Sememangnya ketidakhadiran Leman pagi itu agak pelik. Dua keping lepat utk Leman dibungkus kemas dalam beg plastik dan ditinggalkan di dalam stor. Sebaik sahaja Razak mengunci pintu stor, Amran dan Salim pun memulakan perjalanan.
SALIM: Tak sangko lak kan.. Tetibo lak ado jalan utk kito samo2 poi kojo kek Kentaki. Hihi..
AMRAN: Joki..
SALIM: Tapi boto ko buleh cayo Atong ni?
AMRAN: Terpakso cayo la. Tinggi hargo tu.
SALIM: Cantik jugak cadangan Abg Tapa. Atong boli $2.40, tapi bayar kek yg jual gotah $2.20 yo. Duo pusen laie masuk tabung koperasi.
AMRAN: Abg Tapa tu memang hero la..
Urusan penjualan getah di stor Tauke Leong berjalan lancar. Amran rasa perlu memaklumkan Tauke Leong bahawa dia mugkin tidak akan menghantar getah ke sana lagi memandangkan layanan baik Tauke Leong padanya sebelum ini.
AMRAN: Tauke.. Hari ni last ese hantar gotah ke sini.
T. LEONG: Pasal apa?
AMRAN: Ado stor lain. Dokek sikit dgn kampung.
T. LEONG: Ooo.. Ingatkan pasal Ai Lin sudah tak kerja sini. Hahaha..
Muka Amran berubah. Cepat2 dia minta diri dan terus menuju ke arah van. Tak terjangka olehnya nama itu akan disebut oleh Tauke Leong. Lebih parah lagi, Salim turut berada di situ ketika itu. Dalam perjalanan pulang ke kampung, barulah Salim buka mulut.
SALIM: Oo.. Tu la deh Lin yg Ajak sobut2 hari tu yo.
AMRAN: Alaa.. Takdo apo2 la.
SALIM: Cerito la sikit, Am.. Hahaha..
AMRAN: Takyah la..
SALIM: Den tak perasan lak ado pekojo pempuan melayu selamo ni. Kekno deh skrg?
AMRAN: Ekau takyah cubo nak korek la. Den takkan cerito. Lambek laun kau tau jugak.
SALIM: Hahahaa.. Iyo la Am. Tapi den rajo skrg ni. Kau hambo den. Kalau den tanyo, kau kono bagitau.
AMRAN: Haha.. Silap tu Lim. Den dah bawak kau poi jua gotah ni, habih dah hutang den kek kau. Sekali yo kau buleh tuntut.
SALIM: Takpo.. Takpo.. Kang den koba kek Ajak mo Leman. Kakakaka..
Sebut sahaja nama Razak dan Leman, perhatian mereka tertarik kepada sebuah basikal yg dinaiki berdua dari arah depan. Razak dan Leman melambai ke arah mereka, mengarahkan Amran menghentikan van.
![](https://img.wattpad.com/cover/190964024-288-kabc884.jpg)