah lebih awal drpd Amran.

Sengaja Amran mengada2kan alasan untuk balik lewat. Dia ingin bersendirian di kebun getah seketika demi untuk menghayati surat kiriman Fariha itu.

Sudah hampir 20 minit berlalu begitu sahaja. Perasaan Amran bercampur baur membuatkannya gelisah. Amran memerlukan masa bertenang sebelum dia mampu menghadapi apa sahaja kemungkinan yg dibawakan oleh helaian kertas di dalam sampul itu. Kalaulah di kebun getahnya itu ada sungai, boleh juga dia memancing, fikirnya.

"Kupandungi kiri kananuwi.." bisik Amran kepada diri sendiri. Matanya liar memerhati sekitar. Takut2 ada mata lain memerhatikannya.

"Wal saqi baqi.. Tumpuk2.. Gotah sekerap!" bisiknya lagi. Di sengih sendiri meraikan lawaknya itu.

Dengan perlahan, Amran buka sampul surat kuning itu. Hatinya semakin berdebar2.. Dikeluarkan isinya. Dua helai kertas kajang dikeluarkan dan dipegangnya. Sampul surat berwarna kuning disimpannya semula ke dalam poket.

Dengan perlahan, lipatan kertas kajang itu dibukanya. Bayangan Fariha berlegar memenuhi ruang mindanya ketika itu.



**********


Bismillahirrahmanirrahim.
Ke hadapan sahabat yang sangat dihormati.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Iha harap Am sihat waafiat di bawah rahmat Allah dan sentiasa diberikan kekuatan dalam segala urusan Am.

Semalam lebih kurang pukul 5.30, Razak datang rumah Iha. Dia cari Am. Mula-mula rasa kelakar pulak dia cari Am kat rumah Iha. Tapi dia kata Am hilang dari tengah hari lagi. Dan kata dia lagi, Am mungkin merajuk sebab Iha akan ditunangkan dengan org lain.

Am tau tak, meletup hati Iha mendengarnya. Macam-macam perkara buruk terbayang dalam kepala Iha. Iha sedih, Iha risau. Iha takut kalau Iha jadi punca membawa musibah dalam hidup Am.

Nasib baik senja semalam Leman pula datang rumah. Dia kata Am ok. Baru senang hati Iha. Lagipun, dia kata Am lari bukan sebab Iha. Am gaduh sikit dengan Salim ye? Kelakar pulak rasanya. Dengan kawan baik sendiri pun boleh gaduh. Bertuah Nora ada abang yg prihatin dan sayangkan dia. Hehe.. Abang Long Sahak pun selalu jaga Iha baik2. Sama macam Am jaga Nora.

Tapi masa kecik2 dulu Iha lebih percayakan Am daripada Abang Long tu. Ingat tak ada sekali dulu, masa darjah berapa entah, ada org bagi surat kat Iha. Dia letak dalam beg. Mula2 Iha pikir nak bagitau Abang Long. Lepas tu, teringat Am. Jadi Iha bagitau Am saja.

Am ingat lagi ke tak? Am gaduh dengan org tu, tak ingat pulak nama dia. Lepas tu Am yg kena rotan dgn emak Am. Iha mintak maaf pasal hal tu.

Dia ada diam2 jumpa Iha kat sekolah. Dia mintak maaf sebab ejek Iha tak puasa. Tapi satu perkara yg Iha tak pasti sama ada Am dah tau ke belum. Bukan dia yg tulis surat dan letak dalam beg tu. Iha taknak bagitau Am sebab takut nanti Am gaduh lagi dengan org lain pulak.

Selama ni Iha tak pernah cakap, tapi biar kali ini Iha terus terang dengan Am. Sejak dari itu, Iha mula rasa perasaan yg pelik kat Am. Iha selalu mahu Am ada di sisi Iha. Mungkin perubahan hormon mendorong Iha berfikiran begitu. Namun, hakikatnya masa itu Iha masih tetap juga seorang kanak2. Maaf, mungkin Iha tak sepatutnya tulis tentang itu.

Biarlah.. Semua tu cerita lama. Hari ini kita masing2 sudahpun dewasa. Rasanya Leman ada beritahu Am yg Iha akan bertunang cuti sekolah nanti. Haji Murad akan bawa rombongannya sebelum hari majlis khatan cucu dia.

Mulanya, Iha sangat berat hati nak terima hakikat ini. Iha sedih, Am pun tahu. Setiap saat Iha fikir nak beritahu abah yg Iha tak setuju. Tapi Iha tak ada alasan. Iha tengok abah dgn Haji Murad pun makin rapat. Lagipun Abang Tapa memang kawan rapat Abang Long Sahak. Abang Long yg cadangkan kat Abang Tapa supaya masuk meminang Iha. Abah, emak, dan semua kakak Iha pun setuju sangat. Tapi mereka tak tahu Iha menangis sorang2 sebab Iha mengharapkan orang lain. Am tahu siapa, kan?

Iha tiada tempat mengadu. Iha keliru apa yg patut Iha buat. Perlu ke Iha kecewakan diri sendiri demi memuaskan orang lain? Iha pernah terfikir nak suruh Am masuk dulu melamar Iha sebelum Haji Murad datang dengan rombingannya. Tapi itu mungkin tindakan boddoh yg Iha sendiri tak sanggup bayangkan akibatnya. Sebab abah puj dah makin rapat dengan Haji Murad. Abah ada cerita, hari tu dia keluar minum dengan Haji Murad, tiba2 dengar azan Asar. Rupa2nya Am yg azan. Terus dia lantik Am jadi bilal. Tahniah! Bila abah cerita pasal tu, Iha harap juga kalau berlaku keajaiban. Manalah tahu, tiba2 dia berkenan dengan Am sebab dah jadi bilal. Tapi macam mustahil utk berlaku je.

Sejak timbul ura2 Haji Murad nak pinang Iha, mood Iha teruk sangat. Azi dan Ina pun perasan. Tapi Iha tak cerita apa2. Cikgu Nordin yg minta Iha tolong ajar kelas tambahan pun perasan. Mungkin dia ada beritahu isteri dia. Satu petang, Kak Zainab panggil Iha dan ajak Iha berbual di kantin. Iha cerita semua kat dia.

Kak Zainab dah 12 tahun kahwin dgn Cikgu Nordin. Atas pilihan keluarga. Sedangkan dia pun ada simpan hati pada org lain. Dia sekarang hidup bahagia dgn Cikgu Nordin dan kawan lama dia tu pun berbahagia dengan isterinya. Walaupun awalnya mereka melalui tempoh yg getir, terpaksa menuruti kehendak keluarga, namun akhirnya tetap baik dan sempurna.

Jodoh kita sudah ditetapkan sejak kita lahir lagi. Walau macam mana kita cuba lawan takdir pun, kita tetap lemah dan akan kalah. Kita berhak untuk memiliki cita2 dan kita berhak untuk berusaha ke arahnya. Tapi apa sahaja keputusan yg bakal kita capai, Allah sahaja yg menentukan.

Am faham tak apa yg Iha tulis ni? Ada kuasa yg melampaui kuasa kita dalam menentukan hala tuju kita. Kita takkan boleh lawan. Apa yg kita fikirkan baik, mungkin sebenarnya bukan terbaik untuk kita.

Iha sekarang tengah belajar untuk redha. Mintak maaf, Iha memang sengaja jauhkan diri dari Am. Iha perlu kosongkan hati Iha dari Am. Iha ada tanggungjawab yg akan Iha pikul untuk lelaki lain. Iha perlu cintakan dia, bukan Am. Harap Am faham.

Am kena cuba lupakan Iha. Dulu kita belajar dalam sekolah yg sama, malah dalam kelas yg sama. Kita cipta terlalu banyak kenangan. Bagi Iha, Am bukan sekadar sahabat. Am payung yg melindungi Iha. Am kertas tisu yg menyapu air mata Iha. Am penawar bila Iha sakit. Iha sangat bersyukur kerana Tuhan mempertemukan kita. Tapi kalau Dia takdirkan jodoh kita bukan bersama, kita perlu redha dan bersyukur juga. Tak mengapa kita menangis sehari dua, tapi kalau kita redha dengan takdir Ilahi, segala yg pahit akan manis jua akhirnya.

Akhir sekali, Iha mintak maaf kalau ada perkara yg tak sepatutnya Iha tulis di sini. Sepanjang persahabatan kita, banyak perkara yg Iha nak kongsikan dengan Am tapi tak berpeluang. Sebahagiannya Iha coretkan di sini. Ada perkara yg tak perlu diungkit, tapi Iha tetap ungkit juga. Sebab mungkin takkan ada peluang lain lagi. Iha tak pernah beritahu Am tentang perasaan Iha terhadap Am. Dan Iha sedar, kalaupun Iha beritahu sekarang, semuanya tak bermakna lagi. Namun, bagi Iha perasaan itu sangat berharga dan menjadi sia-sia kalau Iha cuma pendamkan sorang2. Tak kisah lah kalaupun akhirnya kita terpaksa juga lupakannya.

Semoga Am dipertemukan dengan gadis solehah yg lebih baik daripada Iha. Dan semoga Am berjaya mengejar seterusnya mencapai cita2 Am.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Ikhlas,
eihasaid
NUR FARIHA BINTI MOHD SAID



##########


Amran lipat semula kertas kajang itu dan masukkan ke dalam sampulnya. Dia cuba senyum, berjaya. Dia tak terasa sedih atau sakit hati. Dia tertanya2 sendiri, inikah yg dikatakan redha dengan ketentuan Ilahi?

Amran kucup sampul surat itu sebelum menyimpannya di dalam poket seluar menorehnya. Sambil senyum sendirian, dia melangkah pulang.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now