Perilakunya yang pelik di surau tadi mungkin menjadi tanda tanya rakan2nya. Amran boleh merasakannya. Sebaik memutuskan bahawa mereka akan ke Bahau esoknya, dia terus dengan tergesa2 berjalan pulang ke rumah meninggalkan rakan2nya dengan langkah besar dan laju tanpa menoleh ke belakang lagi.
Namun Amran tak peduli. Biarlah mereka nak kata apa pun. Sebaik sampai di rumah, Amran terus terbaring. Dengan sebiji bantal lembik tak bersarung mengalas kepalanya, lengan kanannya melekap di dahi sambil tapak tangan kirinya di atas perut kurusnya, Amran mula melayan fikirannya yang kusut.
Dia harap Leman, Razak dan Salim tidak akan mempersoalkan tindakan peliknya tadi kerana dia tak sanggup nak memikirkan alasan yang wajar untuk menjawab soalan itu. Dia hanya harap projek KFC yang mereka rancangkan dan usahakan sejak beberapa minggu ini membuahkan hasil. Seterusnya, Amran mula berkira2 hendak berhijrah meninggalkan kampung. Dia perlu mencari pekerjaan yang baik, yang tak akan dia dapat selagi dia masih membatu di kampung.
Kepalanya ligat mengenangkan rakan2 sekolahnya dahulu. Ke mana hala mereka? Satu demi satu bayangan rakan2 sekolahnya menjelma. Tapi tak banyak yang Amran tahu perkembangan mereka. Beberapa orang masuk askar dan polis. Ada juga yang bekerja kilang. Tak kurang juga yang masih membatu di kampung sepertinya.
Amran alihkan pula lamunannya kepada projek esok. Dia tersedar cadangannya supaya laksanakan projek KFC mereka itu agak tergesa2. Mereka tak sempat bincang pun pukul berapa hendak bergerak dari kampung. Hendak berkumpul di mana. Apa tema pakaian yang hendak dipakai.
AMRAN : Omak.. esok Ombung cuti motong yo.
MAKCIK KIAH : Apo lak?
AMRAN : Ado hal sikit.
MAKCIK KIAH: Apo yo hal kau ni? Tolong2 la sikit. Lopeh motong kau nak ke mano kau poi lah..!
AMRAN: Dah janji mo Salim, Ajak mo Leman mak. Esok yo cuti saghi. Saghi yo..
MAKCIK KIAH: Jangan buek tak tontu arah..
AMRAN: Iyo la mak..
Amran kenal ibunya. Jika disebut nama Salim, Razak dan Leman, hatinya akan segera lembut. Amran dapat bayangkan ibunya tentu akan merestui hubungan Salim dan Nora. Cuma memandangkan Nora masih bersekolah, hal itu masih perlu dirahsiakan.
Amran kembali ke perbaringannya. Lamunannya terarah ke rancangannya untuk esok hari. Pagi2 dia akan ke rumah Salim untuk memberikan maklumat lanjut akan rancangannya. Kemudian dia akan ambil basikan dari Salim dan bergegas pula ke rumah Razak dan Leman. Dijangkanya mereka boleh mula bertolak ke Bahau selewat2nya pukul 8.30 pagi.
Segala lamunan itu akhirnya membawa Amran ke alam mimpi. Hinggakan Makcik Kiah merasa hairan melihat anak terunanya tidur sebegitu awal.
![](https://img.wattpad.com/cover/190964024-288-kabc884.jpg)