PART 7 : ANCAMAN MASA DEPAN

2.4K 7 0
                                    


mesyuarat ringkas itu membuahkan pelbagai cambahan idea terutamanya dari Razak. ternyata Razak paling bersemangat. ternyata idea2 Razak agak bernas sedangkan Amran hanya sekadar menokok tambah idea Razak sahaja tanpa menimbulkan idea baru.

kalau separuh daripada idea2 yg mereka bincangkan itu berjaya dilaksanakan, itu sudah cukup untuk membawa mereka ke Bahau dan seterusnya ke Restoran KFC.

mesyuarat ringkas yang bermula pukul 10.30 pagi itu ditangguhkan pukul tiga petang. selepas perut masing2 berbunyi minta diisi.

lain pula yg bermain dalam fikiran Amran. ada sesuatu yg lebih penting perlu diselesaikannya. peningkatan populariti Razak yang mendadak sangat mengganggu emosinya.

setelah semua ahli mesyuarat bersurai, segera Amran mendapatkan Leman. Amran tepuk bahu Leman dari belakang lalu merapatkan badannya dengan Leman supaya dia tak perlu bercakap kuat untuk menyampaikan apa yg hendak dicakapkannya ketika itu. cukup sekadar berbisik sahaja.

"Man.. er..." lidah Amran tiba2 kelu.

"apo?"

"aaa..."

"apo kau nak cakap ni? nak pinjam duit ko?"

"bukan.. aaa... alaa..."

"po bondo eh? kau nak cakap ko tak?"

"aaa... kirim salam kek Iha.." akhirnya barulah Amran dapat meluahkan suatu yg bermakna.

"tu yo? huh.. macam la ni kali petamo kau kirim salam kek dio. boghek amek lak nak bukak mulut.." pelik Leman melihatkan kelakuan Amran.

Amran juga kusut tak tahu bagaimana nak terangkan kepada Leman. sebenarnya dia risau populariti Razak yang tiba-tiba menjulang membuatkan Fariha berubah hati. tapi bila dia tersedar bahawa Fariha bukan ada apa2 hubungan dengan dia pun, terus dia kelu. takut diketawakan Leman pula.

"woi.. kalau takdo apo kau nak cakap, jauh2 sikit. baju kau tu bau lantun. berjangkit lak kek den kang.." Leman mula rimas dgn kepelikan perilaku Amran.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now