PART 113 : ADIK ABANG

270 0 0
                                    


Semalam tidak membawa sebarang masalah besar walaupun baru pertama kali Amran secara rasmi bertugas sebagai pemandu van getah. Dapat dibayangkannya hari2 mendatang dia akan menjalankan tugas yg sama. Dia tak pernah fikir pun berapa ringgit upahnya nanti. Dia hanya bertekad untuk menjalankan tugas yg diamanahkan dengan sebaik mungkin. Hari ini juga dia memandu van getah dari kampung ke Terachi. Razak menemankannya.

RAZAK : Semayang Jumaat kek mano kang ni?

AMRAN : Kampung la.

RAZAK : Sompek ko?

AMRAN : Eh.. Apo tak sompek eh lak.. Bukan jauh bona.

Razak diam seketika. Seolah2 ada sesuatu yg tak terluahkan dari lidahnya. Amran pula terus menumpukan perhatian kepada jalan raya yg berlengkang lengkok dan dihiasi tompokan tahi kerbau merata tempat.

AMRAN : Ekau tanyo camni, den teringat kek Leman. Kut Leman yg tanyo, den paham la sobab eh. Hahaha..

RAZAK : Hahahaa.. Kut Leman, takdo lain la.. Dio nak ngajak semayang kek Senanti la tu.

AMRAN : Tu kok Leman yg tanyo. Yg kau ni lak sobab apo? Nak ajak den singgah Senanti jugak ko?

RAZAK : Tak la. Sajo yo tanyo.

AMRAN : Sompek la nak semayang kek kampung. Seleso sikit. Buleh mandi2 dulu. Semalam 7 trip. Hari ni agak2 duo trip yo kut.

Dalam pada berbual2, mereka tiba juga ke destinasi. Selesai urusan jual beli getah, mereka terus bergerak pulang ke kampung untuk mengangkut baki getah yg masih ada di stor. Van kecil itu tak mampu memuatkan semua hasil getah penduduk kampung sekaligus. Mereka perlu sekurang2nya dua kali angkut.

Amran membelokkan van masuk ke perkarangan sebuah kedai kopi di tepi jalan. Semalam mereka juga singgah di kedai yang sama untuk melegakan dahaga selepas penat berulang alik menghantar getah.

AMRAN : Singgah kodai kopi tu jap.

RAZAK : Singgah minum ko bungkuih?

AMRAN : Bungkuih yo la. Mano sompek nak minum sini.

RAZAK : Banyak lak duit kau Am. Semalam singgah minum. Lopeh tu bungkuih lak lagi. Yo la.. Semalam tu memang ponek. Hari ni baru satu trip ha..

AMRAN : Teh eh sodap.

RAZAK : Den tak bawak duit ni. Kau tak koba awal2..

AMRAN : Takpo la. Takat teh sebungkuih, den belanjo. Nanti kau belanjo la den balik, kentaki duo kotul. Haha..

RAZAK : Iyo lah.. Lain kali den belanjo kau lak. Teh baleh dgn teh la. Camno lak buleh jadi ayam. Hahaha..

Dua hari lepas, waktu tengah malam apakala semua penghuni kampung termasuk Amran telah lena dibuai mimpi, Amran dikejutkan dari tidurnya. Darah menyerbu ke ubun2 Amran sebaik membuka mata dan melalui kemalapan cahaya pelita, kelihatan sesusuk tubuh wanita berambut panjang duduk di sisinya. Hampir sahaja Amran menjerit kerana pemilik tubuh itu pasti bukan Makcik Kiah yg bertubuh agak gempal. Namun mujur mindanya dapat juga menganalisis indentiti wanita berambut panjang itu sebelum dia sempat menjerit.

AMRAN : Ekau ni buek tokojut den yo, Do..

NORA : Syyyhhh.. Bangun jap Bong..

AMRAN : Alak? Nak poi beghak, nak den toman an ko?

NORA : Tak lah.

Rupanya Nora tahu tentang masalah kewangan Amran. Katanya dia ada sedikit lebihan duit belanja sekolah yg terkumpul. Dan dia sangat sedar jasa abangnya selama ini. Diselitnya empat keping wang kertas seringgit ke dalam genggaman Amran. Amran beriya2 menolak. Tapi Nora tetap berkeras. Katanya, kalau Amran ada duit lain kali boleh ganti. Nora mahu Amran guna wang itu utk dibuat belanja sementara tunggu gaji memandu van getah.

Sedikit sebanyak ego Amran tercabar juga. Dia lelaki dan dia seorang abang. Tapi kini adik perempuannya memberinya wang untuk dibuat belanja. Lama Amran terdiam. Pandangannya dijauhkan dari wajah Nora. Dia malu untuk menentang mata adiknya itu. Dengan lembut, Nora terus memujuk Amran supaya menerima wang tersebut.

Akhirnya Amran akur. Dia percaya dengan keikhlasan Nora yg sanggup bangun di waktu malam buta demi merahsiakan tindakannya. Nora seolah2 rasa bersalah kerana menjadi punca kepokaian Amran. Dan Amran tentu akan buat Nora makin rasa bersalah jika dia menolak tawaran pinjaman tanpa faedah yg ditawarkan oleh Nora itu.

Dengan sedikit wang pinjaman dari adiknya, dapatlah Amran membelanja Razak sebungkus teh tarik untuk membasahkan tekak. Memandangkan mereka hanya membungkus air teh mereka, jadi Amran tunggu di dalam van. Razak sahaja yg turun untuk membeli air. Sementara menunggu Razak kembali, Amran baru perasan lebihan teh semalam yg tak habis diminum masih tergantung di pedal lampu. Namun tak sempat Amran membuangnya, Razak sudah pun kembali ke van.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now