PART 95 : LEMAN YANG BERTUAH

180 1 0
                                    


Ternyata jangkaan Amran meleset. Bukan hal kelas menunggang basikal yang ingin ditekankan oleh Leman. Tetapi hal Amran memperkenalkannya dengan Pakcik Alias, bilal Masjid Diraja Seri Menanti yang dikenalinya secara tak dirancang beberapa hari yang lalu.

LEMAN : Den serius ni Am. Kau jangan cerito kek sesapo. Kut kau ado ilmu bercakap dgn ikan pun den harap bona kau jangan cakap walaupun kek ikan semilang lam baldi ni..

AMRAN : Osah serius eh kau ni Man. Kok rahsio bona, tak payah la cerito kek den pun.

LEMAN : Mulo eh den pun pikir camtu. Tapi den ghaso kau patut tau.

AMRAN : Yo lah.. den janji.

LEMAN : Orang lain pun akan tau jugak. Tapi bolum sampai maso eh laie..

AMRAN : Cerito la dogheh.

Dengan malas, Amran tadahkan jua telinganya untuk mendengar rahsia Leman. Akalnya tak dapat mengagak apa yang menariknya perkenalan Leman dengan Pakcik Alias hinggakan rakannya itu perlu sangat berterima kasih kepadanya. Namun, moral Amran sedikit demi sedikit berubah. Semakin banyak Leman bercerita, Amran semakin mengerti.

Rupanya, selepas mengamuk dan menghamun Abang Tapa semalam, Leman membawa hati yang merajuk ke Seri Menanti dengan menunggang basikal Fariha bersendirian. Itu pun sebab dia teringat Amran pernah berbuat sebegitu. Masih lagi berinsiprasikan Amran, Leman menghalakan tujuan kayuhannya ke sungai. Namun dia tidak memancing. Sekadar duduk di atas jambatan melihat keindahan ciptaan Tuhan. Hatinya yang kusut kembali tenang.

Waktu masih awal. Dia tak mahu terus balik ke kampung. Dia hendak habiskan masa di Seri Menanti untuk beberapa jam lagi. Awalnya dia berkira2 untuk beriktikaf di masjid. Namun memandangkan masih terlalu awal hendak menunggu masuk waktu Zohor, rancangan itu tidak dilaksanakannya. Tambahan pula, ada tempat lain yang lebih menarik hatinya untuk dikunjungi.

Leman duduk di atas tempat duduk basikal. Namun kakinya masih belum sedia mengayuh. Hatinya berbelah bagi. Hati itu sangat ingin bertamu ke rumah Pakcik Alias. Tetapi pada masa yang sama, hati itu juga sangat segan dan gementar. Kalaulah ada rakan2nya yang lain ketika itu, tentu lebih mudah dia hendak membuat keputusan dan melaksanakan tindakan. Leman turun semula dan menongkat basikal lalu duduk semula di atas jambatan, memerhatikan air sungai yang tak berapa jernih.

Selepas berkali2 naik dan turun basikal, akhirnya Leman berjaya juga menguatkan hati untuk mengayuh. Begitupun, sepanjang perjalanan ke rumah Pakcik Alias, ada sahaja bisikan dari hatinya sendiri yang cuba memujuknya supaya mengubah fikiran. Dengan hati yang berbolak balik, Leman sampai jua ke halaman rumah Pakcik Alias.

Kebetulan Pakcik Alias ada di atas pangkin di bawah rumah, sedang duduk2 melepas lelah. Melihat pada pakaiannya, ternyata Pakcik Alias baru pulang dari menoreh getah. Tak sempat Leman menegur, Pakcik Alias terlebih dahulu perasankannya dan terus memanggil Leman duduk menyertainya di pangkin bawah rumah. Riak Pakcik Alias menunjukkan kegembiraannya menyambut tetamu yang tak diduga.

"Sensorang yo ko? Mano lelain?" terpacul soalan pertama dari Pakcik Alias. Leman gelabah. Dia memang tak bersedia dengan sebarang soalan jangkaan dari Pakcik Alias. Yang dia tahu, dia hendak sangat mengunjungi rumah Pakcik Alias, namun sedikit pun dia tak merangka jawapan untuk soalan yang kemungkinan ditimbulkan. Sedangkan soalan Pakcik Alias ini pula bukanlah susah nak dijangka. Selama ini dia berempat bersama Amran, Razak dan Salim. Tetapi hari ini dia sendirian. Sudah tentulah Pakcik Alias akan menanyakan rakan2nya yang lain.

LEMAN : Takdo apo la cik.. Sajo yo datang sensorang ni.

PAKCIK ALIAS : Uih.. takkan la merayau jauh2 sensorang. Bia boto kau ni..

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now