Sepanjang jalan, hati Amran berbunga2. Terik mentari pagi dirasakannya nyaman menyapa muka. Dengan kayuhan yg perlahan, dirasakannya tak perlu tergesa2. Dia ingin nikmati setiap saat di atas basikal Fariha.
Nora sedikit membebel bila Amran serahkan borang biasiswa itu. Sepanjang pagi itu hatinya dirundung resah gelisah. Semuanya berpunca dari kecuaian abangnya. Dia juga turut menyalahkan diri sendiri kerana tidak memeriksa kertas iklan pertandingan kompang yang diselitkan oleh abangnya di celah dinding semalam. Mengenangkan semua itu, ingin sahaja dia menangis.
Sangat berbeza pula dengan riak Amran yg terlebih ceria. Walaupun selepas dibebelkan oleh adiknya, Amran masih tersengih2 dan akhirnya berkata sebelum berlalu pulang, "lain kali kut ado apo2 borang nak mintak sain Tuk Said lagi, biar den yg poi mintak yo.."
Sampai semula di kampung, Amran tidak terus ke rumah Fariha untuk memulangkan basikal sebaliknya menuju ke rumah Salim. Tapat jangkaannya, Salim sedang membaiki basikal mereka. Turut membantu Salim, Razak.
Sengaja Amran berhentikan basikal sehabis rapat dengan rakan2nya itu. Sampaikan Razak sedikit terlompat ke tepi untuk mengelakkan basikal yg ditunggang Amran.
"Macam kona yo.." kata Razak merujuk pada basikal Fariha.
"Humang.. dapek pulak kau pinjam biska Iha. Ekau calit guno2 kek tongkuk dio ko apo ni? Hahaha..." Salim bangun dan meninggalkan sebentar kerjanya untuk mendapatkan Amran dan membelek basikal yg sedang dinaikinya.
"Ko, ekau calit kek Tuk Said..? hahaha.." kata Razak pula.
Sambutan yg meriah itu memang dalam jangkaan Amran. Dia hendak tunjukkan pada rakan2nya bahawa dia mampu melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendapatkan basikal yg kedua utk mereka.
"Haha.. ekau jgn salah paham. Ni bukan biska Tuk Said lagi. Dio kan dah boli Vespa. Biska ni secaro rasmi eh dah jadi milik Iha. Bukan sonang nak pinjam ni. Ayat kono power, muko kono manih.." kata Amran. Sengihnya makin melebar.
"Hahaha.. den memang pecayo kek kau Am. Apo ayat kau mintak pinjam biska ni?" tanya Razak.
Tak sempat Amran menjawab, Salim menyambung pula..
"Tu yg polik tu. Buleh pulak dio bagi pinjam biska bawak poi motong."
"Den bukan pinjam bawak poi motong..." kata Amran. Tiba2 ayatnya terhenti di situ. Sengihnya serta merta menjadi kelat.
"Karang den cerito la. Nak poi pulang an biska ni kojap." sambung Amran sambil terus mula mengayuh meninggalkan rakan2nya.
"Woi.. nanti la kojap!" jerit Salim.
"Karang den datang balik!" jerit Amran dari jauh lalu terus meninggalkan rakan2nya terpinga2.
Sepanjang jalan, Amran terasa macam nak gelakkan diri sendiri. Ikut rancangan asalnya semasa di rumah sebelum pergi ke rumah Tuk Said pagi tadi, selepas mendapatkan borang biasiswa itu, dia akan bawa borang itu ke kebun getah dan jelaskan kepada emak ayahnya akan situasi yg berlaku. Dia perlu minta izin orang tuanya untuk cuti menoreh. Kemudian dia akan pulang dahulu ke rumah, bersiap2 untuk berjalan ke sekolah Nora.
Namun semua itu tidak berlaku. Tidak disangkanya akan dapat pinjam basikal Fariha. Dek sebab keterujaannya yg melampau, segala rancangannya tidak terlaksana.
Baru dia sedar, pagi tadi semasa bersama Fariha mencari borang biasiswa, dia masih berpakaian baju menorehnya. Dia mengayuh ke sekolah Nora pun dengan pakaian seragam yg sama. Hidungnya yg sudah biasa dengan hapak bau lantun gagal memberi amaran kepadanya tentang perkara itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/190964024-288-kabc884.jpg)