PART 65 : KERTAS KAJANG

167 1 0
                                    


Semasa dalam perjalanan balik dari surau, Amran suarakan rasa peliknya kerana Pakcik Kasim macam beriya2 sangat hendak melepaskan jawatan bilalnya. Pakcik Latif mengatakan kesibukan Pakcik Kasim sebagai alasannya. Amran maklum bahawa Pakcik Kasim baru beberapa bulan membuka kedai gunting di pekan Senaling. Tapi kedainya hanya beroperasi sampai pukul 5 petang sahaja. 5:30 petang dia sudah pun berada di rumah. Sepatutnya sempat dia ke surau untuk azan Maghrib dan seterusnya Isyak.

Lepas makan malam, barulah Pakcik Latif beritahu alasan sebenarnya. "Kojo takdo gaji.. sapo2 pun kalau buleh nak tolak. Tapi kau buek yo lah.. Takdo upah daghi manusio pun takpo.."
Amran faham maksud ayahnya.

"Udo mano mak?" tanya Amran kepada Makcik Kiah.
"Lam bilik eh.." jawab Makcik Kiah.

Amran bangun ke arah bilik Nora. Pintu bilik ternganga luas. Nora sedang menjalar di atas lantai. Buku2 dan alat tulis bersepah di hadapannya.

"Udo.." sapa Amran. Nora sedikit terkejut.
"Apo?" balas Nora.
"Ni mesti esok nak hantar ni kan? Malam ni baghu nak buek. Cuti duo haghi ni kau buek apo? Haiyo.." leter Amran bagaikan seorang abang mithali. Melihatkan buku2 yg bersepah itu, tentu banyak kerja rumah yg Nora perlu siapkan.
"Ala.. jangan la kacau.." balas Nora dengan malas.
"Mintak koteh kajang solai. Mo pen sebatang.." kata Amran.
"Nak buek apo?" Nora tidak segera menunaikan hajat Amran.
"Bagi yo la.." kata Amran.
"Kau nak den koba kek omak pasal kau mo Salim?" bisik Amran seraya mengugut.
"Org mano ado apo2 mo dio.." balas Nora secara berbisik juga, masih cuba nak membela diri.
"Ekau jgn nak banyak cengkadak. Den dah tanyo dio sendighi.." bisik Amran pula dgn sengih sinisnya.

Nora mengalah. Lagipun dia tak mahu bertekak lama2 dgn abangnya. Nora capai beg sekolahnya dan keluarkan kertas kajang yg diminta oleh Amran. Dicerainya sehelai dan dihulurkan kepada Amran.

"La.. takdo lain ko? Yg takdo cop sekolah punyo.." tanya Amran. Kertas yg diberi oleh Nora itu kertas kajang yg khas utk peperiksaan sekolah. Agak kurang sesuai utk tulis surat cinta, fikirnya.
"Takdo. Tu yo ado eh.." jawab Nora. Amran terpaksa terima sahaja. Dilipatnya kertas itu dan disimpan dalam poker baju melayunya.

"Bak pen sebatang.." kata Amran. Nora akur sahaja. Dihulurkannya sebatang pen dakwat biru kepada abangnya.
"Den pinjam dulu. Esok den pulang an.." Amran sengih panjang.

Sebaik Amran melangkah keluar bilik, Nora terus bangun dan mengunci pintu biliknya dari dalam. Amran tak kisah. Dalam hatinya seronok tak terkata kerana Nora kini sudah menjadi kuda tunggangannya.

Dengan kertas kajang Sekolah Zaba dan sebatang pen di dalam poket baju melayunya, Amran duduk mencari ilham di beranda. Nyamuk yg sedang mengganas tidak dihiraukannya. Perhatiannya masih tertumpu memikirkan apa yg patut ditulisnya.

Seingat Amran, dia tak pernah tulis surat kepada sesiapa sebelum ini. Kalau pun ada cuma semasa membuat karangan Bahasa Melayu. Amran buntu memikirkan bagaimana dia perlu memulakan suratnya untuk Fariha ini. Takkan nak kena tulis alamat pengirim dahulu macam format surat kiriman tidak rasmi yg dipelajarinya di sekolah? Amran teringatkan surat Fariha yg diterimanya pagi tadi. Sedang Fariha yg lebih bijak itu pun cuma tulis secara santai sahaja. Tak ikut format pun.

Namun, Amran masih buntu hendak memulakan penulisan. Fikirannya diperah sekuat hati. Hasilnya, dia teringat suatu masa dahulu, semasa dalam tingkatan empat, dia pernah berura2 hendak mengirim sekeping kad raya untuk Fariha.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now