Tiba di stor, tak banyak yg dibualkan Amran dengan Salim dan Leman. Selepas bertegur sapa sedikit sebanyak, segera Amran neminta diri. Perutnya meragam, katanya. Secara tak berapa serius, dia mencadangkan dibina tandas awam di stor utk kegunaan di masa hadapan. Sambil ketawa kecil, Razak menjelaskan punca sakit perut yg Amran alami kepada Salim dan Leman. Salim dan Leman menyambutnya dengan ketawa kecil juga. Ternyata suasana yg berlaku agak janggal. Sepatutnya mereka ketawa besar atas insiden tersilap minum air teh semalam yg berlaku kepada Amran. Tetapi tidak hari ini. Jelas masing2 hanya berpura2, berlagak seperti biasa.
Hakikatnya, perut Amran bukan betul2 sakit. Teh basi yg ditelannya belum pun bereaksi dengan asid perutnya. Namun akalnya cepat menterjemah hikmah yg terkandung dalam insiden teh basi tadi. Kini dia memiliki alasan untuk lari. Hendak lari ke mana, lari dari apa, dia sendiri tak pasti. Yang pasti, alasan itu diperkukuhkan dengan saksi, Razak.
Di rumah, lama Amran mencangkung. Namun sikit sahaja hasil buangan ternyahtinja dari usus besarnya. Waktu mencangkung yg panjang itu bukan semata2 untuk membuang air besar, tetapi itu juga suatu masa yg Amran boleh bersendirian memikirkan masalah sendiri tanpa gangguan sesiapa. Fokus fikirannya tidak lain, hanya tentang hari esok yg bakal merencanakan episod baru dalam hidup org yg dia sayang. Meremang bulu roma Amran sebaik perkataan 'sayang' itu melintas dalam mindanya.
MAKCIK KIAH : Bong..! Apo lamo bona tu? Org lain pun nak guno jamban jugak.
AMRAN : Jap, mak..! Cirit birit ni. Terminum teh basi tadi.
Dengan segera Amran mencedok air di dalam baldi untuk mencebok. Baki air di dalam baldi kemudiannya dijirus ke dalam mangkuk tandas.
Amran mandi. Kedinginan air dari kolah menyegarkan tubuhnya. Namun fikirannya masih tidak tenang. Masih kusut. Masih keliru, apa yg harus dilakukannya. Cuma yg dia pasti, peristiwa terminum teh basi tadi membawa hikmah yg besar.
Disebabkan ceramah Razak semasa dalam perjalanan balik ke kampung tadi, maka dia tak sempat menghantar getah untuk trip ke dua. Ditambah pula dengan alasan sakit perut, maka terbiarlah getah tersebut di dalam stor untuk seketika. Selepas solat Jumaat, bukanlah tak sempat kalau Amran jalankan trip ke dua. Namun semangatnya seakan2 dirobek2 ketika ini. Buat masa ini, Amran mahu lari dari Razak, Salim dan Leman dahulu.