Amran silap pemasaan. Dia terlalu awal. Dia tak teringat stor Tauke Leong belum buka lagi. Amran parkirkan van di bawah pokok ketapang sementara menunggu stor dibuka. Tingkap van dibuka seluas2nya. Namun tidak cukup menyejukkan tubuh Amran. Maka pintu van pulak dibuka luas. Amran bersandar sambil fikirannya melayang ke kampung, lebih tepat lagi ke rumah Tuk Said.
Cepat2 Amran sapu layangan fikirannya itu. Dia ingin tenangkan hati sendiri. Dan dia tahu, fikiran sebegitu tidak akan menenangkannya. Amran membelek2 panel di dashboard van. Baru dia perasan van itu ada radio. Selama ini tak pernah dia hiraukan semua itu. Cukup baginya berbual2 dengan Razak semasa menghantar getah sebagai hiburannya.
Entah mana butang untuk menghidupkan radio, Amran tak tahu. Dia tekan sahaja butang2 yg ada dengan harapan radio akan hidup namun dia gagal. Terlintas di fikirannya, mungkin enjin perlu dihidupkan, barulah radio boleh berfungsi. Betul pula fikirannya itu. Amran tidak kisah apa pun yg keluar dari corong pembesar suara van, asalkan boleh menemani kebosanannya, sudah memadai.
Drama Fajar di Bumi Permata sedang diputarkan. 'Boleh lah...' fikir Amran. Namun dia perlu menguatkan suara radio untuk mengatasi kebisingan bunyi enjin van.
..... Bunyi ombak dan suara lelaki teresak menahan sedih keluar dari corong pembesar suara dalam van.
A: Assalamualaikum Kadir.
B: Eh, lebai. Waalaikumussalam. Lebai buat apa datang sini? Dah senja ni.
A: Saya nak ke surau lah ni. Terperasan Kadir di sini. Kadir buat apa sorang2 di sini?
B: Takda apa Lebai. Saya pun dah nak balik ni.
A: Kadir.. Kalau Kadir ada masalah boleh la cerita pada saya. Janganlah Kadir simpan sendiri.
B: Mana ada apa2 Lebai..
A: Saya bukan tak tahu. Pinangan Kadir ditolak kan?
Kedua2 pelakon senyap sebentar. Hanya kedengaran bunyi ombak memukul pantai. Kadir teresak sedikit sebelum meneruskan skripnya.
B: Saya malu Lebai. Mentang2 saya yatim piatu, tergamak Makcik Senah kata saya begitu.
A: Sabarlah Kadir. Kita tak boleh kawal mulut orang.
B: Ya.. Saya sabar Lebai. Cuma Makcik Kiah tak patut aibkan saya kalaupun dia tak mahu terima lamaran saya untuk Ramlah. Saya sedih Lebai.
A: Kadir.. Kadir lelaki kan?
B: Memanglah. Kenapa? Lebai nak kata lelaki tak boleh menangis?
A: Apa yg emak Ramlah kata tu, semuanya betul kan?
B: Memanglah. Tapi dia tak patut aibkan saya di depan orang ramai. Saya cuma manusia biasa. Saya tahu saya tak sempurna. Yatim piatu pula tu..
A: Kadir anggaplah Makcik Senah tu cuma menegur Kadir. Mungkin dia nak Kadir ubah perangai buruk Kadir tu. Tak mustahil suatu hari nanti dia boleh terima Kadir.
B: Entah lah Lebai. Saya dan Ramlah dah lama merancang nak kahwin. Tapi sekarang saya patah hati.
A: Jangan begitu Kadir. Tadi Kadir tanya saya, adakah lelaki tak boleh menangis? Kadir, lelaki juga boleh menangis.
B: Lebai pun nak perli saya?
A: Bukan. Ada ketikanya lelaki patut menangis. Tapi dalam situasi Kadir sekarang ni, kalau Kadir lelaki, Kadir tak patut menangis.
B: Apa maksud Lebai ni?
A: Kita lelaki kena kuat. Sakit takkan buat lelaki menangis. Malu pun tak boleh buat lelaki menitiskan air mata. Malah kalau segala harta musnah akibat kebakaran, atau dirompak sekalipun, lelaki tak wajar menangis. Lelaki yang kuat mesti bangkit walau apa jua ujian menimpa.
B: Jadi?
A: Itu yg saya katakan tadi. Kadir sepatutnya terima kritikan Makcik Senah sebagai cabaran untuk Kadir lebih maju di masa hadapan.
Begitu asyik Amran menghayati drama radio itu. Dia tersandar di sofa van dengan mata tertutup demi cuba menghadirkan dirinya ke dalam drama antara Kadir dan Lebai. Tambahan pula deruman enjin van sedikit sebanyak mengganggu penghayatannya.
"Hello.."
Apakala Kadir dan Lebai masih terus berbual, terselit satu suara perempuan. Mungkin tersilap dengar, fikir Amran.
"Hello.."
Kali ini disertai dengan goncangan di bahu Amran. Serta merta Amran buka mata. Seorang gadis tionghua tercegat di muka pintu van yg terbuka luas. Amran cam gadis itu. Mungkin pekerja Tauke Leong kerana dia selalu ada di stor semasa Amran menghantar getah.
"Kamu Amran kan?"
Amran tak menyangka gadis itu tahu namanya. Lidah Amran kelu. Dia cuma mampu mengangguk.
"Saya Ailin. Amran nak jual getah ke?"
Sekali lagi Amran terbisu. Gigih dia cuba melawan kekeluan lidahnya sebelum dia sekadar mampu menjawab, "iyo.."
Amran tak menyangka, gadis tionghua bernama Ailin yg biasa dilihatnya ketika menjual getah sejak beberapa hari lepas sangat cantik bila dilihat dari dekat.
![](https://img.wattpad.com/cover/190964024-288-kabc884.jpg)