PART 71 : JUMPA LAGI

158 2 0
                                    


MUNGKIN memang jodoh mereka, sebaik Amran melintasi tangga masjid, Pakcik Alias menegurnya. Terpancar kegembiraan di wajah orang tua itu bila melihat Amran. Begitu juga dengan Amran. Terus sahaja mereka bersesi perkenalan ringkas. Amran perkenalkan rakan2nya kepada Pakcik Alias satu demi satu. Kembang hati mereka berempat bila Pakcik Alias puji mereka sebagai anak-anak muda yang suka mengimarahkan masjid. Kekembangan itu turut dizahirkan melalui hidung.

PAKCIK ALIAS : Acik kono masuk dulu ni. Nak obang. Kojap laie masuk waktu.
LEMAN : Acik bilal kek sini ko?
PAKCIK ALIAS : Aah..
RAZAK : La.. samo la dgn jawatan Amran nia cik. Kek kampung dio la bilal..
PAKCIK ALIAS : Humang.. mudo2 dah jadi bilal. Tera ekau jang..
AMRAN : Takdo la cik.. Ado bilal boto eh. Tapi dio sibuk sikit. Ese cumo ganti2 dio yo kengkadang. Hehe..
RAZAK : Kut acik nak sughuh dio ganti acik utk obang Zohor ni buleh yo. Osah sodap eh sogho dio ni. Macam Ramlah Ram.. Tak cayo, cubo acik try sughuh dio obang..
AMRAN : Woih.. ekau ni memandai yo Jak!

Berderai ketawa mereka. Hinggakan Pakcik Alias terpaksa tegur mengingatkan mereka sedang berada di masjid. Barulah mereka tarik brek kecemasan ketawa mereka. Beberapa orang jemaah masjid menjeling ke arah mereka. Disebabkan termalu dengan insiden ketawa terbahak2 itu, Amran terpaksa terima pelawaan Pakcik Alias untuk melaungkan azan Zohor, demi utk cover malu. Memandangkan sudah terlalu hampir masuk waktu, maka Pakcik Alias terus bawa Amran ke ruang azan manakala rakan2nya yang lain ke tempat wuduk.

Darah Amran sedikit sebanyak menyerbu mukanya. Manakan tidak, pertama kali dalam hidupnya pegang mikrofon. Dia terbayangkan suaranya nanti akan memecah ruang udara sekitar pekan Seri Menanti melalui corong2 pembesar suara. Amran telan liur. Macam mana nanti kalau pitching dia lari, atau nafasnya tersekat? Atau mungkin tekaknya tiba2 terasa gatal dan terbatuk. Atau dia terlupa lafaz azan disebabkan gemuruh. Amran diserang ragu2 yang dahsyat. Dia telan liur lagi.

Amran berpaling ke belakang. Melihat Pakcik Alias. Pakcik Alias turut memandangnya. Di sebelah Pakcik Alias duduk seorang lelaki tua yang berjubah dan berselendang kain jubah di bahunya. Imam barangkali.

PAKCIK ALIAS : Obang la copek. Masuk waktu dah ni..
AMRAN : Ese tak ponah obang pakai mekropon ni cik. Tak berani la.
PAKCIK ALIAS : Ala.. apo nak ditakut an. Samo yo..
AMRAN : Acik yo la obang. Se boto2 tak ponah obang pakai mekropon ni doh.
PAK IMAM : Bondo yang tak ponah dibuek, selagi tak dibuek takkan jadi ponah deh doh..
PAKCIK ALIAS : Haa.. donga cakap imam tu.

Amran terdiam. Dia tiada hujah untuk menafikan kata2 Pak Imam. Dengan meneguk air liur lagi dua kali, Amran pun mula melaungkan azan. Segalanya berjalan dengan lancar. Lebih baik daripada yang dibayangkan olehnya. Selesai melaungkan azan, Amran lihat Pakcik Alias dan Pak Imam tersenyum-senyum seolah memuji laungan azannya. Amran membalasnya dengan senyuman juga.

PAK IMAM : Tu deh.. tu bolum ambik air semayang laie tu. Kut dah ambik air semayang, tontu laie sodap ekau obang, jang.. Haha..

Amran sengih sahaja sambil meminta diri untuk pergi berwuduk. Dilihatnya rakan2nya yang lain sudahpun duduk di satu sudut di dalam masjid. Leman mengangkat ibu jarinya sebagai pujian untuk Amran.

Lepas solat, Amran, Leman dan Salim duduk di tangga sementara Razak memeriksa ikan mereka. Mereka tidak terus beredar pulang ke kampung. Mereka tunggu Pakcik Alias yang sedang bersolat sunat sebentar. Bagi Amran pula, bukan itu sahaja yang dia tunggu. Sedikit sebanyak dia berharap ada seorang gadis datang ke masjid untuk mencari ayahnya.

SALIM : Am.. den tak tau la perasaan den ajo ko agak eh. Maso salam mo Acik Iyeh tadi, kan main kuek dio gonggam tangan den. Dah tu pulak lamo kemain, macam taknak lopeh. Muko eh den tengok lain macam yo.
AMRAN : Ooo.. den lupo koba kek kau agak eh. Namo arwah anak eh Salim jugak. Dio teringek kek arwah tu la gek eh bilo den kona an kau.
LEMAN : Ooo.. ghupo cam kau, tapi namo eh Salim.

Tak lama kemudian, Pakcik Alias menyertai mereka. Dia beriringan dengan Pak Imam dari dalam ruang sembahyang masjid ke tepi tangga di mana belia berempat itu duduk2. Pak Imam sekadar bersalaman dengan mereka sebelum terus beredar.

AMRAN : Ese polik sikit ni cik.. Ondak lak imam tu biar ese obang tadi. Tetibo yo ado org luar nak obang, tak kisah lak deh doh yo..
PAKCIK ALIAS : Acik yg cadang an kek dio tadi. Dio tu mo acik ghapek amek. Nyarih2 nak jadi besan. Tapi takdo jodoh. Arwah anak acik, Salim betunang mo anak imam.
RAZAK : La.. Salim namo eh? Samo la mo kawan kito nia ha..

Bukan main terkejut Razak bila mendapat tahu nama arwah anak Pakcik Alias. Amran, Leman dan Salim pula terkejut melihatkan Razak yg terkejut.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now