PART 168 : GEMBIRA ATAS DUKA

137 0 0
                                    


Abg Tapa sudah nekad dgn keputusannya utk tidak pulang ke kampung malam ini. Malah mungkin akan terlanjut juga untuk beberapa malam. Haji Murad sudahpun dimaklumkan tentang hal itu.

Desas desus tentang pemutusan pertunangan Abg Tapa dgn Fariha cuba didiamkan oleh org2 berkepentingan selama ini. Selagi ada jalan, rundingan masih diteruskan. Sebab itu ibu dan ayah Leman turut dijemput berunding. Namun, hasil rundingan semuanya dirahsiakan. Masing2 tahu, hal itu bakal mengundang persepsi negatif orang kampung.

AMRAN: Kalau abg menyuruk, taknak balik kampung pun, lagi la org cakap macam2 nanti.
ABG TAPA: Boto tu.. Tapi abg kono ambik maso nak muhasabah diri jugak.
SALIM: Ado apo2 tak yg buleh dibantu?
ABG TAPA: Takdo apo lah ai.. Abg ok yo. Dah lamo dah abg pikir bondo ni.
RAZAK: Iha tau tak ni?
LEMAN: Yo tak yo jugak tu kan.. Camno nak bagitau Iha?
ABG TAPA: Abg terpikir jugak nak poi maktab eh potang ni. Sompek ni. Malam kang balik sini. Kut dari sini, buleh lalu hiway. Kau ikut abg, buleh Man?
LEMAN: Erk.. Kono ko?
AMRAN: Boto jugak tu Man.. Ekau kan sepupu.
LEMAN: Ekau la poi, Am. Ekau kan .....
ABG TAPA: Apo Amran lak. Baik ekau Man. Takdo la Iha tu malu nanti. Tapi, abg cumo mintak tolong yo ni. Kut tak dapek, takpo la. Abg poi sensorang. Bukan apo, abg takut Iha tu kang, kut melalak deh.. Buleh la kau tolong pujuk.
SALIM: Iyo tu.. Elok kau ikut, Man. Kang den koba la kek omak kau.
RAZAK: Boto tu. Takkan Am pulak nak poi. Tak balik jawab eh kito yg lelain ni kang, takdo drebar.
AMRAN: Esok den datang la sini, ambik kau.

Leman akhirnya akur. Berkali2 Abg Tapa berterima kasih kpd Amran dan rakan2 kerana menjadi tempatnya meluahkan perasaan. Terasa ringan sedikit bebanan yg menimpa bahunya. Tentang hal Fariha, kalau dia tidak memaklumkan gadis itu pun, Fariha tetap akan tahu juga suatu hari nanti. Mungkin boleh diutuskan surat. Namun, Abg Tapa sanggup bersusah payah demi mempercepatkan pelepasan beban dari bahunya.

Amran, Salim dan Razak beransur pulang ke kampung. Sudah pukul lima suku petang. Mereka tidak boleh lewat lagi. Amran tidak biasa memandu dalam gelap. Tambahan pula, mereka perlu melalui lereng bukit di Bukit Putus yg bengkang bengkok.

RAZAK: Toruih balik kampung ko ni?
AMRAN: Habih tu, nak ke mano?
RAZAK: Singgah Ulu Bondul jom.
SALIM: Ala.. Dah sampai Somban ni. Baik poi PD, mandi laut.
AMRAN: Sesuko hati kau buek plan. Kito kono lopeh Bukit Putuih sebolum golap. Kut tak kang, kut tojun gaung.
RAZAK: Ish.. Ekau jgn cakap bukan2 Am..
SALIM: Ulu Bondul yo la.. Dah lopeh Bukit Putuih..
AMRAN: Takyah lah ai.. Puko berapo dah ni.
SALIM: Ala.. Bukan singgah mandi2. Singgah semayang Asar yo..
AMRAN: Singgah semayang takpo. Kut nak mandi2 tak sompek doh.
RAZAK: Kalau tak pun, kito poi Melako la.. Nak?
SALIM: Hahahahaa.. Cantik jugak tu.
RAZAK: Tu la.. Kalau ke Melako, biar golap, biar hujan, biar gompo bumi pun, mesti sanggup punyo.
SALIM: Hhahahahahaaa..

Amran cuba utk tidak melayan Razak dan Salim. Namun, dia tidak mampu mengawal otot2 mukanya daripada menguntumkan sengihan yg panjang.

AMRAN: Ekau ni Jak.. Abg Tapa tongah besodih tu, ekau seronok yo buek lawak..
RAZAK: Ala.. Dio bukan ado kek sini pun.
SALIM: Am.. Tahniah. Boto la kato org, kalau dah jodoh, tak ke mano.
AMRAN: Jodoh apo yg tak ke mano ni? Kan kito bincang pasal Abg Tapa putuih tunang.
RAZAK: Itu namo eh, kalau dah takdo jodoh, pun tak ke mano jugak.
SALIM: Kalau ado jodoh, tak lari ke mano.. Kalau takdo jodoh, tak sampai ke mano.. Camtu la deh.

Amran sengih sahaja. Tertanya2 dalam hatinya, patutkah dia berasa gembira atas kedukaan orang lain?

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now