Bulan puasa, Pakcik Latif tidak membekalkan anak2nya dengan duit belanja sekolah. Malah, ketika Nora yg belajar dalam tingkatan satu dijadualkan tidak berpuasa pun dia tidak diberi duit belanja juga. Balik rumah nanti baru makan, itu arahan Pakcik Latif.
Awalnya Amran tak kisah. Memang tiada apa keperluan pun baginya membawa wang ke sekolah. Tetapi sebermula minggu ke dua puasa, Pakcik Hashim yg merupakan pengusaha kantin sekolah mula membuka kaunter jualan kad raya di kantin. Memang setiap tahun dia berbuat demikian. Namun tak pernah pun kaunter kad raya itu menarik minat Amran.
Tahun ini berbeza keadaannya. Setiap kali waktu rehat, Amran akan ke kantin untuk membelek2 kad raya yang berlambakan di atas meja. Kelakuan pelik Amran itu menarik perhatian Razak, Salim dan Leman.
Amran sanggup berasak2 bersama pelajar2 lain walaupun dia tahu, dalam poketnya tiada walau sesen pun. Ada seseorang yg sangat dia teringin untuk kirimkan kad raya.
Satu demi satu dibeleknya. Paling murah 5 sen, hanya sekeping kad kecil dua muka. Muka depan ada pelbagai gambar, muka belakang ada sedikit kata2 indah dan sedikit ruang untuk menulis.
Amran lihat ramai yg membeli kad begitu. Ramai juga yg membeli kad lebih besar berharga 10sen. Makin besar kad, makin mahal harganya, dan makin kurang stok.
Kad yg sering menarik perhatian Amran adalah sekeping kad raya yg sangat besar. Ada gambar dua kuntum bunga mawar merah di atas meja, di sisinya dua anyaman ketupat.
Latar belakangnya gelap. Anyaman ketupat dan bunga mawar itu hanya dilimpahi cahaya malap dari sebuah pelita. Di bahagian atas, terpapar tulisan berwarna emas, SALAM AIDILFITRI BUAT YANG TERISTIMEWA.
Tiada siapa membelek kad yang dibalut dengan plastik itu. Di atas plastik sudah tertera harganya, $2.20. Pasti jauh dari kemampuan pelajar2 sekolah.
Tiap2 hari Amran cuma dapat melihat kad itu dari jauh. Ingin sekali dia menyentuhnya. Ingin sangat dia lihat gambar bunga mawar merah itu dekat2. Terlalu ingin di buka dan baca kata2 ucapan yg tertulis di dalamnya. Tapi dia segan. Sedangkan untuk membeli kad berharga 10sen pun dia tak mampu, jauh sekali kad berharga $2.20 itu. Dia cuma mampu berangan untuk mengirimkan kad raya yang besar itu untuk Fariha.
PAKCIK HASHIM : Jang.. dah tigo ompek aghi acik tengok kau belek2 kad ghayo kek sini. Tapi tak boli pun..
Masa itu pelanggan tak berapa ramai. Jadi Amran dapat memastikan bahawa teguran Pakcik Hashim itu ditujukan kepadanya.
AMRAN : Takdo apo2, cik.. Sajo tengok2.. Kut tak buleh, ese mintak maap yo la..
PAKCIK HASHIM : Kau bokonan yg nia kan?
Pakcik Hashim menghulurkan kad raya besar bergambar bunga mawar merah itu. Amran sedikit terkejut dan malu kerana terkantoi begitu.
AMRAN : Eh.. takdo la. Mahal tu. Tak mampu ese doh..
PAKCIK HASHIM : Dah la kau, jang. Acik nampak. Tangan kau pogang kad kocik. Tapi mato kau asik joling kek kad ni yo. Nak tengok, tengok la dulu. Tak boli pun takpo. Apo la yg kau nak sogan an?
Pakcik Hashim masih menghulur kad raya yg besar itu kepada Amran. Amran telan liur sambil menyambutnya. Dibukanya perlahan2. Dia hendak baca kata2 ucapan di dalamnya.
Malangnya, kad yg berbalut plastik itu disertakan sekali dengan sampul surat dan sampul itu terselit di dalam kad dan menutup bahagian yg tertulisnya kata2 ucapan. Plastik pembalut perlu dibuka dahulu barulah sampul surat itu boleh dikeluarkan dan seterusnya kata2 ucapan yg tertulis boleh dibaca.
Amran hampa. Kad itu ditutupnya kembali. Yang boleh dibelek oleh Amran hanyalah muka depan kad yang cantik itu sahaja. Setelah puas berangan memberikan kad yg secantik itu kepada Fariha, Amran hulurkan semula kepada Pakcik Hashim.
PAKCIK HASHIM : Nak boli tak?
AMRAN : Murah sikit buleh tak, cik?
PAKCIK HASHIM : Duo inggit la. Nak?
AMRAN : Hmm.. Nanti2 la. Tak bawak duit aghi ni..
Hanya itu alasan yg mampu Amran beri. Memang benar Amran tak bawa duit. Tapi bukan hari itu sahaja. Tiap2 hari dia tak bawa duit.
***
Esoknya Amran tidak lagi menempel di kaunter kad raya Pakcik Hashim di kantin. Dia jadi segan kerana tindak tanduknya diperhatikan oleh Pakcik Hashim malah mungkin oleh orang lain juga. Sedangkan dia takkan mampu untuk membeli kad raya idamannya itu. Dia anggap kad itu bukan rezkinya.
Sangkaan Amran bahawa tindak tanduknya semasa rehat yg selalu menghabiskan masa di kantin membelek2 kad raya turut menjadi perhatian orang lain selain Pakcik Hashim berasas. Untuk pertama kali sejak beberapa hari, Amran berehat bersama rakan2nya pada waktu rehat, dan bukan berada di kantin membelek kad2 raya.
"Kau tak poi kantin lak aghi ni..?" tanya Razak. Amran terkedu. Tak tahu apa hendak dijawabnya.
"Selalu kau belek2 kad ghayo kek kantin tu. Dah boli ko?" tanya Salim pula tanpa menunggu soalan Razak dijawab. Amran tak sangka rakan2nya itu memerhatikannya.
Manakan tidak. Mereka belajar dalam kelas yg sama. Setiap hari mereka keluar rehat bersama. Cuma untuk beberapa hari ini Amran sering meninggalkan rakan2nya dan berhimpit2 di kaunter kad raya. Razak dan yg lain2 tak berminat menyertainya.
"Den caghi kad ghayo nak bagi kek omak den.." jawab Amran akhirnya dengan sehabis tenang. Dia terpaksa memberi jawapan yg tidak jujur demi menyembunyikan perkara sebenarnya. Tak mungkin dia beritahu rakan2nya itu bahawa dia sedang memncari kad raya untuk Fariha kerana sangat merindui sahabatnya yg sudah berpindah sekolah itu.
"Ooh.. den ingat kau nak caghik utk Iha.." kata Salim.
"Apo hal pulak Iha?" tanya Leman. Dia pelik kerana nama sepupunya disebut tiba2.
"Ontah eh.. Tetibo lak Iha.." balas Amran dengan segera. Dia perlu jauhkan perhatian semua org daripada gosip kad raya untuk Fariha itu.
"Apo kau tak ajak? Den ghaso macam best lak kalau bagi kad ghayo kek omak ni.. Tak ponah2 den topikir nak buek camni doh.." kata Razak.
"Tu la. Lagi best, bagi kek abah sekali. Yo tak?" kata Salim pula.
"Dah tu, kau dah boli lom kad utk omak kau tu?" tanya Leman.
Sedikit sebanyak, Amran rasa terperangkap dalam sandiwaranya sendiri. Tak pasal2 rakan2nya berminat untuk sama2 mencari kad raya.
"Lom boli laie. Takdo duit.." jawab Amran.
"Den ado limo pusen ni. Kut kau nak pinjam dulu buleh yo.." kata Leman.
"Abih, kau tak nak boli utk omak kau?" tanya Salim kepada Leman.
"Den ado simpan duit dlm tabung kek ghumah. Minggu dopan den bawak la, buleh boli.." jawab Leman.
"Kalau ekau mo Ajak nak pinjam jugak pun buleh.." sambungnya. Leman sebagai ahli baru dalam kumpulan Amran perlu menggunakan kelebihan yg dimilikinya iaitu dari segi kewangan untuk memenangi hati rakan2nya.
"Leman, Leman.. Den tanyo kau, duit tu mano kau dapek?" tanya Amran.
"Duit den la.. Abah den bagi duit belanjo sekolah. Den simpan sikit2.." jawab Leman.
"Tu la deh masalah eh.. Ekau guno duit abah kau utk boli kad ghayo nak bagi omak abah kau.. Macam tak kono yo.." kata Amran. Leman berfikir sejenak. Begitu juga dengan Razak dan Salim.
"Habih tu, mano nak dapek an duit?" tanya Razak.
"Kito kono la bincang.." jawab Amran.
"Ikut an den, bukan takek kad ghayo yo.. Den nak hadiah an abah den songkok baghu. Untuk omak den, den nak boghi tudung baghu untuk pakai ghayo.." tiba2 idea Amran mencurah2. Dia tak pasti sama ada idea itu realistik atau tidak. Namun yg paling penting, dia perlu larikan perhatian rakan2nya daripada kaitan Fariha dalam isu itu sejauh2nya.
"Humangai.. Bosa modal eh tu, Am.. Mano nak caghik..?" tanya Razak.
"Haghi ni den tak poi kantin sobab nak bincang mo kau pasal hal ni la.." jawab Amran. Ternyata muslihatnya menjadi.