Part 157 : SURAT

127 0 0
                                    


Amran menghentikan van di bahu jalan. Tanpa membuang masa, Amran dan Salim keluar dari van. Dalam kepala mereka tak henti2 tertanya2. Apakah yg membawa Razak dan Leman datang mencari mereka? Razak dan Leman yg sudah terlajak segera berpatah balik utk mendapatkan Amran dan Salim.

AMRAN: Apo masalah eh ni, Jak?

RAZAK: Ado berito baik dan berito buruk.

SALIM: Berito apo?

AMRAN: Ontah eh.. Sampai takleh tunggu, cerito kek stor lak.

LEMAN: Apo pun, moh kito duduk dulu kek tompek yg seleso sikit.

SALIM: Duduk mano?

RAZAK: Kito poi Senanti. Lepak2 kek tasik topi istano tu best jugak.

AMRAN: Alaa.. Apo yg rahsio bona ni. Cerito kek sini yo la. Tak pun kek stor.

SALIM: Aah.. Ni stor tak bukak ni. Kang kut ado org nak hantar gotah.

LEMAN: Lantak la deh. Hal ni lagi ponting. Kut stor tak bukak kang, pandai2 la masing2 bawak balik ke rumah.

AMRAN: Ish.. Ekau ni.. Apo bondo yg ponting bona sampai sanggup menyusah an org kampung ni?

RAZAK: Ni den nak cerito la ni. Tapi tak seleso kek sini.

LEMAN: Aah.. Kalau kek stor, lagi la tak sesuai. Bahayo..

Amran dan Salim semakin keliru. Mereka cuma dapat merasakan hal yg ingin diberitahu oleh Razak dan Leman nanti berkaitan dengan ketakhadiran Leman ke stor pagi tadi.

Razak dan Leman sudah malas mengayuh. Maka basikal disumbatkan ke dalam ruang belakang van. Leman dan Razak sekadar dapat duduk bersila beralaskan kertas surat khabar di celah antara dua tong getah yg kosong.

Amran tidak mahu tanya apa2 lagi. Kalau ditanya pun, Leman dan Razak bukan mahu jawab. Salim juga senyap sepanjang perjalanan ke Seri Menanti. Tidak dapat dia meneka apakah yg dirahsiakan oleh Razak dan Leman. Sementara Razak dan Leman rancak berbisik2 di ruang belakang van. Tentu mereka merangka ayat paling sesuai utk menyampaikan rahsia mereka kepada Salim dan Amran.

Mereka duduk di atas rumput berbumbungkan rendang daun buluh. Di hadapan mereka terbentang tasik yg menghijau. Amran tidak mahu meneka berita yg dibawa oleh Razak dan Leman. Tapi, dia tahu berita itu sangat penting hinggakan mereka sanggup berbasikal untuk memintas van getah yg dinaiki Amran dan Salim.

AMRAN: Hah.. Cerito la..

RAZAK: Ok.. Mulo2 kau kono sonyum. Hehe..

SALIM: Ah.. Macam2 la kau Lim. Den taknak sonyum. Den nak buek muko kotat jugak. Baik kau cakap copek.

RAZAK: Haha.. Yo la.. Yo la..

LEMAN: Takpo.. Dah bagitau kang, kompom kau sonyum.

Leman mengeluarkan empat sampul surat dari poketnya. Melihatkan sampul putih itu, Amran sudah dapat mengagak isinya. Benar sepaerti kata Leman, secara otomatik senyuman penuh teruja terukir di bibir masing2. Cepat2 Amran dan Salim menyambar surat itu dari tangan Leman. Mereka memilih2 yg mana satu surat milik mereka.

RAZAK: Hahaha.. Macam dah tau yo isi sughat tu. Ambik yo yg mano satu pun. Isi eh sumo samo. Den dah bukak sumo eh..

SALIM: Woi.. Mano buleh. Baco surat org.

Amran tidak mempedulikan rakan2nya yg lain. Dia sibuk membaca sebaris demi sebaris surat yg tertera kepala surat KFC itu. Dia tidak dapat mengawal otot2 di bibirnya. Sengihannya terlalu panjang. Namun, isi surat itu sedikit tersasar daripada jangkaannya.

AMRAN: Ni bukan surat lantikan kojo kan?

RAZAK: Aah.. Tapi kito diterimo la maksud eh tu.

LEMAN: Tu la.. Den pun ingat dapek surat, buleh toruih masuk kojo. Tapi kono poi kursus dulu ghupo eh.

SALIM: Boto ko ni..? Kursus kek Kolumpo?

RAZAK: Camtu la yg den paham. Tigo minggu woi.. Lamo tu.

LEMAN: Kut nak poi, kono isi borang kek bawah tu. Pos balik kek dio.

RAZAK: Den tak kisah kursus ni. Bangaang2 kito ni dapek la jugak masuk asrama. Keh3..

AMRAN: Hahaha..

SALIM: Asalkan kito samo2, poi mano pun tak kisah.

Mereka mula merancang tindakan selanjutnya. Sembang mereka sudah melangkau ke tarikh seminggu dari sekarang, di mana mereka melapor diri di tempat kursus sebelum boleh memulakan kerjaya di restoran KFC.

AMRAN: Tapi kan.. Kalau pasal surat ni, buleh yo kau bagi maso kek stor. Tak yah la berkojar ke sini.

SALIM: Boto jugak tu.

LEMAN: Ado hal lain ni. Mintak kau bertonang dulu.

RAZAK: Simpan dulu surat masing2..

Riak muka Leman dan Razak bertukar serius. Amran dan Salim semakin cuak. Entah kenapa, Amran rasakan degupan jantungnya tiba2 menjadi pantas. Seolah2 berita yg dibawa oleh Leman dan Razak berkaitan dengannya.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now